Sinopsis Drama Wasiat Dari Jordan 26 Episod Di TV Okey

Sinopsis Drama Wasiat Dari Jordan 26 Episod Di TV Okey | Drama yang bersiaran di TV Okey pada pukul 10 malam makin lama makin best ditonton. Elok lah tu masa semua tengah PKPB nak layan drama. Kali ini  drama bersiri kekeluargaan iaitu drama Wasiat Dari Jordan. Jauh nun shooting drama. Gandingan pelakon utama  untuk drama ini adalah Aprena Manrose dan Hazman Al-Idrus sedang bersiaran setiap hari, pukul 10.00 malam menerusi saluran TV Okey. Drama ini menggantikan slot drama bersiri Dia Bidadari Dari Syurga yang disiarkan sebelum ini.

Drama wasiat dari Jordan

Drama arahan Bade Hj Azmi, terbitan Qaisworks Sdn Bhd ini turut dibintangi oleh Badrul Muhayat, Nissa Rissa, Liza Rafar, Shajiry, Fara Nadiah, Alif Muhaimin, Alif Hadi, Zalfa Zin, dan Khayrisyah Kemal dalam 26 episod siarannya.

Boleh tonton di saluran Astro 146 / myfreeview 110. 


Info Drama Wasiat Dari Jordan 

  • Bilangan Episod : 26 episod
  • Tarikh Tayangan : 15  November 2020
  • Masa : Isnin hingga Ahad pada pukul 10 malam
  • Siaran TV : RTM TV Okey 
  • Idea Asal : Yaya Abu Bakar
  • Pengarah : Bade Hj Azmi
  • Produksi : Qaisworks Sdn Bhd
  • Barisan Pelakon: Aprena Manrose, Hazman Al-Idrus, Badrul Muhayat, Liza Rafar, Nisa Rissa, Shajiry, Fara Nadiah, Alif Muhaimin, Alif Hadi, Zalfa Zin, Khayrisyah Kemal

Pelakon Dan Watak Dalam Drama Wasiat Dari Jordan 

Barisan pelakon dalam drama Wasiat Dari Jordan adalah : 
  • Aprena Manrose sebagai Sumayah
  • Hazman Al-Idrus sebagai Hamzah
  • Badrul Muhayat sebagai Dato Nasir
  • Nisa Rissa sebagai Datin Khadijah
  • Fara Nadiah sebagai Fatimah
  • Alif Muhaimin sebagai Mukhlis
  • Alif Hadi sebagai Ghufran
  • Zalfa Zin sebagai Hajar

Sinopsis Penuh Drama Wasiat Dari Jordan 


Drama ini mengisahkan tentang watak Dato’ Nasir, seorang ahli korporat berjaya, memiliki segalanya dalam hidup bahagia seperti keluarga lain. Namun segalanya berubah bila suatu hari doktor mengesahkan dia menghidap kanser.

Ketika itu isterinya Khadijah terjumpa sekeping draf wasiat yang telah mengubah sikap isteri dan anak-anaknya. Pada masa sama hakikatnya mereka tidak dapat menerima kenyataan Dato’ Nasir mempunyai keluarga lain dan menuduhnya mengkhianati mereka selama ini.

Bermulalah cabaran, dugaan dan pelbagai usaha Dato’ Nasir menghadapi tentangan isteri dan anak-anaknya terutama Hamzah, satu-satunya anak lelakinya. Hamzah membawa diri ke Jordan dan Dato’ Nasir pula kini meminta Sumayah (anak tirinya) untuk memujuk Hamzah pulang ke Malaysia bagi menyelesaikan segala kekusutan dalam keluarga besar mereka.

Hamzah yang mula jatuh hati dengan Sumayah bersetuju untuk balik ke Malaysia dan berhasrat untuk memulakan perhubungan lebih serius dengan Sumayah. Namun Hamzah sekali lagi rasa tertipu setelah menyangka Sumayah adalah adik kandungnya setelah terjumpa foto ayahnya dengan keluarga Sumayah.

Berjayakah Sumayah memujuk Hamzah pulang ke Malaysia untuk kali kedua? 

Sekiranya terlepas untuk menonton di TV, kalian boleh menonton menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). 

Kredit : 
1. rtm.gov.my

Buat peminat - peminat drama yang nak tahu update tentang drama - drama Malaysia boleh join group facebook ini ya. Klik Cerita Drama Malaysia. Jom ramai - ramai meriahkan group ini. Terima kasih. 

Baca : Tonton Drama Dia Bidadari Dari Syurga Episod 1 Hingga 20

Post a Comment

Previous Post Next Post