Drama Cukup Derita Itu Episod 1 Hingga 40 Slot Samarinda TV3

Drama Cukup Derita Itu Episod 1 Hingga 40 Slot Samarinda TV3 | Salam semua, drama terbaru di slot Akasia TV3, Drama Cukup Derita Itu bagi menggantikan drama Penjara Janji yang telah pun tamat. Kali ini, drama adaptasi novel hasil karya Siti Rosmizah, banyak dah dari novel ke drama. Kalau karya Siti Rosmizah dah pasti ramai peminat tertunggu - tunggu. Drama Cukup Derita Itu dah pun di tayang di TV3 semalam. Menampilkan barisan pelakon yang tak kurang hebat Hisyam Hamid, Ruhainies, Chacha Maembong. Panjang sangat slot Akasia kali ini. 


Drama Cukup Derita itu


Untuk info, sinopsi dan barisan pelakon korang boleh baca di bawah ya.  


Info Drama Cukup Derita Itu 

  • Bilangan Episod : 40
  • Hari Dan Masa : Isnin hingga Khamis, 10:00 malam
  • Siaran TV : Slot Samarinda TV3
  • Penulis Novel : Siti Rosmizah
  • Pengarah : Along Kamaludin
  • Produksi : SR One Sdn Bhd
  • Barisan Pelakon : Hisyam Hamid, Ruhainies, Chacha Maembong, Jasmin Hamid, Didie Alias, Farhan Asri, Dian P Ramlee, Balkisyh Semundur Khan, Sera Melissa, Mubarak Majid, Hafidzuddin Fazil, Rosnah Johari, Lia Natalia

Barisan Pelakon Cukup Derita Itu 

  • Hisyam Hamid sebagai Zarul Zafran
  • Ruhainies sebagai Ellani
  • Chacha Maembong sebagai Ellana
  • Jasmin Hamid sebagai Mak Ngah Gayah
  • Didie Alias sebagai Mak Yek
  • Farhan Asri sebagai Amirul
  • Dian P Ramlee sebagai Mak Long
  • Balkisyh Semundur Khan sebagai Lijah
  • Sera Melissa sebagai Ayu

Sinopsis Cukup Derita Itu 

Drama ini mengisahkan tentang kehidupan pasangan kembar Ellani dan Ellana yang telah kematian kedua orang tua dan dibesarkan oleh ibu saudara. Walaupun dibesarkan oleh ibu saudara, Ellani dan Ellana dilayan tidak sama. Ellana dilayan bagaikan puteri manakala Ellani dilayan seperti hamba. Entah apa alasannya korang kena baca novel ini.

Setelah dewasa, Ellana bertemu dengan Zarul Zafran seorang lelaki tampan berjawatan sebagai pensyarah. Cinta pandang pertama telah membawa mereka ke gerbang perkahwinan. Tetapi Zarul telah terlibat dalam sebuah kemalangan.

Zarul tiba-tiba berubah hatinya kepada Ellani dan melamar Ellani untuk menjadi isterinya. Ellani tidak keruan manakan bakal abang iparnya ingin menjadi suaminya pula.

Namun, demi kebahagiaan seorang yang telah dianggap seperti ibu, Ellani akur dengan ketentuan jodohnya. Zarul Zafran akhirnya menjadi suaminya. Berbagai onak dan duri dilalui.

Dendam Makngah dan pasangan kembarnya, Ellana menyebabkan hidup Ellani penuh dengan duka. Lelaki yang telah menjadi suaminya mula berubah hati dan cintakan semula Ellana hingga sanggup menceraikannya. Dia diceraikan hanya melalui sms.

Bagaimanakah nasib Ellani setelah diceraikan? Adakah hubungan yang telah putus itu dapat disambung semula? Adakah sinar bahagia menanti Ellani di akhirnya?

Lagu Tema OST 

Cukup Derita Itu - Siti Nordiana
Pergilah Derita - Asfan Shah & Lia Aziz

Tonton Percuma Di IQIYI 

Drama Cukup Derita Itu dari Episod 1 hingga akhir, korang boleh tonton percuma di IQYI ya. Selesai tayangan di TV pukul 11pm dah ada. Jadi jangan risau kalau korang terlepas nak tonton. IQIYI kan ada. Boleh tonton di Drama Cukup Derita Itu Episod 1 Hingga 40 ( Akhir )


1 Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post