-->

Monday, 25 January 2021

author photo

Jom Cuba Resepi Mee Goreng Mamak Ini Di Rumah | Salam semua, Mee goreng, menu yang biasanya menjadi pilihan tak kira masa sama ada untuk sarapan pagi, makan tengah hari ataupun makan malam. Salah satu menu kegemaran sis untuk mee goreng ini adalah mee goreng mamak. Ada orang suka mee goreng mamak dan ada orang tak berapa suka. Pilihan tekak masing- masing kan sebab cara nak masak mee goreng mamak ini pun ada kaedahnya. Ia bukan masak dengan kaedah biasa. Bahan - bahan dan cara penyediaaan pun dah lain. 


Resepi mee goreng mamak

Info Tentang Mee Goreng Mamak

1. Negara kita terdiri dari berbilang kaum dan kebanyakannya orang India sini ada yang muslim. Di Malaysia ,mereka dipanggil Mamak. 

2. Rahsia mee goreng mamak tak sama dengan mee goreng lain sebab ia ada perencah tersendiri.

3. Perencah atau pes ini yang berbeza dengan mee goreng yang lain dan ia perlu disediakan terlebih dahulu sebelum nak goreng mee. 

4. Secara tradisinya, dalam mee goreng mamak sebenarnya ada cucur, ubi kentang rebus dan tauhu goreng. Mee goreng biasa tak letak cucur. Ini lah kelainan mee goreng mamak. Dan di atas mee tabur dengan sedikit kacang tanah goreng kisar jika suka. 

5. Tekstur mee goreng mamak lebih kepada kering. 


Tips Penting Untuk Masak Mee Goreng Mamak 

1. Cara nak goreng mee goreng mamak sama seperti nak goreng mee goreng biasa. Tetapi dengan syarat gunakan api yang besar supaya mee tak lembik. 

2. Masa untuk setiap satu hidangan hanya ambil masa dalam 3 hingga 4 minit. 

3. Penggunaan taugeh dan sayur sawi juga penting dalam mee goreng mamak.

Bukan mudah nak masak mee goreng mamak, kena sediakan pes terlebih dahulu baru boleh masak. Kalau yang rajin, boleh cuba buat pes dulu. Pes pun buat banyak tak apa boleh simpan kan. Setiap kali nak masak mee goreng mamak dah ada yang siap. Jadi tak rugi nak buat banyak - banyak. 

Kali ini sis nak kongsi resepi mee goreng mamak mudah untuk dimasak di rumah. Masak sendiri puas hati makan. 

Resepi Mee Goreng Mamak Mudah 


A. Penyediaan Untuk Cili Pes 

Bahan - Bahan 
10 tangkai lada kering 
1 1/2 sudu besar minyak masak 
1 sudu besar air

B. Untuk Sos 

Bahan - Bahan 
2 sudu besar kicap cair 
2 sudu besar kicap manis
3 sudu besar sos tomato 
Sugar secukup rasa

C. Penyediaan Untuk Mee Goreng 

Bahan - Bahan 

2/12 sudu besar minyak masak 
2 ulas bawang putih dicincang
1 biji ubi kentang direbus, dibuang kulit dan dipotong 
3 keping tauhu digoreng dan dihiris
Sotong secukupnya dihiris bulat 
1 paket mee kuning 
2 biji telur 
Taugeh secukupnya
Limau, hirisan lada untuk hiasan

Cara Masak Mee Goreng Mamak 
1. Pertama sekali, sediakan untuk buat pes. Satukan ke semua bahan untuk penyediaan pes dan dikisar halus. 
2. Panaskan minyak dan tumis cili pes hingga pecah minyak. 
3. Dalam mangkuk lain, satukan ke semua sos - sos. Ketepikan.
4. Panaskan kuali dengan api besar dan masukkan 2 sudu besar minyak.
5. Masukkan bawang putih,3 sudu besar pes cili, ubi kentang, tauhu dan sotong. 
6. Tumis ke semua bahan sampai masak.
7. Kemudian masukkan mee kuning dan ke semua sos. Kacau lagi hingga rata. 
8. Tolak mee goreng di tepi kuali biar berlubang di tengah. 
9. Letakkan sedikit minyak dan pecahkan telur di tengah.
10. Tutup dengan mee goreng dan terus kacau goreng hingga rata. Api mainkan peranan penting. 
11. Masukkan taugeh dan cepat - cepat kacau goreng dalam 1 minit.  
12. Siap dan boleh dihidangkan dengan perahan jus limau. 

Untuk resepi ini mudah saja untuk buat di rumah. Tapi kalau terasa tekak teringin sangat nak makan mee goreng mamak fikirkan susah nak masak sendiri. Tahu sangat tak semua kita ada masa nak masak kat rumah kan. Fikirkan takut tak jadi mee gorengnya. 

Nampaknya kena lah order food  secara online guna aplikasi foodpanda. Makanan mee goreng mamak pun ada kat foodpanda. 








This post have 2 komentar


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post