Drama Tak Sempurna Mencintaimu Episod 1 Hingga 28 ( Akhir ) Slot Akasia TV3

Drama Tak Sempurna Mencintaimu Episod 1 Hingga 28 ( Akhir ) Slot Akasia TV3 | Salam semua, "Di setiap kekuranganku, kau sempurnakan cinta kita", drama terbaru yang ditayangkan di slot Akasia TV3, drama Tak Sempurna Mencintaimu. Drama ini bagi menggantikan drama Pujaan Hati Kanda yang telah pun tamat siaran. Kalau sebelum ini drama ulangan, kali ini TV3 tayang drama terkini. Drama ini diinspirasikan daripada novel hasil karya Rehan Makhtar. Pelakon utama yang dibawakan oleh Redza Rosli dan Intan Najuwa. 


Drama tak sempurna mencintaimu

Manis nampak Intan Najuwa berhijab dalam drama ini. Untuk info, barisan pelakon sinopsis drama Tak Sempurna Mencintaimu, boleh baca di bawah ya. 

Info Drama Tak Sempurna Mencintaimu 

  • Bilangan Episod: 28
  • Hari Dan Masa : Isnin hingga Jumaat, 7:00 malam
  • Siaran TV : Slot Akasia TV3
  • Penulis Skrip : Eja Lorena, Marr Mohamad, Lynnda Sharuddin
  • Pengarah : Emi Suffian
  • Produksi : Zeel Production Sdn Bhd
  • Barisan Pelakon : Redza Rosli, Intan Najuwa, Rita Nadira, Fendy Bakry, Nafiez Zaidi, Aniq Suhair, Wan Maimunah, Azza Elite, Lydia Saimon, Ali Reza, Shah Khan, Scha Elinnea, Naim Shamshol

Barisan Pelakon Drama Tak Sempurna Mencintaimu

  • Redza Rosli sebagai Mustaqim
  • Intan Najuwa sebagai Siratul
  • Fendy Bakry sebagai Epul
  • Rita Nadira sebagai Melissa
  • Nafiez Zaidi sebagai Fiqri
  • Aniq Suhair sebagai Safwan
  • Azza Elite sebagai Kak Siti
  • Ali Reza sebagai Kyle
  • Shah Khan sebagai Kuca
  • Scha Elinnea sebagai Mawardah
  • Naim Shamshol sebagai Rudy

Sinopsis Drama Tak Sempurna Mencintaimu 

Drama ini mengisahkan Siratul seorang gadis kampung yang mengambil alih tugas sebagai ketua keluarga selepas kematian ayahnya. Apatah lagi sejak akhir-akhir ini keadaan kesihatan emaknya pula agak teruk. 

Safwan adiknya baru tamat SPM dan kini bekerja di sebuah pasaraya yang berdekatan dengan rumah untuk bantu ringankan beban kakaknya.

Hari itu, Sirat minta tolong Wan belikan barang keperluan dapur. Tapi malangnya, dia terima panggilan mengatakan Wan terlibat dalam kemalangan. 

Tak tunggu lama Sirat bergegas ke lokasi kejadian. MUSTAQIM bengang melihat keadaan motor Ducatinya yang telah dilanggar. 

Lagi menyakitkan hati bila budak lelaki yang melanggarnya tak ada lesen memandu dan roadtax motor. Sebaik saja Sirat sampai di tempat kejadian, berlaku pertengkaran mulut antara Sirat dan Taqim.

Nak tahu kesudahan drama ini kena lah tonton ya. 

Sinopsis Novel Tak Sempurna Mencintaimu


Drama tak sempurna mencintaimu

Sis pun tak tahu jalan cerita akan sama ke tak, kita tengok lah nanti ya. Untuk sinopsis novel adalah seperti di bawah 

Pertemuan antara mata redup dan mata kuyu itu tidak indah. Ia menyakitkan. Hinggakan si mata redup mahu lupakan segalanya dan tidak mahu terhutang apa-apa. Sebaliknya pula pada pemilik mata kuyu itu. Selagi gadis bernama Siratul itu belum selesaikan hutangnya, dia tak akan biarkan gadis itu begitu sahaja. Ya, katalah dia kejam. Kenyataannya, memang dunia ini kejam! Dia juga pernah menjadi mangsa.

"Kau sindir aku lagi, kan?" -MUSTAQIM
"Tak... kalau betul koyak, saya nak tolong jahitkan" -SIRATUL

Wajah, lirik mata dan kata-kata Siratul kedengaran begitu jengkel pada pendengaran Mustaqim. Tapi entah mengapa... Yang jengkel itulah yang dia mahu pandang, yang mahu dia tatap dan mahu dia dengar.

"Aku buat kau gila dekat aku. Baru kau tahu..." -MUSTAQIM
"Memang dasar orang gila!" -SIRATUL

Hingga satu hari, bila Siratul mula membuka hati... Lelaki itu berdusta dengannya. Dia marah kerana rasa sayang yang mula bercambah.

"Kau beli adik aku dengan duit dan kau jangan ingat, kau mampu beli aku dengan duit kau!" -SIRATUL
"Bukan niat aku nak sakiti kau, Siratul..." -MUSTAQIM

Mustaqim bingung. Tak... Dia merancang yang indah sebenarnya. Kerana dihalau pergi, dia berlalu bersama cinta yang wujud buat pertama kali dalam hati.

Akhirnya, Siratul mengerti tentang apa yang telah Mustaqim lalui sepuluh tahun dulu hingga meninggalkan parut dalam angkara cinta yang dusta yang memaksa dia menjadi yatim piatu sebelum waktu. Cinta dusta yang menghantui hingga kini.

"Kalau dia tu, pedang yang menghunus... saya akan jadi perisai yang bantu awak bertahan." -SIRATUL

Tapi, benarlah. Merancang itu percuma tapi ketentuan boleh jadi berbeza. Mustaqim sekali lagi bertarung dengan ujian bila antara dia, Siratul dan Melisa... Hanya dipisahkan oleh satu garisan halus bernama kematian.

"You pergi dulu, Taqim. I akan menyusul..." -MELISA
"Tak bahagia di dunia, kau akan bahagia di syurga..." -SIRATUL
"Maafkan aku sebab dah bawa cinta tak sempurna dalam hidup kau..." -MUSTAQIM

Nyawa mereka berdua bagai di hujung helaan. Mustaqim bangkit bersama sisa-sisa nafas yang ada demi Siratul. Namum adakah dia masih gagah untuk menghayun pedang melawan ujian itu bula perisainya tumbang? Dia sendiri tak pasti.

Tonton Drama Tak Sempurna Mencintaimu Episod 1 Hingga 28 ( Akhir ) 


Drama tak sempurna mencintaimu

Drama yang telah mula bersiaran pada 29 Mac 2021. Setiap hari Isnin hingga Jumaat bermula pukul 7 malam.Tapi Sekiranya terlepas tonton di TV3, kalian boleh tonton percuma dari episod 1 hingga episod 28 di  wetv.vip/en. Selepas habis tayangan di TV, memang akan terus kemas kini di sana. 

Kalau sis baik tonton di laman web WeTV atau kalau nak mudah download saja aplikasi WeTV lagi senang. 










Post a Comment

Previous Post Next Post