-->

Wednesday, 14 October 2020

author photo

Tonton Filem Butak Di Saluran Astro First | Salam semua, sis tengok trailer untuk filem Butak ni di TV. Rupanya untuk tayangan di Astro First. Filem Butak ini diarahkan oleh pengarah yang tidak asing lagi dari negeri Kelantan. Siapa lagi kalau tak Sabri Yunus.


Nak sokong sikit karya hasil orang Kelantan kita. Rata - rata ramai yang bagi pandangan yang positif terhadap filem Butak. 


Sabri Yunus kalau beliau buat jalan cerita memang lain dari yang lain. Kalau korang nak tahu apa yang lain dari yang lain untuk filem Butak ini, cepat - cepat langgan di Astro First ya. 


Filem Butak di Astro First


Info Filem Butak 

  • Tarikh Tayangan : 8 Oktober 2020 di saluran Astro First ( Saluran 480 ) 
  • Skrip : Sabri Yunus 
  • Pengarah : Sabri Yunus 
  • Produksi : Two Tones Sdn Bhd
  • Pelakon : Izuan Fitri Zolkepeli, Bohari Ibrahim, Melly Amalin, Aliudin Zin Shaharom, Fazli Daniel Ali, Fimie Don, Kazar Saisi, Imuda, Khatijah Tan, Laila Nasir, Saidi Sabri, Azman Hassan, Adrenna Rose, Omar Hj Abdullah, Ahmad Nizam Bahari, Sabri Yunus


Sinopsis Filem Butak 

Mengisahkan seorang budak bernama Butak (Buntat) yang nakal dan jahat di kampungnya. Tanpa kasih sayang Ibu dan Ayah, Butak hanya bertemankan seorang isim penggali kubur yang banyak memberikannya semangat untuk hidup.

Jauh di dalam hati Butak ingin berubah dan bertaubat, tetapi tekanan orang kampung menjadikannya lebih nakal dan memberontak


Penduduk kampung sering mengadu akan setiap hal dan kekecohan yang Butak buat di kampungnya itu.

Sehinggalah satu peristiwa yang meruntun hatinya, Butak merajuk dan menyalahkan diri sendiri lalu nekad untuk lari dari rumah.

Kisah yang Butak sering dengar tentang ibadat Haji membawanya ke Pelabuhan Penang. Terdetik di hati Butak untuk menaiki kapal merasai pengalaman itu sendiri.

Sujud di depan Kaabah memohon maaf di atas di atas kesilapannya yang lalu dan berubah menjadi seorang yang lebih baik
























This post have 0 komentar


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post

Nuffnang