Intipati Belanjawan 2021 Yang Bertemakan Teguh Kita Menang Bersama

Intipati Belanjawan 2021 Yang Bertemakan Teguh Kita Menang Bersama | Salam semua, lagi sebulan sebelum tahun 2020 tamat, tahun 2021 akan menyusul. Tahun demi tahun ni sekejap sungguh kan. Semalam telah berlangsungnya bajet belanjawan 2021. Sis pasti ramai yang tertunggu - tunggu apa intipati bajet belanjawan 2021. Disebabkan tahun ini, negara kita sedang berperang untuk membendung wabak Covid - 19. Jadi banyak impak yang berlaku ke atas ekonomi negara kita. 

Intipati belanjawan 2021


Belanjawan 2021 yang bertemakan ‘Teguh Kita Menang Bersama’ dirangka dengan berdasarkan tiga matlamat induk yang merupakan kesinambungan kepada Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN), PRIHATIN PKS Tambahan, Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) dan Kita Prihatin.

Tiga matlamat induk berkenaan ialah : 

1. Kesejahteraan rakyat
2. Kelangsungan perniagaan
3. Ketahanan ekonomi.

Ringkasan Intipati Belanjawan 2021 

Berikut ialah intipati ekonomi Belanjawan 2021 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Senator Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz di Parlimen semalam.

  • Sebanyak RM1 bilion akan diperuntukkan pada tahun hadapan bagi membendung gelombang ketiga COVID-19.
  • Kerajaan setuju laksanakan pemberian one-off sebanyak RM500 bagi menghargai jasa anggota barisan hadapan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang memanfaatkan 100,00 petugas.
  • Kerajaan komited dapatkan sumber vaksin COVID-19 antaranya melalui penyertaan COVID-19 Vaccine Access (COVAX) dengan jangkaan kos bekalan vaksin melebihi RM3 billion.
  • Kerajaan akan naikkan had pelepasan cukai ke atas perbelanjaan diri, pasangan dan anak bagi penyakit serius daripada RM6,000 kepada RM8,000.
  • Had pelepasan cukai ke atas perbelanjaan rawatan perubatan, keperluan khas dan penjagaan ibu bapa dinaikkan kepada RM8,000.
  • Baucar RM50 diberikan kepada golongan B40 melalui Program Baucar Perlindungan Tenang untuk produk termasuk takaful hayat dan kemalangan diri

  • Kadar bantuan warga emas dan bantuan penjagaan OKU serta pesakit kronik terlantar dinaikkan kepada RM500, manakala kadar elaun pekerja OKU dinaikkan kepada RM450.
  • Bantuan Sara Hidup (BSH) akan digantikan dengan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang memanfaatkan 8.1 juta orang melibatkan peruntukan RM6.5 bilion berbanding 4.3 juta penerima BSH (peruntukan RM5 bilion).
  • Isi rumah berpendapatan RM2,500 dan mempunyai seorang anak akan terima bantuan RM1,200, manakala yang mempunyai dua orang anak atau lebih terima bantuan RM1,800.
  • Isi rumah berpendapatan bulanan antara RM2,501 hingga RM4,000 akan terima bantuan BPR RM800, manakala yang mempunyai dua anak atau lebih terima bantuan RM1,200.
  • Isi rumah berpendapatan RM4,001 hingga RM5,000 yang mempunyai seorang anak terima bantuan RM500, manakala yang mempunyai dua anak atau lebih terima RM750.
  • Individu bujang berpendapatan RM2,500 ke bawah akan terima bantuan RM350 dengan syarat had umur individu bujang diturunkan daripada 40 tahun sebelum ini kepada 21 tahun.

  • Kadar cukai pendapatan individu bermastautin diturunkan satu mata peratus bagi pendapatan bercukai RM50,001 hingga RM70,000, manfaatkan 1.4 juta pembayar cukai.
  • Kadar caruman minimum KWSP pekerja dikurangkan daripada 11 peratus kepada sembilan peratus mulai Januari 2021 untuk tempoh 12 bulan.
  • Kemudahan pengeluaran simpanan KWSP daripada Akaun 1 secara bersasar RM500 sebulan, selama 12 bulan dengan jumlah keseluruhan RM6,000.
  • RM1.7 bilion subsidi, bantuan dan insentif disediakan untuk bantu petani dan nelayan, manakala elaun sara hidup nelayan dinaikkan kepada RM300.
  • RM400 juta diperuntuk hapus faedah hutang peneroka dan sediakan program pembangunan peneroka untuk dapatkan hasil baharu.

