Kali ini sis nak kongsi dengan kalian semua youtuber yang berasal dari Korea Selatan yang suka buat konten tentang Malaysia. Sis perasan mereka ini semua ada yang aktif dan ada yang tak berapa nak aktif. Biasalah kan, nak buat video di youtube ni kadang- kadang ikut mood, mungkin mereka semua macam sis jugak. Naik turun dah upload video di youtube ni.
Bila buat konten tentang Malaysia, sudah tentu subscribers mereka ramai dari Malaysia. Kita sendiri pun suka tengok kan bila orang luar dari Malaysia yang suka buat konten tentang Malaysia. Nak buat video di youtube ni kena cari kelainan sikit baru dapat tarik subscribers.
Kalian pun boleh jugak nak buat sebenarnya. Negara apa kalian minat sangat. Kalian buat lah video yang berkaitan dengan negara tersebut. Sudah tentu berduyun - duyun orang dari negara sana yang subscribe. Bila mereka tengok orang luar suka sesuatu dari negara mereka, sudah tentu mereka teruja. Macam sis, suka tengok youtuber Korea ni buat konten tentang Malaysia, itu yang jadi asyik nak tonton.
Apa yang dapat perhatikan youtuber Korea ni, mereka lebih suka buat video tentang Malaysia, di antaranya adalah :
1. Hiburan
Sebagai contoh reaksi untuk muzik video yang dinyanyikan oleh artis -artis malaysia. Yang ini memang tak lari dah. Pendapat jujur sis, daripada hiburan mereka jadi berminat nak kenal dengan Malaysia. Muzik kan menyatukan ke semua negara.
Sekarang zaman youtube, banyak muzik video dari seluruh negara dah di upload di platform youtube untuk ditonton secara online.
Lagi satu, dari drama - drama Malaysia. Jangan tak tahu ada di kalangan mereka berminat dengan drama Malaysia, macam kalian jugak lah ada yang fanatik drama Korea kan. Dari sini, mereka juga kenal pelakon - pelakon dari Malaysia.
2. Budaya
Tidak dinafikan, mereka juga berminat dengan kepelbagaian kebudayaan yang ada di Malaysia.
3. Makanan
Sudah tentu bahagian paling yang disukai adalah makanan. Ada video - video yang mereka buat untuk mukbang.
4. Tempat Menarik Di Malaysia
Sis perasan dalam banyak - banyak video, orang Korea suka sangat sebut Kota Kinabalu. Sampai sis tertanya - tanya mereka kenal Malaysia hanya kerana Kota Kinabalu kah. ? Apapun mereka ini semua memang teringin sangat nak terokai satu Malaysia.
Ok lah jom sis kongsi siapa youtuber Korea yang bertuah masuk di blog Wani Sukarno. Bertuah sebab dapat masuk blog kan. Sis tahu ramai lagi youtuber Korea lain di luar sana, mungkin sis tak berapa kenal ataupun tak ternampak lagi. Yang kongsi dengan korang ni yang sis biasa tonton video mereka.
Post a Comment