Tonton Telefilem Kasih Tau Foo Fah Lakonan Michael Ang, Mior Darwish Dan Sharifah Sakinah

Tonton Telefilem Kasih Tau Foo Fah Lakonan Michael Ang, Mior Darwish Dan Sharifah Sakinah | Salam semua, telefilem Kasih Tau Foo Fah yang telah ditayangkan di slot cerekarama malam Sabtu lepas rupanya dah jadi trending. Ramai netizen yang puji sebab jalan cerita yang penuh dengan mesej buat penonton. Telefilem kasih Tau Foo Fah ini sebenarnya ditayangkan sempena Hari Malaysia. Lama tak tengok Michael Ang berlakon . Dah nampak kurus Michael Ang sekarang. 


Cerekarama Telefilem Kasih Tau Foo Fah


Sis pun tak lepaskan menonton telefilem ini kat TV3 pada Sabtu lepas. Telefilem dari pengarah Raja Mukhriz ini berjaya memberikan impak yang positif buat sesiapa yang menonton. Sis sebenarnya kagum dengan pelakon kanak - kanak tu, Mior Darwish kan. Pandai sungguh, dia bawa watak, bukan senang tu walaupun hanya seorang kanak - kanak. 


Sis ingat selepas terpisah dengan maknya tu, dia tak boleh bercakap. Rupanya boleh bercakap. Ya lah takut terkejut tengok mak kena tarik depan mata. Disebabkan drama ini lokasi di Melaka, jadi kita nampak suasana dalam keluarga Baba dan Nyonya. Inilah keistimewaan Malaysia.


Penghabisan cerita Kasih Tau Foo Fah ada penampilan istimewa Shukri Yahaya. Fikri masa kecil dah jadi dewasa. Walaupun  5 minit, sis ingat siapa yang jadi Fikri watak yang dah dewasa tu. 


Baca : Tonton Telefilem Kebaya Mek Hwa


Info Telefilem Kasih Tau Foo Fah

  • Waktu Siaran: Sabtu, 19 September 2020 pukul 9:00 malam
  • Siaran TV : Slot Cerekarama TV3
  • Penulis Skrip : Ellyna Ahmad
  • Pengarah : Raja Mukhriz
  • Produksi : Eleven Field Creative Sdn Bhd
  • Pelakon : Michael Ang, Mior Darwish, Sharifah Sakinah, Pekin Ibrahim, Sharifah Shahora, Jimmy Choong, Phoebe Tan, Shukri Yahaya

Sinopsis Telefilem Kasih Tau Foo Fah


Sejak kecil Fikri terpisah dengan keluarganya angkara kemelut hidup. Anis, ibu Fikri cuba untuk melarikan diri dari samseng hingga terpaksa berpisah dengan anaknya, Fikri.  Fikri ditemui oleh Ah Leong, seorang penjaja tau foo fah. 

Ah Leong mula terasa sayang dengan Fikri dan mengambil keputusan untuk dijadikan anak angkat. Kemunculan Anis secara tiba - tiba menyebabkan Ah Leong sedar yang Fikri mempunyai seorang ibu.

Mampukah Fikri kembali bersatu dengan keluarga kandungnya?


1 Comments

  1. Belum tonton telefilem ini, tapi banyak dengar komen ceritanya best!

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post