Tonton Drama Cinta Sekali Lagi Episod 1 Hingga 28 ( Akhir ) Di Slot Akasia TV3

Tonton Drama Cinta Sekali Lagi Episod 1 Hingga 28 ( Akhir ) Di Slot Akasia TV3 | Salam semua, Drama Cinta Sekali Lagi telah ditayangkan di slot Akasia TV 3 bagi menggantikan drama Ryan Aralyn yang telah pun tamat. Bila sis tengok dalam drama ini ada Hannah Delishah, serius sis memang suka dengan Hannah ni, muka macam barbie doll. Memang lawa orangnya. Ramai peminat Hannah ke kat sini ? Hannah ni sis dah lupa drama pertama dia apa. Tapi dah banyak drama dia berlakon kan. Dan ini yang terbaru yang ditayangkan di TV3.


Drama cinta sekali lagi

Drama ini seperti biasa bersiaran pada hari isnin hingga jumaat pada pukul 7 malam.

Info Drama Cinta Sekali Lagi 

  • Bilangan Episod : 28
  • Tarikh Tayangan : 4 November 2020
  • Waktu Siaran : Isnin hingga Jumaat pukul 7:00 malam
  • Siaran TV : Slot Akasia TV3
  • Penulis Skrip : Nieza Nahar
  • Pengarah : Pali Yahya
  • Produksi : Suhan Movies & Trading
  • Pelakon : Saharul Ridzwan, Nelydia Senrose, Hannah Delisha, Raja Afiq, Luqman Hafidz, Ezzaty Abdullah, Dilla Ahmad, Haleeda Mazlin, Iman Zulkarnain, Isaac Iman, Tengku Zara, Zara Shelby, Alessandra Alyssa

Pelakon Drama Cinta Sekali Lagi Dan Watak 

  • Saharul Ridzwan sebagai Fahad
  • Nelydia Senrose sebagai Amanda
  • Hannah Delisha sebagai Amani
  • Raja Afiq sebagai Mukhlis
  • Luqman Hafidz sebagai Dr Izamel
  • Ezzaty Abdullah sebagai Farhana
  • Dilla Ahmad sebagai Ungku Nadrah
  • Iman Zulkarnain sebagai Muiz
  • Zara Shelby sebagai Danisha
  • Alessandra Alyssa sebagai Daniya

Sinopsis Penuh Drama Cinta Sekali Lagi 


Drama ini mengupas kisah hidup dua adik-beradik iaitu Amanda (Nelydia Senrose) dan Amani (Hannah Delisha). Amanda sentiasa dipersalahkan oleh Amani kerana menyebabkan Amani mempunyai parut kekal di tangannya. Rentetan daripada kejadian itu, Amani sentiasa mahu lebih daripada Amanda dalam segala hal.

Amanda baru dilantik sebagai ‘jewellery designer’ di Anggun Jewels. Dia mempunyai masalah dengan Fahad (Saharul Ridzwan), pengurus di situ. Ibu Fahad, Ungku Nadrah (Dilla Ahmad) berkenan dengan kebaikan Amanda sehinggalah dia mendapat tahu mengenai sengketa anaknya dengan Amanda. Amani pula sibuk nak berkahwin dengan Ungku Mukhlis (Raja Afiq), sepupu kepada Fahad bagi memenuhi impian ‘Cinderella’nya untuk hidup senang walaupun dia masih belajar.

Ibu Amanda dan Amani, Puan Nazira (Haleeda Mazlin) mengenakan syarat iaitu Amani perlu menamatkan pengajiannya dahulu dan pastikan Amanda juga menikah pada hari yang sama. Amani menganggap syarat tersebut sebagai penghalang. Amani lebih berminat dengan rumah banglo keluarga Mukhlis dan tidak tahu mengambil hati orang tua Mukhlis.

