-->

Saturday, 1 May 2021

author photo

Drama Sabarlah Duhai Hati Episod 1 Hingga 35 Slot Akasia TV3 | Salam semua, drama terbaru di Slot Akasia TV3, drama Sabarlah Duhai Hati yang tengah bersiaran bermula 28 April baru - baru ini Drama ini menampilkan gandingan Saharul Ridzwan dan Amyra Rosli dan ramai lagi barisan pelakon lain. Drama ini, adalah drama adaptasi novel " Sabarlah Duhai Hati" dari novelis Mimie Afinie. Untuk info lanjut, korang boleh baca di bawah ya. 


drama sabarlah duhai hati


Info Drama Sabarlah Duhai Hati 

  • Bilangan Episod : 35
  • Waktu Siaran : Isnin hingga Ahad, 7.00 malam
  • Siaran TV : Slot Akasia TV3
  • Penulis Skrip : Rehal Nuharis
  • Pengarah : Mohd Fazli Yahya, Eez Jalaluddin
  • Produksi : Suhan Movies & Trading
  • Barisan Pelakon : Saharul Ridzwan, Amyra Rosli, Aiman Badrul, Puteri Sarah Liyana, Izzue Islam, Iman Suhana, Fadilah Mansor, Balkisyh Semundur Khan, Haleeda, Emelda Rosemila, Kodi Rasheed, Hisyam Bakar, Danish Hazriq, Pablo Amirul, Ann Zain

Barisan Pelakon Drama Sabarlah Duhai Hati 

  • Saharul Ridzwan sebagai Affan
  • Amyra Rosli sebagai Fira
  • Izzue Islam sebagai Nazim
  • Puteri Sarah Liyana sebagai Dian
  • Iman Suhana sebagai Nadia
  • Aiman Badrul sebagai Danish
  • Fadilah Mansor sebagai Opah
  • Balkisyh Semundur Khan sebagai Mak Teh Zana
  • Haleeda sebagai Laila
  • Emelda Rosemila sebagai Shima
  • Kodi Rasheed sebagai Rizal
  • Hisyam Bakar sebagai Pak Teh
  • Pablo Amirul sebagai Johan

Lagu Tema ( OST ) 

Hanyut - Black Hanifah


Sinopsis Sabarlah Duhai Hati 

Drama ini mengisahkan hidup Fira yang berubah sejak kelahiran adik bongsunya, Danish ketika usianya 20 tahun. Selepas 4 tahun, Fira terpaksa menjaga Danish apabila ibu bapa mereka meninggal dunia. 

Tiada sesiapa lagi untuk bergantung, Fira perlu menjaga Danish yang masih kecil. Ketika sedang terkapai-kapai dengan fasa baharu dalam hidupnya, Fira dilamar oleh Affan.

Affan, seseorang yang Fira rapat ketika masih kecil, kini melamarnya untuk dijadikan isteri. Perkahwinan Affan dan Fira mendapat tentangan daripada sepupu Affan, Nadia. 

Nadia adalah calon isteri yang dipilih oleh Opah Affan. Nadia dapat tahu yang Affan bekerja sebagai cikgu sementara. Ini membuatkan Nadia mengambil keputusan untuk menjadi murid di dalam kelas Affan supaya Nadia dapat bertemu dengan Affan lebih kerap.


Sinopsis Novel Sabarlah Duhai Hati

Untuk yang dah baca memang dah tahu jalan cerita novel macam mana kan. Ini sinopsis dari novel Sabarlah Duhai Hati hasil karya Mimie Afinie. 

Dugaan berat yang menimpa, merubah seluruh hidup Nur Syafira. Saat bergelut dengan ujian, dia tiba-tiba dilamar untuk Muhammad Affan. Sungguh, dia tak percaya.

Tegur pun tak pernah, tiba-tiba nak jadikan dia isteri. Lagipun, dia masih tak lupa cerita lama. Cerita memalukan yang hanya mereka berdua saja yang tahu. Hatinya kuat mengatakan Affan terpaksa. Affan hanya menurut kehendak orang tua tanpa rela.

Namun, kalau dah tertulis jodoh mereka, elak macam mana sekalipun, tetap bersatu juga. Walau dihati ada curiga, Fira tetap mengharap bahagia.

“Sejak bila abang suka Fira?”
“Sejak Fira curi hati abang.”
“Abang kan pernah cakap, abang tak suka Fira. Abang takkan kahwin dengan Fira.”

Tawa Affan memecah suasana hening malam. Kuat dan lama.
Dalam suram cahaya lampu, Fira pandang suaminya. Geram dengan suara tawa itu.

“Ini cerita tahun bila Fira bawa keluar ni?”
“Tak kisahlah tahun berapa pun, yang penting abang pernah cakap macam tu, kan? Kecil hati Fira, tau!”
“Kecik hati dengan abang la ni?”
“Memang pun. Dah buat orang macam tu, pandai pulak ajak orang kahwin. Tak malu.” Fira mengejek.
Lagi sekali Affan hamburkan tawanya.

Bahagia yang disangka sampai ke petang, rupanya masih ada halangan dan rintangan.

“Kalau you nak tahu, bukan Affan yang nak sangat kahwin dengan you tapi mak teh yang paksa dia. Sebabnya mak teh kesiankan you.” - Nadia

Mampukah Fira terus memujuk hatinya supaya bersabar dan bertahan? Atau sudah sampai masanya untuk dia mengalah dan lepaskan segalanya?

 

Tonton Sabarlah Duhai Hati Di IQIYI 

Sekiranya terlepas tonton, korang boleh tonton dari episod 1 hingga akhir di IQYI, boleh ke Sini. Kalau dah ada VIP akses senang sikit nak tonton. 

This post have 0 komentar


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post