-->

Friday, 30 April 2021

author photo

Koleksi  20 Resepi Biskut Raya Lama Tradisional Yang  Menggamit Nostalgia | Salam semua, setiap kali nak menjelang sambut raya, memang akan teringat resepi - resepi biskut tradisional yang mak - mak kita buat dulu - dulu. Menggamit nostalgia sungguh. Seingat sis, kalau mak buat biskut, habis senang tak nak guna acuan, bulatkan lepas tu, tekan sikit dengan garfu nak bagi ada corak berbelang kat atas. Resepi biskut raya lama yang tak hilang di telan zaman kan. 


resepi biskut raya lama

Tapi menjelang raya baru teringat. Ok lah kali ini sis nak kongsi dengna korang semua, 20 resepi biskut raya lama tradisional untuk korang cuba nanti.


Koleksi  20 Resepi Biskut Raya Lama Tradisional Yang  Menggamit Nostalgia


1. Biskut Kacang Hijau 

Resepi biskut raya lama

Bahan - Bahan 
2 cawan kacang hijau kisar
atau tepung kacang hijau
3 cawan tepung gandum
1 cawan gula icing
3 sudu besar marjerin / butter
1 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh garam
1 1/4 cawan minyak jagung atau secukupnya
* kuning telur untuk hiasan

Cara - Cara 
1. Campur semua bahan jadi doh yang lembut dan boleh dibentuk...
2. Sapu kuning telur di atas biskut
3. Bakar 150 C, 15 minit atau ikut oven masing - masing

Kredit : Rita Kay 
 

2. Biskut Kacang Mazola 

Resepi biskut raya lama

Bahan - Bahan 
2 cawan kacang tanah - sangai/goreng tanpa minyak/bakar + kisar halus
2 cawan tepung gandum
1 cawan gula halus/castor
1 sudu kecil garam/secukup rasa
Minyak mazola/minyak jagung/minyak bunga matahari secukupnya. Cuba elakkan minyak masak
Hiasan kuning telur + kacang

Cara - Cara 
1. Gaulkan semua sampai sekata/sebati-tak lekat kat tangan kira ok lah tuh
2. Canaikan dan terap/gentelkan-ikut citarasa
3. Sapukan kuning telur
4. Bakar suhur 130-140 api atas bawah bergantung pada oven lebih kurang 25-30 minit

Kredit : Anis Adrianies

3. Biskut Bijan 

Resepi biskut raya lama

Bahan - Bahan 
1 cawan tepung gandum
1 cawan bijan
1 cawan planta
1 1/2 cawan gula halus
3 cawan tepung sagu ubi
2 biji telur (ambil kuningnya saja )
Sedikit soda bikarbonat ( 1 sudu teh ) 
Sedikit esen vanila

Cara - Cara 
1. Pukul planta dengan gula halus hingga kembang.
2. Masukkan telur dan pukul lagi
3. Tepung gandum, tepung sagu dan soda bikarbonat di ayak.
4. Kemudian masukkan ke dalam adunan telur yang di pukul tadi.
5. Kemudian masukkan bijan dan esen vanila.
6. Apabila sebati,  adunan di canai 1/2 inci dan di bakar. 

4. Biskut Durian Belanda 

Resepi biskut raya lama

Bahan - Bahan
375gm tepung gandum
200gm marjerin
75gm gula halus
1 biji telur
1 sudu teh esen vanila
Sedikit pewarna hijau
Jem nanas secukupnya

Cara - Cara
1. Pukul mentega dan gula sehingga kembang. Setelah itu masukkan telur serta esen vanila. Pukul hingga sebati.
2. Masukkan pewarna hijau. Serta tepung gandum. Gaul lagi sehingga adunan rata.
3. Ambil adunan dan leperkan. Kemudian isikan jem nanas didalamnya. 
4. Bentukkan seperti bentuk buah durian belanda.
5. Sapu permukaan biskut yang telah dibentuk tadi dengan kuning telur. Susun di atas dulang pembakar dan biarkan selama 20 minit.
6. Dengan menggunakan gunting bermuncung tirus, gunting permukaan kuih membentuk seakan duri buah durian belanda.
7. Bakar biskut pada suhu 160C selama 20-25 minit.

Info chef: Jika suka, boleh mencucuk bunga cengkih pada kuih bagi membentuk tangkai buah durian belanda.

