Drama Kiblat Yang Hilang Episod 1 Hingga 23 ( Akhir ) di Awesome TV

Drama Kiblat Yang Hilang Episod 1 Hingga 23 ( Akhir ) di Awesome TV | Salam semua, drama sempena bulan Ramadhan, drama Kiblat Yang Hilang yang telah disiarkan di Awesome TV. Drama ini istimewa sikit bagi sis sebab tudung yang pelakon pakai tu adalah dari tudung Marhuna. Kalau korang nak tengok koleksi dari tudung Marhuna boleh ke www.marhuna.com. Banyak koleksi menarik untuk korang buat raya nanti. Teriklan pulak ya . Untuk drama ini menampilkan barisan pelakon Azhan Rani, Sweet Qisminaa, Neera Azizi dan ramai lagi pelakon lain. 

drama kiblat yang hilang

Untuk info, barisan pelakon dan sinopsis, korang boleh baca di bawah ya. 

Info Drama Kiblat Yang Hilang 

  • Bilangan Episod : 23
  • Tarikh Tayangan : 12 April 2021
  • Hari Dan Masa : Isnin hingga Jumaat, 7:00 malam
  • Siaran TV : Awesome TV
  • Pengarah : Azri Izhar
  • Barisan Pelakon : Azhan Rani, Neera Azizi, Sweet Qismina, Zul Huzaimy, Wafariena Roslan, Laila Nasir, Badrul Muhayat, Kartina Aziz, Farisha Irwayu, Riz Amin, Sefik Khair, Riz Amin, Zain Saidin

Barisan Pelakon Drama Kiblat Yang Hilang 

  • Azhan Rani sebagai Lion
  • Neera Azizi sebagai Jannah
  • Sweet Qismina sebagai Soleha
  • Laila Nasir sebagai Maria
  • Kartina Aziz sebagai Kak Sal

Sinopsis Kiblat Yang Hilang 

Drama ini mengisahkan Maria menghabiskan masanya duduk di rumah memikir cara untuk melangsaikan hutangnya. Berada di rumah dalam masa beberapa hari membuka mata Maria tentang anak-anaknya yang selama ini tidak diambil peduli.

1 Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post