-->

Friday, 29 January 2021

author photo
Resepi Kek Coklat Moist Kukus Mudah Sukatan Cawan | Salam semua, pelbagai kaedah nak hasilkan kek coklat moist yang sangat lembut dengan topping coklat yang melitupi seluruh kek coklat. Kaedah kukus banyak yang menjadi pilihan sebab tak payah guna oven. Kalau bagi sis, kedua - dua cara pun ok juga nak guna samaada nak kukus atau bakar. Dalam blog sis dah macam - macam resepi untuk resepi kek coklat. Yang mana sedap kita cuba.  Tapi tekstur kek coklat yang kukus lagi moist. 

Resepi kek coklat moist kukus

Kali ini sis buat tak letak topping coklat sebab dah tak ada stok untuk serbuk coklat. Dapat kek sebiji pun jadi lah. Nak habiskan yang mana ada sebenarnya ni, Risau takut membazir simpan lama - lama. Sis guna serbuk coklat biasa bukan serbuk coklat yang premium. Nak rasa coklat yang sedap guna lah yang mahal - mahal. Sis guna yang murah - murah pun ok jugak asalkan boleh ditelan tekak. 

Untuk resepi kek coklat moist kukus kali ini, penggunaan telur hanya 2 biji saja. Tak ada guna banyak sangat tapi masih tekstur kek lembut dan moist. 

Resepi kek coklat moist kukus

Nak lagi comel - comel boleh kukus dalam bekas kecik -kecil senang nak makan dan nak letak topping coklat pun mudah. Kek colat kukus kena letak topping coklat baru sedap nak makan. Kalau tak ada topping macam tak berselera nak makan. Kek coklat lagi simpan lama dalam peti lagi sedap.

Tips Untuk Mengukus Kek Coklat. 

Kaedah kukusan nampak macam senang kukus atas dapur kan. Tapi kalau tak kena cara memang habis lah kek sebiji. Di antara kesan atas kek sekiranya tak dikukus dengan betul kek jadi mendap di tengah ataupun kek terlalu merekah. Atau satu masalah lagi permukaan atas kek jadi lubang - lubang. Jadi, untuk mengelak semua tu, sila ikut tips di bawah. 


1. Letakkan air secukupnya ke dalam pengukus dan panaskan kukusan dengan api yang sederhana sampai air mendidih.


2. Ada 2 cara untuk elakkan permukaan atas kek jadi berlubang - lubang. Pertama balut penutup kukusan dengan kain atau kedua kemaskan aluminium foil atas loyang kek. Penting ya sebab nak elak air kukusan menitis atas permukaan kek. 


3. Pastikan air kukusan mendidih terlebih dahulu sebelum letakkan loyang kek. 


4. Selepas letak loyang kek ke dalam pengukus, api mestilah sederhana jangan guna api besar. Suhu tinggi sangat takut kek merekah. 


5. Semasa tengah mengukus kek, jangan buka penutup kukusan nanti kek terkejut. Itu yang jadi kek mendap di tengah.


6. Berapa lama boleh kukus kek coklat ?. Pastikan masa mengukus dalam masa 1 jam. Baru boleh buka tengok cucuk dengan lidi nak tahu dah masak ke belum.


Nak cuba resepi kek coklat moist yang sedap dan moist, boleh cuba resepi di bawah ya. Untuk resepi ini, kaedah masak bahan B terlebih dahulu bagi sis kek rasa lebih sedap. 
 

Resepi Kek Coklat Moist Kukus Mudah Sukatan Cawan

Bahan - Bahan A
1 1/4 cawan tepung gandum*
1 sudu kecil soda bicarbonat*
1 sudu kecil baking powder*
Semua bahan bertanda * diayak

Bahan - Bahan B
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula pasir
1/2 cawan susu pekat
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak
1 sudu besar susu  tepung
Cara - Cara 
1. Kacau sebati semua bahan dan dimasak atas api yang perlahan hingga mendidih.
2. Pastikan jangan hangit. Guna whisk atau pemukul telur. Ketepikan sekejap.
Bahan - Bahan C
2 biji telur
1 sudu kecil esen vanila
50 ml air panas
Cara - Cara
1. Masukkan bahan ayak ke dalam bahan yang dimasak. Kacau sebati.
2. Masukkan telur dan esen vanila. Putar sekejap.
3. Masukkan air panas. Kacau sebati.
4. Masukkan dalam loyang yang telah dialas dengan kertas kek.
5. Kukus dalam periuk yang telah mendidih airnya.
6. Pastikan loyang telah ditutup dengan aluminium foil)
7. Kukus selama hampir 1 jam.
Cara Buat Topping Coklat Yang Mudah 
6 sudu besar serbuk koko
6 sudu besar susu pekat
2 sudu besar butter atau marjerin
Sedikit air panas
*Jika nak topping coklat lagi banyak gandakan bahan
Cara - Cara
1. Masukkan semua bahan.
2. Kacau dan tambah dengan sedikit air panas (pasti topping jangan terlalu
pekat)
3. Tuang ke atas kek tadi. Masukkan dalam peti sejuk seketika. 


Nota :
1. Tambah 1 sudu kecil nescafe ataupun indocafe ke dalam bahan adunan yang dimasak dan bahan yang dimasak tak dimasak sampai mendidih. 

2. Susu cair boleh digantikan dengan susu coklat untuk lebih sedap
Kredit : https://dapurkakyah.blogspot.com/2013/10/kek-coklat-kukus.html
Baca Juga : 


This post have 3 komentar

avatar
Sweet red cherry delete 22 September 2014 at 21:23

menariknya kek ni..mesti sedap kan sebab ada sunquick..

Reply
avatar
Amie delete 29 January 2021 at 16:29

Lama betul tak buat kek coklat!

Reply
avatar
Shalimar Yusof delete 2 February 2021 at 14:11

lamanyaa tak buat kek coklat ni kak wani...sedap je tgk

Reply


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post