-->

Saturday, 23 January 2021

author photo

Drama Rahimah Tanpa Rahim Tonton Episod 1 Hingga 28 ( Akhir ) Slot Akasia TV3 | Salam semua, drama Rahimah Tanpa Rahim kini ditayangkan di TV 3 di Slot Akasia bagi menggantikan drama Bidadari Salju yang telah pun tamat siaran. Drama ini bersiaran sebanyak 28 episod. Drama ini bersiaran pada pukul 7 malam pada hari Isnin hingga Jumaat. Difahamkan drama ini kecoh di sosial media disebabkan tajuk drama yang menimbulkan pelbagai persoalan dari netizen. 


Drama Rahimah Tanpa Rahim

Sis rasa bagi yang tak tahu yang rasa nak persendakan drama ini, sindrom MRKH iaitu Sindrom Mayer Rokitansky Kuster Hauser. Golongan wanita yang mempunyai sindrom ini adalah mereka yang dilahirkan tanpa rahim dan faraj. 


Banyak lagi info yang kena tahu pasal sindrom MRKH. Sis sendiri pun pernah dengar cerita tentang sindrom MRKH. Masa tu memang tak tahu pun kewujudan sindrom macam ni. Tak mudah rasanya sebab kita ini manusia biasa ada emosi dan perasaan. 


Selanjutnya, korang tonton sendiri. Untuk info drama, barisan pelakon dan sinopsis drama adalah seperti di bawah. 


Info Drama Rahimah Tanpa Rahim

  • Bilangan Episod  : 28
  • Hari Dan Masa  : Isnin hingga Jumaat pukul 7:00 malam
  • Siaran TV : Slot Akasia TV3
  • Penulis Skrip : Puovin & Tommy Loh
  • Pengarah : Eoon Shuhaini
  • Produksi : Country & Universal Sdn Bhd
  • Barisan Pelakon : Azlee Khairi, Puteri Aishah, Hafidz Roshdi, Ezzaty Abdullah, Liza Abdullah, Amelina, Mustaqim Bahadon, Sera Melissa, Anne Abdullah, Diana Dee, Badrul Muhayat, Farhan Asri, Azri Iskandar, Che Kem, Kween Keela, Lana Nodin, Zalfa Zin 

Barisan Pelakon Dalam Drama Rahimah Tanpa Rahim 

  • Azlee Khairi sebagai Jauhar
  • Puteri Aishah sebagai Rahimah
  • Hafidz Roshdi sebagai Adli
  • Ezzaty Abdullah sebagai Nurul
  • Liza Abdullah sebagai Mak Ani
  • Amelina sebagai Puan Sakinah
  • Mustaqim Bahadon sebagai Ramzi
  • Sera Melissa sebagai Rozana
  • Anne Abdullah sebagai Puan Faridah
  • Diana Dee sebagai Shidah
  • Badrul Muhayat sebagai Pak Akob
  • Farhan Asri sebagai Idin
  • Azri Iskandar sebagai Tuan Rosdi
  • Che Kem sebagai Tuan Firdaus

Sinopsis Drama Rahimah Tanpa Rahim 

Drama ini mengisahkan tentang Rahimah (Puteri Aishah) yang menghidap sindrom MRKH. Rahimah merupakan seorang yang penyayang dan baik hati kepada semua orang di sekelilingnya.

Sungguhpun kehidupan hariannya sentiasa dicemuh oleh ibu tirinya, Mak Aini (Lizza Abdullah), namun Rahimah tetap cuba untuk menyesuaikan diri di kampungnya dengan membantu jiran-jirannya.

Dalam masa yang sama, bapa Rahimah, Pak Akob (Badrul Muhayat) sering kelihatan mesra dengan rakan karib anaknya, Shida (Diana Dee DFKL). Perbuatan ini mampu dihidu oleh Rahimah, tetapi setiap kali Rahimah cuba untuk memberitahu Mak Aini, Mak Aini akan memarahinya kerana tidak mempercayai kata-kata Rahimah. 