Kredit : Rasa 

5. Biskut Buah Kana

Resepi biskut raya lama

Bahan - Bahan
150gm gula halus
175gm marjerin
300gm tepung gandum
1 biji kuning telur
1/4 sudu teh serbuk penaik
Sedikit esen vanila
2 sudu makan serbuk koko
Sedikit jem

Cara - Cara
1. Ayak tepung bersama serbuk penaik. Ketepikan.
2. Pukul mentega bersama gula sehingga putih. Kemudian masukkan kuning telur dan pukul lagi hingga kembang.
3. Masukkan esen vanila dan serbuk adunan. Pukul hingga rata sambil dimasukkan tepung gandum sedikit demi sedikit. Uli hingga sebati.
4. Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan buah kana. Ketuk acuan bagi mengeluarkan kuih dan susun di dalam dulang pembakar.
5. Bakar pada suhu 160C selama 15-20 minit atau sehingga masak.
6. Apabila biskut telah sejuk, sapukan jem dan cantumkan. Sedia untuk dinikmati.

Kredit : Rasa


6. Biskut Bunga Cina 

resepi biskut raya lama

Bahan - Bahan
185gm tepung gandum
190gm gula halus
95gm marjerin
30gm tepung jagung
1 sudu teh esen vanila
Sedikit kismis hitam | hiasan

Cara - Cara
1. Pukul mentega dan gula halus sehingga berkrim. Masukkan esen vanila dan kacau rata.
2. Masukkan tepung gandum, tepung jagung dan gaul sehingga adunan sebati.
3. Isi adunan ke dalam acuan. Terapkan bentuk bunga di atas dulang pembakar. Hiaskan dengan kismis.
4. Bakar dalam ketuhar pada suhu 160C selama 20 minit atau sehingga masak.

Kredit : Rasa


7. Biskut Suji 

Resepi biskut raya lama

Bahan - Bahan 
2 cawan tepung gandum
3/4 cawan gula kastor
1 cawan minyak Sapi
 
Cara - Cara 
1. Masukkan gula kastor ke dalam tepung. 
2. Gaul, masukkan minyak sapi sedikit demi sedikit dan gaul sampai sebati jadi adunan.
3. Bakar suhu 170 atas bawah 20-25 minit atau ikut suhu oven masing - masing.
4. Nak lagi sedap, lepas bakar sejukkan, golek dalam gula kastor. 

Kredit : FashaFer Mazmy

8. Biskut Bintang

Resepi biskut raya lama

Bahan - Bahan 
100gm marjerin | dicairkan
90gm tepung gandum
20gm tepung kastad
90gm tepung jagung
40gm gula halus
1 sudu teh esen vanila
2 biji kuning telur
1 biji kuning telur | hiasan
Ceri hijau secukupnya | hiasan

Cara - Cara
1. Pukul gula dan telur sehingga sedikit kembang. Kemudian masukkan kesemua tepung. Gaul rata.
2. Kemudian masukkan marjerin sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh yang boleh dicanai.
3. Terap doh menggunakan acuan berbentuk bintang dan susun diatas dulang pembakar.
4. Sapukan kuning telur dan hiaskan dengan ceri hijau.
5. Bakar dalam ketuhar bersuhu 155C selama 20 minit.

Kredit : Rasa 

9. Biskut Buah Gajus

Resepi biskut raya lama

Bahan A
100 gm kacang gajus
150 gm tepung gandum - tambahkan sikit jika adunan lembik
60 gm tepung jagung
1/4 sudu teh baking powder
120 gm butter
60-70 gm gula icing
1 biji telur
1/2 sudu teh esen vanilla

Bahan B
Kacang gajus secukupnya - dibelah dua untuk hiasan
Telur putih secukupnya - untuk sapu dulu atas biskut untuk lekatkan kacang gajus
Telur kuning secukupnya - untuk disapu atas biskut keseluruhannya

