-->

Monday, 17 May 2021

author photo
7 Makanan Jalanan Pulau Pinang Yang Patut Dicuba | Makanan di Pulau Pinang sejak dulu sudah diakui ramai kerana rasanya yang sedap. Menu makanan di Penang hampir sama dengan negeri lain dalam Malaysia tetapi sejarah negeri itu sendiri telah membuatkan makanan di sana ada keunikannya yang tersendiri. Kaum melayu, cina dan india telah memperluaskan lagi rasa makanan di Penang hingga menyebabkan wujudnya makanan yang mengingatkan kita pada negeri Pulau Pinang itu sendiri.

Mahu dapatkan makanan Penang di lokasi lain tidak susah sekarang ini semenjak adanya servis food delivery penang melalui aplikasi Foodpanda.

1. Nasi Kandar


Makanan Jalanan Pulau Pinang Yang Patut Dicuba

Kredit Sherrie Flickr

Nasi kandar yang dihidangkan oleh India Muslim ini telah dikatakan bahawa ianya berasal dari Pulau Pinang. Nasi yang harum dan diiringi dengan hidangan yang lain seperti ayam, daging dan juga sayur-sayuran, dan anda dapat memilih kuah kari yang anda inginkan.

Dipenuhi dengan kuah kari yang kemerahan yang kelihatan sama tetapi setiap hidangan mempunyai kari yang berbeza rasanya. Bagi anda yang tidak begitu meminati makanan yang pedas, anda boleh meminta agar kuah kari untuk hidangan anda itu dikurangkan jumlahnya. Terdapat sebilangan besar jalan menjual Nasi Kandar di sekitar Little India Pulau Pinang, di sepanjang Lebuh Queen dan Lebuh Chulia.

2. Char Kuey Teow

Makanan Jalanan Pulau Pinang Yang Patut Dicuba

Kredit Lilianlau Flickr

Char kuey teow merupakan makanan nasional yang terkenal dalam kalangan rakyat Malaysia dan juga Singapura. Di Malaysia, Pulau Pinang merupakan negeri yang patut anda kunjungi jika anda ingin menikmati Char Kuey Teow yang menyelerakan kerana Char Kuey Teow yang terdapat di Pulau Pinang mempunyai rasa mereka yang tersendiri.

Char Kuey Teow gaya Pulau Pinang yang paling digemari ramai adalah ‘Wok Hei’ dengan ramuannya yang segar. Telur yang digoreng juga turut menambahkan lagi rasa hidangan ini tambahan lagi jika telur yang digunakan adalah telur itik.


3. Rojak Penang

Makanan Jalanan Pulau Pinang Yang Patut Dicuba

Kredit Krista Flickr

Rojak dianggap sebagai hidangan yang menjadi wakil dalam kepelbagaian budaya di Malaysia yang terdiri dari campuran pelbagai jenis makanan. Rojak biasanya dapat dijumpai di Malaysia dan juga Singapura.

Hidangan yang terdiri daripada tauhu, tauge, sotong, buah-buahan dan sayur-sayuran dan lain-lain lagi, dan kemudiannya dituangkan sos atau kuah kacang yang pekat ke atasnya. Tambahkan sedikit hirisan nenas bagi menambahkan rasa yang manis.

4. Mee Goreng

Makanan Jalanan Pulau Pinang Yang Patut Dicuba

Kredit Nur Atikah Rashidan Flickr

Mee goreng adalah hidangan yang diperkenalkan oleh kaum India Muslim di Malaysia. Restoran Bangkok Lane Mee Goreng yang terkenal di Pulau Pinang menyajikan sepinggan mee goreng dengan sotong yang agak besar, kentang dan kacang. Ianya digoreng dengan sedikit sos tomato, sos cili dan juga kicap.

Punca utama Mee Goreng menjadi kegemaran orang ramai adalah kuantitinya yang banyak dalam satu hidangan. Hidangan ini sememangnya dapat memuaskan selera anda. Tambahan lagi bagi sesiapa yang mengutamakan kuantiti berbanding kualiti.


5. Mee Kari

Makanan Jalanan Pulau Pinang Yang Patut Dicuba

Kredit Faah Bakhtiar Flickr

Mee Kari merupakan salah satu hidangan yang sangat terkenal di Pulau Pinang. Disebabkan itu juga terdapat banyak gerai yang menawarkan hidangan ini di dalam menu mereka.

Mee Kari biasanya mengandungi beberepa ramuan utama seperti campuran mee dan bihun, udang, ikan, kerang, sotong dan juga bebola tauhu dan dicampurkan ke dalam kuah kari yang pedas.

6. Apom Manis


Makanan Jalanan Pulau Pinang Yang Patut Dicuba

Kredit Law Hui ShengFlickr

Hidangan yang turut dikenali sebagai Apam atau Apong ini merupakan makanan ringan yang seperti krep yang nipis dengan bahagian tengahnya yang lembut. Apom biasanya dijual sebagai makanan ringan oleh gerai yang terdapat di tepi jalan oleh penjual bangsa Cina dan juga India. Apom mempunyai pelbagai jenis variasi. Ianya dilakukan dengan menambah pelbagai jenis bahan ke dalam makanan ini. Antaranya adalah pisang, potongan kelapa atau pun gula merah di tengah apom.

Pilihan ini diadakan bagi memastikan pelanggan tidak puas dengan pilihan yang ada dan bagi mengkuti peredaran masa. Setiap kepingan apom dibuat di dalam kuali menggunakan kaedah tradisional di atas api arang. Makanan ringan yang manis ini sesuai dinikmati oleh sesiapa sahaja tanpa mengira peringkat umur atau budaya.


7. Ais Kacang

Makanan Jalanan Pulau Pinang Yang Patut Dicuba

Kredit _Mhafiz Flickr

Sekiranya anda tidak meminati hidangan yang mengandungi santan, ais kacang yang diperbuat daripada gabungan ais kisar yang dicampurkan dengan cincau, jagung manis dan juga kacang merah yang kemudiannya di tuangkan sirap mawar dan susu pekat.

Apa yang istimewa tentang hidangan ini adalah terdapat pelbagai jenis versi yang telah dihasilkan di seluruh tempat. Ada yang mencampurkannya dengan ais krim seperti ais krim durian buatan sendiri dan lain-lain lagi.

Terdapat begitu ramai yang hairan tentang hidangan ini kerana tidak kira apa yang digunakan dalam hidangan ini tetap dapat menghasilkan hidangan yang begitu menyelerakan.

Itulah dia antara senarai makanan jalanan yang sedap di Pulau Pinang dan jika mahu nikmati menu-menu ini, boleh layari website Foodpanda untuk buat tempahan.




1 komentar:

avatar
Siti Yang Menaip delete 18 May 2021 at 13:05

ohoooohoi semua ni sedap2 belaka kat Penang tu.. rindu pulakkkk ke Penang.
huurmmm.. lepas Covid ni mmg kena terjah sana..

Reply


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post