Sinopsis Drama Dia Semanis Honey Lakonan Alif Satar Dan Siti Nordiana

Sinopsis Drama Dia Semanis Honey Lakonan Alif Satar Dan Siti Nordiana | Salam semua, ramai peminat Alif Satar dan Siti Nordiana kan. Drama Dia Semanis Honey ini pernah ditayangkan di Astro Ria pada tahun 2016. Dah lama dah drama ni. Sis pun tak ingat jalan cerita dah sebab rasanya macam pernah tonton. Tapi masih ramai peminat setia drama Dia Semanis Honey. Drama ini adaptasi dari novel Dia Semanis Honey hasil karya novelis Dila Dyna. 


Drama dia semanis honey


Drama ini di bawah arahan dari Michael Ang dan dilakonkan oleh Siti Nordiana, Alif Satar dan juga Hairul Azreen. Drama Dia Semanis Honey pernah trending masa tengah ditayangkan dulu. Dari drama sampai lah ke pementasan Dia Semanis Honey Muzikal kan. 


Info Drama Dia Semanis Honey 

  • Bilangan Episod : 16 Episod
  • Tarikh Tayangan : 2 Mei 2016
  • Hari Dan Masa : Isnin hingga Khamis pada pukul 10.00 malam
  • Siaran : Astro Ria 104 & Astro Ria HD 123
  • Skrip : Nazri M. Annuar / Fairul Nizam Ablah
  • Novelis : Dila Dyna
  • Pengarah : Michael Ang
  • Terbitan : Cube Film Sdn Bhd
  • Pelakon : Alif Satar , Siti Nordiana, Hairul Azreen, Hafeez Mikail, Farez Ridzwan, Ziha Salleh, Nadya Syaher, Falisha Crossley, Aleza Shadan, Nina Juren, Lan Kristal, Adam Mika, Zainol Macwiilson, Danish Hazriq, Fatihah Baharum

Barisan Pelakon Drama Dia Semanis Honey Dan Watak 

  • Alif Satar sebagai Ahnaf Wafiy
  • Siti Nordiana sebagai Hani Safira
  • Hairul Azreen sebagai Adam Hazrul
  • Hafeez Mikail sebagai Hanafi
  • Farez Ridzwan sebagai Hakimi
  • Ziha Salleh sebagai Ara
  • Nadya Syahera sebagai Bella
  • Falisha Crossley sebagai Ariana
  • Aleza Shadan sebagai Puan Munirah
  • Nina Juren sebagai Puan Sri Hartini
  • Lan Kristal sebagai Hafiz
  • Adam Mika sebagai Nabil
  • Zainol macwiilson sebagai Dr Farid
  • Danish Hazriq sebagai Rayyan
  • Fatihah Baharum sebagai Aishah

Sinopsis Penuh Drama Dia Semanis Honey 

Bagi Hani, pertunangan ni tak sepatutnya berlaku. Bagi Ahnaf pula, pertunangan ini diterima hanya kerana taatnya seorang anak. Perbalahan semi perbalahan akhirnya membibitkan cinta. Tetapi saat diri sudah bersedia untuk bergelar suami, muncul pula Ariana menghancurkan segala impiannya untuk hidup bersama Hani. Hani ditinggalkan.

Tiga tahun berlalu, Ahnaf kembali setelah sekian lama menyepi. Kembalinya lelaki itu saat Hani punya Adam di sisi, dan kehadiran Bella di sisi Ahnaf mengukuhkan lagi tembok pemisah antara mereka.

Adakah perkataan ‘sahabat’ itu hanya dibibir saja, sedangkan hati berbisik mengimpikan sesuatu yang lebih dari sekadar sahabat. Akan bersatu semula dua hati yang masih memendam cinta di hati masing-masing, atau pertemuan ini hanya akan berakhir dengan perpisahan sekali lagi? Adakah pertemuan sekali lagi ini akan mencipta sekali lagi perpisahan? Atau akan menjadi titik penyatuan dua hati untuk selama-lamanya

Sinopsis Novel Dia Semanis Honey

Kalau rasa nak baca novel boleh beli novel Dia Semanis Honey. Sis terbaca sinopsis novel pun sebab tengok ada kat Shopee. Ini sinopsis novel Dia semanis Honey. 

novel dia semanis honey

Bagi Hani, pertunangan ni tak sepatutnya berlaku. Bagi Ahnaf pula, pertunangan ini diterima hanya kerana taatnya seorang anak.

Perbalahan semi perbalahan akhirnya membibitkan cinta. Tetapi saat diri sudah bersedia untuk bergelar suami, muncul pula Ariana menghancurkan segala impiannya untuk hidup bersama Hani. Hani ditinggalkan.

Tiga tahun berlalu, Ahnaf kembali setelah sekian lama menyepi. Kembalinya lelaki itu saat Hani punya Adam di sisi, dan kehadiran Bella di sisi Ahnaf mengukuhkan lagi tembok pemisah antara mereka. 

“Buat apa pulak I nak terhegeh-hegeh berbaik dengan you sedangkan you dah ada Bella, dan I dah ada Adam!” ~ Hani. 

“You tak perlu ingatkan I pasal Adam. Sebab I dah jelas dengan kedudukan kita sekarang!” ~Ahnaf. 

“Baguslah kalau you dah tau. Lepas ni, tolong jangan tanya soalan yang berkaitan dengan ‘kita'. Sebab perkataan ‘kita' tu dah lama tak wujud antara you dengan I.” ~Hani.

Adakah perkataan ‘sahabat' itu hanya dibibir saja, sedangkan hati berbisik mengimpikan sesuatu yang lebih dari sekadar sahabat. Akan bersatu semula dua hati yang masih memendam cinta di hati masing-masing, atau pertemuan ini hanya akan berakhir dengan perpisahan sekali lagi?

Adakah pertemuan sekali lagi ini akan mencipta sekali lagi perpisahan? Atau... akan menjadi titik penyatuan dua hati untuk selama-lamanya?”

 “Kita bertemu, kita berpisah dan kemudian bertemu semula....”

OST Drama Dia Semanis Honey 

Lagu tema untuk drama Dia Semanis Honey dinyanyikan sendiri oleh pelakon utama Siti Nordiana dan Alif Satar. Tajuk lagu "Memori Berkasih". Dulu lagu ini pernah dinyanyikan oleh Siti Nordiana dan arwah Achik Spin. 

Nak tonton drama ini boleh lah ke channel youtube Astro Gempak tapi sis perasan admin tak upload habis sebab sis check pun sampai kat episod 10 jer. Lepas tu tergantung.

Ramai peminat kot drama ni. Sebab baca komen tu ramai yang suruh upload untuk episod seterusnya. Tak nak la cerita tergantung ni tak best kan. 


Kredit 
1. myinfotaip.com 

2 Comments

  1. Wah! Nordiana pulak pelakonnya ye.

    ReplyDelete
  2. pernah tengok gak tapi biasalah 1 episod tengok 3 episod tinggal.

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post