  • RM30 juta diperuntuk kepada Perhebat bagi latihan kemahiran, keusahawanan yang dijangka manfaatkan 12,000 veteran ATM.
  • Short-term Employment Programme diperkenal, tawar 50,000 peluang pekerjaan secara kontrak dalam sektor awam dan syarikat berkaitan kerajaan bermula Januari 2021.
  • Kerajaan lanjut pelaksanaan Program Subsidi Upah selama tiga bulan dengan lebih bersasar.
  • KWSP benarkan pengeluaran Akaun 2 untuk membeli produk perlindungan insuran, takaful hayat dan penyakit kritikal bagi perlindungan diri dan keluarga.
  • Sebanyak RM6.5 billion diperuntuk untuk akses pendidikan berkualiti kepada institusi Bumiputera jalankan program pendigitilan pembelajaran TVET dan naik taraf program ke peringkat diploma.
  • Bayaran khas one-off sebanyak RM500 kepada imam, bilal, siak, noja, merbut, guru takmir dan guru KAFA.

  • RM30 juta diperuntuk untuk sediakan taska di bangunan kerajaan terutama hospital, manakala RM20 juta untuk galak sektor swasta sediakan pusat penjagaan kanak-kanak di premis mereka.
  • RM158 juta diperuntuk untuk kesejahteraan komuniti Orang Asli, manakala RM5 juta untuk jalankan kerja ukur tanah tanda sempadan di 21 perkampungan Orang Asli.
  • Pusat komuniti tempat jagaan kanak-kanak selepas tamat persekolahan akan disediakan untuk ringankan kos sara hidup golongan B40 libat peruntukkan RM20 juta.
  • Kerajaan kredit RM50 secara one-off ke dalam akaun e-wallet 1.5 juta belia berumur 18 hingga 20 tahun, libatkan peruntukan RM75 juta.
  • RM103 juta diperuntuk untuk membina, menaik taraf dan menyelenggara kemudahan sukan seluruh negara.
  • Kementerian Pendidikan Malaysia terus terima peruntukan terbesar dengan RM50.4 billion daripada keseluruhan perbelanjaan negara.

  • RM500 juta disedia untuk bina 14,000 unit rumah di bawah Program Perumahan Rakyat, manakala RM315 juta bagi membina 3,000 Rumah Mesra Rakyat oleh SPNB, dan RM310 juta untuk Program Perumahan Penjawat Awam.
  • Kerajaan laksanakan Skim Rent-to-Own sehingga 2022, libatkan 5,000 rumah PR1MA, dengan nilai RM1 billion, dikhaskan untuk pembeli rumah pertama.
  • Peruntukan penyelenggaraan aset utama ATM dinaikkan kepada RM2.3 billion, manakala RM27 juta diperuntuk untuk tingkat kawalan keselamatan siber negara.
  • RM50 juta diperuntuk untuk program penempatan semula 8,000 kakitangan dari syarikat penerbangan di Malaysia.
  • 500 Orang Asli ditawarkan peluang pekerjaan untuk menjadi jurupandu pelancong di semua taman negara, dan RM50 juta selenggara kemudahan pelancongan seluruh negara.
  • Geran Khas Prihatin Tambahan sebanyak RM1,000 diberikan kepada peniaga, penjaja, pemandu teksi e-hailing, kereta sewa dan penjaja di Sabah.

  • RM15 billion untuk biayai projek seperti Lebuhraya Pan Borneo, Landasan Berkembar Elektrik Gemas-Johor Bahru, dan Landasan Berkembar Lembah Klang fasa pertama.
  • RM50 juta diperuntuk bagi tangani isu sampah dan sisa pepejal terperangkap di sungai.
  • Elaun lebih 1,900 pegawai bomba bantuan dinaikan RM8 sejam mulai 2021.
  • Kakitangan kerajaan Gerd 56 ke bawah terima Bantuan Khas Kewangan RM600, RM300 untuk pesara kerajaan yang dibayar awal 2021.

Sumber : 
https://www.bernama.com/bm/news.php?id=1897878

3 Comments

  1. Alhamdulillah untuk semuanya

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah. Dari rakyat, kepada rakyat, unuk rakyat!

    ReplyDelete
  3. Mudah2an ramai rakyat yang mendapat manfaatnya

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post