Tonton Drama Pujaan Hati Kanda Episod 1 Hingga 28 ( Akhir ) Slot Akasia TV3

Tonton Drama Pujaan Hati Kanda Episod 1 Hingga 28 ( Akhir ) Slot Akasia TV3 | Salam semua, tamat sudah Drama Rahimah Tanpa Rahim. Drama terbaru di Slot Akasia, ulang siar balik drama Pujaan Hati Kanda yang pernah tayang pada tahun 2018 di slot Akasia juga. Nak buat macam mana musim covid, produksi nak shooting drama pun agak kekangan sikit. Sis tengok kat instagram Drama Sangat ramai tak puasa hati sebab drama ulangan. TV3 nak ulang balik tu pun bersyukur dah dari tak ada langsung tu. Kena lah faham kerja produksi macam mana kan. 


Drama pujaan hati kanda


Ok lah berbalik kepada drama Pujaan Hati Kanda menampilkan gandingan pelakon utama Remy Ishak, Mira Filzah dan Sarah Hildebrand. Drama adaptasi novel Pujaan Hati Kanda adalah hasil karya Aulia Iman. Untuk info, barisan pelakon, sinopsis drama boleh baca di bawah.


Info Drama Pujaan Hati Kanda 

  • Bilangan Episod: 28 episod
  • Hari Dan Masa : Isnin hingga Jumaat, 7:00 malam
  • Siaran TV : Slot Akasia TV3
  • Penulis Novel : Aulia Iman
  • Penulis Skrip : Intan Zarina
  • Pengarah : Eoon Shuhaini
  • Produksi : Mache All Star United Sdn Bhd
  • Barisan Pelakon : Remy Ishak, Mira Filzah, Sarah Hildebrand, Syazwan Zulkifly, Elisya Sandha, Mustaqim Bahadon, Ayden Mikael, Aida Khalida, Azar Azmi, Aidil Aziz, Omar Abdullah, Dian P Ramlee, Catriona Ross, Rashdan Baba, Reen Rahim, Taufiq Hanafi, Qazem Nor

Barisan Pelakon Drama Pujaan Hati Kanda 

  • Remy Ishak sebagai Megat Danish (Danny)
  • Mira Filzah sebagai Tiara
  • Sarah Hildebrand sebagai Nadine
  • Syazwan Zulkifly sebagai Pali
  • Elisya Sandha sebagai Reena
  • Mustaqim Bahadon sebagai Kashah
  • Azar Azmi sebagai Fatimah
  • Omar Abdullah sebagai Dato Megat Aiyub
  • Dian P Ramlee sebagai Datin Puteri Aisyah
  • Reen Rahim sebagai Suria
  • Taufiq Hanafi sebagai Naim
  • Qazem Nor sebagai Rizman

Sinopsis Pujaan Hati Kanda 

Drama ini mengisahkan Danny, seorang playboy yang sudah insaf dan mahu membina kehidupan baru. Namun ketika hari pernikahannya, dia menerima satu hadiah iaitu bayi yang diletakkan di ruang legar masjid bersama kad ucapan dan sijil kelahiran. 

Calon isterinya, Nadine enggan meneruskan pernikahan mereka selagi misteri kehadiran bayi itu tidak terungkai. Majlis pernikahan dibatalkan dan Danny perlu bertanggungjawab ke atas bayi itu.

Danny terpaksa mencari pengasuh yang sudi menjaga Rizqi sementara dia menyiasat siapa sebenarnya ibu kepada Rizqi dan benarkah Rizqi anak kandungnya. 

Dalam kesulitan, Danny dipertemukan dengan Tiara, pelajar universiti yang kesempitan wang ringgit. Danny merahsiakan perkara sebenar mengenai identiti bayi itu. 

Tiara hanya mengetahui Danny adalah seorang duda yang kematian isteri.

Tanpa diduga, cinta mula berputik antara Danny dan Tiara. 

Dalam masa yang sama, Danny masih berusaha menjejak gadis misteri demi sebuah kebenaran dengan apa cara sekalipun sekali gus membongkar misteri yang membelenggu hidupnya. 

Berjayakah Danny menjejaki siapa ibu bapa kandung Rizqi?


Baca Juga : 



1 Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post