-->

Thursday, 1 October 2020

author photo
Resepi Kek Oreo Lembut Bakar Ikut Sukatan Cawan | Salam semua, ramai peminat oreo ke kat sini. Biskut oreo bukan sedap makan saja kan. Sudah banyak resepi yang menggunakan biskut oreo. Ada yang jadikan resepi kek, resepi kek cawan. Atau ada juga yang dijadikan puding. Dan macam - macam lah kan. Selagi kreatif asal boleh makan. Sis pun sebenarnya  terjebak juga nak jadikan biskut oreo menjadi sebiji kek. 

Tak pernah buat lagi sebenarnya. Sebelum ni pun, masukkan dalam adunan yang ada krim keju. Masukkan dalam krim keju pun sedap biskut oreo. Resepi kek oreo ni mudah jer sebab sukatan cawan. Tak payah pening nak timbang pakai gram. 

Resepi kek oreo

Lembut, gebu dan sedap. Makan macam tu jer dah sedap. Tak payah nak letak krim bagai dah. Sis kalau bab kek kurang suka sikit kalau ada krim - krim tu. Korang nak cuba resepi kek oreo mudah ini. Resepi kat bawah ya. 

Resepi Kek Oreo Lembut Bakar Ikut Sukatan Cawan 


Bahan-Bahan

250 gm mentega
1 cawan gula halus ( nak ganti dengan gula perang pun boleh ) 
2 cawan tepung naik sendiri ( sis guna tepung biasa dan tambah 1 sudu teh baking soda )
1 sudu kecil baking powder  
4 biji telur
1 sudu kecil esen vanila
8-10 keping oreo - dikisar halus ( nak kisar sekali dengan krim pun boleh ) 

Tepung gandum dan baking powder diayak 

Cara-Cara

1. Putar mentega dan gula halus hingga kembang.
2. Masukkan telur satu persatu dan putar lagi hingga kembang. 
3. Kemudian, masukkan esen vanila. Putar rata.
4. Seterusnya masukkan tepung sikit demi sikit dan akhir sekali baru masukkan oreo.
5. Tuangkan ke dalam loyang segiempat 9" 
6. Bakar dalam oven dengan suhu oven masing - masing 150 C dalam masa 35 minit atau sehngga masak.  Boleh test cucuk dengan lidi ya. 
7. Keluarkan dari oven, biarkan sekejap dalam loyang, baru keluarkan sejukkan atas redai. 

Kredit Resepi 
syapex.blogspot.com 




This post have 8 komentar

avatar
Sweet red cherry delete 25 January 2015 at 19:46

wow wee..mesti sedap kan kek oreo ni wani..nyum2

Reply
avatar
tun_telani delete 25 January 2015 at 20:56

salam wani.. tun pun jenis yg pukul butter n gula sampai kembang dulu baru masuk telur.. mcm pelik pulak campur telur sekali

Reply
avatar
Unknown delete 25 January 2015 at 21:54

kaknoor berangan dulu lah nak buat kek oreo ni wani tunggu mood R nampak sedapp sngt tu

Reply
avatar
Wani Sukarno delete 26 January 2015 at 16:46

hii ..kak nor pejam mata leh buat kek nihii

Reply
avatar
Wani Sukarno delete 26 January 2015 at 16:48

aah itulah kan cam pelik jer .. tapi takut ada jugak orang buat macam ni

Reply


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post

Nuffnang