-->

Sunday, 16 May 2021

author photo

Drama Kekasih Hati Mr BodyGuard Episod 1 Hingga 20 Slot Lestary TV3 | Salam semua, drama terbaru di Slot Lestary TV3, drama Kekasih Hati Mr BodyGuard yang telah bersiaran semalam 15 Mei. Drama ini bagi menggantikan drama Kisah Cinta Rumi yang telah pun tamat. Drama adaptasi novel hasil karya Ateen Khalid. Drama yang diarahkan oleh Nizam Zakaria. Di antara pelakon yang berlakon dalam drama ini adalah Redza Rosli, Sharifah Rose dan ramai lagi barisan pelakon lain. Untuk info lanjut, korang boleh baca di bawah. 


drama kekasih hati mr bodyguard


Info Drama Kekasih Hati Mr BodyGuard 

  • Bilangan Episod : 20
  • Waktu Siaran : Rabu hingga Sabtu, 9.00 malam
  • Siaran TV : Slot Lestary TV3
  • Penulis Novel : Ateen Khalid
  • Penulis Skrip : Nieza Nahar, Hayati Ahmad
  • Pengarah : Nizam Zakaria
  • Produksi : Creative Skill Solution
  • Barisan Pelakon : Redza Rosli, Sharifah Rose, Ungku Hariz, Fadlan Hazim, Ian Haziq, Lisdawati, Zuhairi Ibrahim, Zarina Zainuddin, Lana Nordin, Shasha Abedul, Ikhwan Khairudin, Ezzanie Jasny, Sara Jasmin, Munir, Karl, Aishah Atan

Barisan Pelakon Kekasih Hati Mr Bodyguard

  • Redza Rosli sebagai Hadif Akashah
  • Sharifah Rose sebagai Hana Aralyn
  • Ungku Hariz sebagai Naim
  • Fadlan Hazim sebagai Farel Rizhan
  • Lisdawati sebagai Puan Latifah
  • Shasha Abedul sebagai Najwa
  • Ikhwan Khairudin sebagai Idlan
  • Putera Karl sebagai Umar
  • Ezzanie Jasny sebagai Lola
  • Munir sebagai Nizam

Lagu Tema OST 

Khai Bahar, Aina Abdul :  Nafas Cinta


Sinopsis Kekasih Hati Mr BodyGuard 

Hana Aralyn menjejaki Hadif Akashah, seorang bekas pengawal peribadi, untuk merungkai misi yang diberikan ayahnya Datuk Yusof kepadanya. Aralyn berjumpa dengan Hadif yang menjadi penternak kambing di kampungnya. 

Aralyn cuba untuk mengorek rahsia yang disimpan oleh Hadif. Dia sanggup mengekori Hadif ke mana-mana saja dan turut menolongnya dalam kerja-kerja ladang. Mereka berdua sering bertelagah namun lama-kelamaan perasaan cinta mula hadir dalam hati masing-masing.

Jangan lupa untuk tonton di TV 3 pukul 9 malam, setiap hari Rabu Hingga Sabtu, panjang episod untuk slot Lestary kali ini. 

This post have 0 komentar


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post