-->

Monday, 28 September 2015

author photo
6 Cara Betul Untuk Simpan Rempah Agar Tahan Lama | Hari ini Nak buat coretan pasal rempah sikit, sis rasa semua orang pun mengalami masalah yang sama. Lepas masak, rasa kat lidah ehh apasal tak ada rasa apa - apa. Macam hambar masakan kita. Macam dah hilang dah rasa rempah tu kan. Rasa dah letak banyak Macam dah tak ada bau kan. 

Siapa pernah mengalami masalah macam tu. Lebih - lebih lagi melibatkan rempah. Akui alami masalah yang sama. Terutamanya rempah beli banyak - banyak lepas tu guna sikit. Lepas tu nak guna balik lagi 2 minggu pulak. Kalau ikut cara wani simpan, separuh ada simpan kat luar, separuh dalam peti.

Cara betul untuk simpan rempah agar tahan lama


Apa yang sis selalu buat kalau melibatkan rempah terutamanya bila nak perap, sis akan sangai rempah biar lagi bau rempah keluar harum wangi. Nasib rajin nak menyangai. Sebab jarang beli serbuk rempah macam serbuk jintan manis atau jintan putih tu.

Kalau bab serbuk rempah tu jarang sangat nak guna. Itu yang tips wani biasa buat dan kalau bab penyimpanan tu lagi penting sebenarnya. Nak bagi tahan lama.


Sumber SINI

Sebenarnya ada pelbagai faktor yang menyebabkan rempah tak tahan lama ataupun dengan kata lain cepat rosak.  Faktor paling utama, ialah cara penyimpanannya.

Secara umumnya, rempah ratus yang telah dikeringkan mempunyai jangka hayat yang lama iaitu antara 1 1/2 setengah tahun kalau simpan ditempat biasa, atau antara 3 – 5 tahun (kalau simpan di dalam peti ais). Tarikh luput yang ada pada paket rempah adalah untuk panduan kita. 

Ok,  kali ini nak kongsi serba sedikit tips dan cara penyimpanan rempah ratus yang betul supaya rempah tahan lama.

6 Cara Betul Untuk Simpan Rempah Agar Tahan Lama


1. Simpan rempah di tempat yang dingin dan kering. Kelembapan, cahaya matahari dan panas membuat rempah ratus lebih cepat kehilangan aroma.

2. Elakkan menyimpan rempah pada tempat yang terdedah secara terus kepada cahaya matahari.

3. Untuk menjaga rempah yang dibeli dalam jumlah banyak agar segar lebih lama, masukkan dalam bekas berpenutup dan simpan di dalam peti ais.

4. Cahaya, udara, panas, dan kelembapan adalah musuh utama rempah-rempah, maka rempah-rempah harus selalu berada di tempat yang kering dan gelap.

5. Memanggang rempah adalah satu lagi cara untuk menghilangkan kadar minyak di dalamnya. Hasilnya, rempah-rempah akan lebih tahan lama. Nak panggang macammana ? Sangai sahaja rempah tersebut atas kuali kering. Selain tahan lebih lama, rempah-rempah yang disangai atau dipanggang akan lebih sedap rasanya dan wangi aromanya.

6. Sekiranya paket rempah dah dibuka, maka baki rempah tersebut “WAJIB” disimpan di dalam bekas yang bersih dan diletakkan di dalam peti ais. Kalau simpan kat luar, memang tak tahan lama dan  akan cepat hilang aroma.

Lagi satu bagaimana nak tahu rempah disediakan dengan cara bersih atau tidak, tengok pada masakan kita, kalau masakan kita yang menggunakan rempah tersebut tahan lama, maka insyaAllah ini bermakna rempah tersebut bersih cara pembuatannya. Dengan syarat, masa kita masak tu kita pun jaga kebersihan dan persekitaran kita. 


Jadi macam mana kalian simpan rempah nak bagi tahan lama, ada yang sama tak, kalau ada tips lain boleh kongsi di ruangan komen. 

This post have 3 komentar

avatar
Ana Jingga delete 19 September 2015 at 19:15

panduan yang berguna wani :) tq so much .

Reply
avatar
Hasif delete 21 September 2015 at 02:28

rajin juga menyaalai yer..
bgus info yg dikongsi ni..

Blogwalking sini..

Blogahbar

Reply
avatar
seri delete 28 September 2015 at 07:00

yg simpan tepat kedap tu sy x buat la...kene beli tupperware banyk2 nmpknya ni

Reply


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post

Nuffnang