Hubungan Fahad dan Amanda semakin buruk dengan hasutan Muiz (Iman Zulkarnain), rakan sekerja mereka yang sentiasa iri hati dengan Fahad. Keadaan menjadi gawat apabila Fahad digantung kerja. Amanda mula menyedari kejahatan Muiz. Dia telah bekerjasama dengan Taqiudin sehingga Muiz tertangkap dan Fahad kembali bekerja. Sejak hari itu, Fahad dan Amanda menjadi rapat. Ungku Nadrah telah melamar Amanda untuk Fahad.

Amani mengimpikan majlis perkahwinan yang gah. Dia amat kecewa apabila keluarga Mukhlis hanya mengadakan majlis secara bersederhana. Impiannya untuk hidup senang bagai Cinderella telah hancur kerana Mukhlis hanyalah lelaki biasa. Amanda dan Amani telah mengandung anak pertama. Amanda dilayan dengan penuh kasih sayang oleh Fahad manakala Amani dan Mukhlis sering dilanda masalah.

Selepas tujuh tahun, Amanda dan Fahad bahagia dengan dua orang anak dan berpindah ke rumah baharu bersama Mak Wan, orang gaji di rumah Fahad. Amani cemburu apabila Mukhlis masih simpan hati pada Farhana sehingga akhirnya dia menyerang Mukhlis di rumah Ungku Nadrah. Amani diceraikan Mukhlis! Amani dan Mukhlis menghilangkan diri selepas bercerai, meninggalkan anak mereka, Fizri di bawah jagaan Fahad dan Amanda.

Amani kembali dan dalam diam, dia menggoda Fahad kerana ingin merampas kebahagiaan milik Amanda. Fahad pula dibutakan dengan nafsu dan terperdaya dengan fitnah yang dibuat oleh Amani. Adakah kejahatan Amani akan terbongkar? Masihkah ada peluang bagi Fahad untuk merayu ‘CINTA SEKALI LAGI’ daripada Amanda?

Kredit : 
1. myinfotaip.com

Tonton Drama Cinta Sekali Lagi Episod 1 Hingga 28 ( Akhir ) 

Bila baca sinopsis baru tahu Amanda dan Amani tu bawa watak adik - beradik. Sis ingatkan kisah cinta tiga segi. 

Bagi yang terlepas untuk menonton di TV, kalian boleh tonton terus di iq.com. Selepas disiarkan di TV3, drama ini dapat ditonton di IQIYI. Download aplikasi lagi senang. Banyak dah drama - drama melayu di iq.com. Episod pertama pun macam permulaan menarik dah. Apapun sis akan kemas kini kat sini ya. 

Cinta Sekali Lagi Episod 1


Cinta Sekali Lagi Episod 2


Cinta Sekali Lagi Episod 3


Cinta Sekali Lagi Episod 4


Cinta Sekali Lagi Episod 5


Cinta Sekali Lagi Episod 6


Cinta Sekali Lagi Episod 7


Cinta Sekali Lagi Episod 8


Cinta Sekali Lagi Episod 9


Cinta Sekali Lagi Episod 10


Cinta Sekali Lagi Episod 11


Cinta Sekali Lagi Episod 12


Cinta Sekali Lagi Episod 13


Cinta Sekali Lagi Episod 14


Cinta Sekali Lagi Episod 15


Cinta Sekali Lagi Episod 16


Cinta Sekali Lagi Episod 17


Cinta Sekali Lagi Episod 18


Cinta Sekali Lagi Episod 19


Cinta Sekali Lagi Episod 20


Cinta Sekali Lagi Episod 21


Cinta Sekali Lagi Episod 22


Cinta Sekali Lagi Episod 23


Cinta Sekali Lagi Episod 24


Cinta Sekali Lagi Episod 25


Cinta Sekali Lagi Episod 26


Cinta Sekali Lagi Episod 27


Cinta Sekali Lagi Episod 28

Tamat sudah drama Cinta Sekali Lagi. 

Buat peminat - peminat drama yang nak tahu update tentang drama - drama Malaysia boleh join group facebook ini ya. Klik Cerita Drama Malaysia. Jom ramai - ramai meriahkan group ini. Terima kasih.

Baca : 













Post a Comment

Previous Post Next Post