Rahimah kemudiannya bertemu dengan Jauhar (Azlee Khairi), pengasas NGO remaja bermasalah. Ada sesuatu tentang keikhlasan dan kenaifan Rahimah yang menarik Jauhar untuk cuba membantunya. Namun kerana masalah itu melibatkan keluarganya, Rahimah takut maruah keluarga tergadai dan semakin cuba untuk menjarakkan diri daripada Jauhar.

Mengeruhkan lagi keadaan adalah Mak Aini yang tidak suka Rahimah berhubungan dengan Jauhar kerana tidak mahu nama keluarganya terpalit dengan tuduhan dan fitnah orang kampung. 

Sebagai seorang yang amat tegas menjaga nama baik dan maruah keluarganya, Mak Aini cukup pantang apabila orang kampung berbicara buruk tentang keluarganya. 

Namun, keberangan Mak Aini memuncak apabila terjadi suatu tragedi yang melibatkan Pak Akob dan bermula daripada peristiwa itu, Mak Aini mengambil tindakan untuk menghalau Rahimah dari rumah selama-lamanya.

Apakah kaitan Rahimah dengan kes Pak Akob itu? Mampukah perempuan tidak sempurna ini bertahan dalam kehidupannya? Dan adakah Mak Aini mampu pertahankan nama baik keluarganya?


Tonton Drama Rahimah Tanpa Rahim Episod 1 Hingga 28 ( Akhir ) 

Drama ini boleh ditonton di https://www.iq.com/ secara percuma selesai saja tayangan di TV. Ataupun di aplikasai iQIYI. Jadi, kalau risau tak ada masa nak tonton drama pukul 7. Boleh tonton percuma di iq.com bila - bila masa. 

Drama Rahimah Tanpa Rahim

Jalan cerita menarik, sebab kelainan drama kali ini. Harap drama Rahimah Tanpa Rahim dapat mendidik masyarakat di luar sana tentang kewujudan sindrom MRKH di kalangan wanita. Dan bukan senang emosi bagi wanita di luar sana yang ada sindrom ini.

Untuk episod sis akan kemas kini dari semasa ke semasa ya. 

Drama Rahimah Tanpa Rahim Episod 1


Drama Rahimah Tanpa Rahim Episod 2


Drama Rahimah Tanpa Rahim Episod 3


Drama Rahimah Tanpa Rahim Episod 4


Drama Rahimah Tanpa Rahim Episod 5


Drama Rahimah Tanpa Rahim Episod 6


Drama Rahimah Tanpa Rahim Episod 7


Drama Rahimah Tanpa Rahim Episod 8


Drama Rahimah Tanpa Rahim Episod 9


Drama Rahimah Tanpa Rahim Episod 10


Drama Rahimah Tanpa Rahim Episod 11


Drama Rahimah Tanpa Rahim Episod 12


Drama Rahimah Tanpa Rahim Episod 13


Drama Rahimah Tanpa Rahim Episod 14


Drama Rahimah Tanpa Rahim Episod 15


Drama Rahimah Tanpa Rahim Episod 16


Drama Rahimah Tanpa Rahim Episod 17


Drama Rahimah Tanpa Rahim Episod 18


Drama Rahimah Tanpa Rahim Episod 19


Drama Rahimah Tanpa Rahim Episod 20


Drama Rahimah Tanpa Rahim Episod 21


Drama Rahimah Tanpa Rahim Episod 22


Drama Rahimah Tanpa Rahim Episod 23


Drama Rahimah Tanpa Rahim Episod 24


Drama Rahimah Tanpa Rahim Episod 25


Drama Rahimah Tanpa Rahim Episod 26


Drama Rahimah Tanpa Rahim Episod 27


Baca Juga : 






1 komentar:

avatar
sHaRiNa (opzzpinky.com) delete 30 January 2021 at 10:36

Allahu..sha xpernah dgr pla sindrom ni..ada juga kan sindrom mcm ni..huhu

Reply


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post