Drama Takdir Yang Tertulis Tonton Episod 1 Hingga 15 ( Akhir ) Slot Samarinda TV3

Drama Takdir Yang Tertulis Tonton Episod 1 Hingga 15 Di Slot Samarinda TV3 | Salam semua, drama Takdir Yang Tertulis, Kifarah Cinta, Mengejar Bahagia yang ditayangkan di slot Samarinda TV 3 menggantikan drama Bougainvillae yang telah pun tamat siaran. Kalau jalan cerita untuk drama Bougainvillae ini lebih kepada tentang kisah kehidupan rumah tangga. Untuk drama Takdir yang tertulis pula, tak tahu lah jalan cerita sama ke tak. 


Drama takdir yang tertulis


Sis ada ternampak di instagram Nad Zainal, katanya ini drama pertama lakonannya untuk tahun 2021 ini selepas watak Mona dalam drama Hati Yang Tersakiti . Untuk info, barisan pelakon, sinopsi drama ini adalah seperti di bawah. 


Info Drama Takdir Yang Tertulis 

  • Bilangan Episod : 15
  • Waktu Siaran : Isnin hingga Khamis pukul 10:00 malam
  • Siaran TV : Slot Samarinda TV3
  • Penulis Skrip : Shahrulezad Mohameddin
  • Pengarah : Shahrulezad Mohameddin
  • Produksi : Radius One
  • Barisan Pelakon : Nazim Othman, Nad Zainal, Elvina Mohamad, Alvin Chong, Isaac Iman, Didie Alias, Uchee Fukada, Iman Suhana, Muaz Fitri Maslan, Afidah Bee

Barisan Pelakon Drama Takdir Yang Tertulis 

  • Nazim Othman sebagai Azlan
  • Nad Zainal sebagai Juweta
  • Elvina Mohamad sebagai Ruhila
  • Alvin Chong sebagai Ean
  • Isaac Iman sebagai Mika
  • Didie Alias sebagai Che Salmah
  • Uchee Fukada sebagai Kak Jo
  • Iman Suhana sebagai Ruzita
  • Muaz Fitri Maslan sebagai Hakim

Sinopsis Drama Takdir Yang Tertulis

Drama ini mengisahkan tentang Juweta, Ruhila, Azlan dan Ean. Perkenalan yang bermula sejak zaman Universiti menjadi huru hara apabila persahabatan dicabar dengan kesetian dan kepercayaan. 

Azlan yang menyukai Ruhila tanpa mengetahui bahawa Ruhila adalah kekasih Ean. Hal tersebut sedikit menggugat Ean.

Hubungan suami isteri, Azlan dan Juweta semakin meruncing. Cubaan Azlan untuk mengambil hati isterinya berakhir dengan pergaduhan besar. Sementara itu, anak mereka, Mika trauma dengan pergaduhan ibu bapanya.

Nak tahu bagaimana kesudahan drama ini, best ke tidak, korang tonton lah ya. 

Tonton Takdir Yang Tertulis Episod 1 Hingga 15 ( Akhir )

Sekiranya korang terlepas untuk tonton di TV, drama Takdir Yang Tertulis ini boleh ditonton di https://wetv.vip/en selepas saja tamat siaran di TV untuk setiap episod. Atau pun boleh download aplikasi We Tv. Apa pun sis akan kemas kini dari semasa ke semasa. 

Drama takdir yang tertulis

Baca Juga : 






Post a Comment

Previous Post Next Post