Cara - Cara 
1. Kacang gajus 100 gm dipanggang dengan suhu 140°C hingga bertukar warna sedikit keperangan. Sentiasa balik-balikkan supaya warnanya sekata. Sejukkan.
2. Tumbuk kacang gajus separuh halus dan separuh kasar. Boleh juga dikisar halus. Masukkan ke dalam mangkuk besar dan ketepikan.
3. Ayak tepung gandum, tepung jagung dan baking powder ke dalam mangkuk kacang gajus kisar tadi. Gaul rata. Ketepikan.
4. Di dalam mangkuk mixer, pukul butter dan gula hingga kembang.
5. Masukkan telur dan esen vanilla. Kacau rata.
6. Masukkan campuran tepung dan kacang gajus kisar ke dalam adunan butter. Gaul rata hingga menjadi doh yang lembut. Jika doh terlembik boleh tambahkan tepung. 
7. Masukkan doh ke dalam plastik dan simpan di dalam peti sejuk selama 1/2 jam.
8. Canai doh dan terap dengan cetak pilihan. Susun atas loyang.
9. Sapukan putih telur (yang telah dipukul) ke atas doh. Letakkan sekeping kacang gajus yang telah dibelah dua. * Putih telur tu untuk melekatkan gajus.
10. Kemudian sapukan pula dengan kuning telur.
11. Panaskan oven pada suhu 170°C atau ikut suhu oven masing - masing.
12. Bakar selama 20-25 minit hingga berwarna keperangan.
13. Sejukkan sebelum disimpan di dalam botol kedap udara.

Kredit : Aini Binte Madon

10. Biskut Milo

Resepi biskut raya lama

Bahan - Bahan 
1 ketul butter 250 gm
1 biji kuning telur
1 cawan gula halus
1/4 cawan serbuk koko
1/2 cawan tepung jagung
3 cawan tepung gandum ( jika doh terlembik, boleh tambah tepung )
1 susu kecil esen vanila
1 cawan milo

Cara - Cara 
1. Kacau butter dan gula halus dengan senduk kayu hingga sebati 
2. Kemudian, masukkan kuning telur dan esen vanila dan kacau lagi
3. Kemudian masukkan serbuk koko, Milo, tepung jagung dan tepung gandum sikit - sikit sampai doh tak melekat di tangan 
4. Bulatkan adunan dan tekan dengan garpu
5. Kemudian bakar suhu 160 dalam 20 minit atau ikut oven masing - masing. 

11. Biskut Sarang Semut 

Resepi biskut raya lama

Bahan - Bahan 
250gm mentega
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung jagung
2 cawan tepung kastard (brand birds best)
1 cawan gula castor
1 biji kuning telur (gred A/B)
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu kecil pewarna kuning telur
Coklat rice colourful (hiasan)
Papercup biskut

Cara - Cara 
1. Mula - mula, kacau gula castor bersama butter, dengan senduk atau spatula. Kemudian masukkan kuning telur dan esen vanila, kacau sebati.
2. Kemudian, masukkan tepung kastard diikuti tepung gandum. Gaul sebati. 
3. Akhir sekali masukkan tepung jagung sikit - sikit sambil uli.
4. Uli sampai tak melekat di tangan,  agak dah boleh diparut, kalau adunan lembik boleh tambah lagi tepung jagung.
5. Parut dulu banyak - banyak dalam bekas, kemudian, baru sudu kan letak dalam papercup. 
6. Letak biar penuh dalam papercup, sebab nnti masa bakar biskut akan turun sikit. Tabur coklat rice dan bakar suhu 150c selama 20-25 minit bergantung oven masing - masing.

Kredit : Anis Awanis 

12. Biskut Tart Nangka

Resepi biskut raya lama

Bahan - Bahan 
250gm tepung gandum
135gm marjerin sejuk
180ml air berais
1/2 sudu teh garam
Jem nangka secukupnya
Kuning telur secukupnya

Cara - Cara 
1. Ramas marjerin di dalam tepung gandum sehingga menjadi seakan serbuk roti.
2. Tambah air berais sedikit demi sedikit dan uli tepung sehingga menjadi doh. Simpan di dalam peti sejuk selama 20 minit.
3. Ambil sedikit doh dan terapkan ke dalam acuan tat yang telah disapu dengan sedikit marjerin.
4. Sudukan sedikit jem dan tutup permukaan tat dengan lebihan doh yang diterap mengikut kreativiti. 
5. Sapukan sedikit kuning telur di permukaan tat.
6. Bakar pada suhu 190C selama 40-45 minit atau sehingga masak.

Kredit : Rasa

13. Biskut Makmur 

Resepi biskut raya lama

Bahan - Bahan Untuk doh
4 cawan tepung (disangai sampai naik bau)
1/2 cawan gula kastor
1/4 cawan susu tepung
3 sudu besar mentega atau minyak sapi  yangg dicairkan
Minyak jagung secukupnya 
1/2 sudu teh garam

Cara - Cara 
1. Dalam mangkuk, satukan tepung, gula, susu tepung dan garam. Tuang butter atau minyak sapi yang telah dicairkan (tunggu sejuk) dan minyak jagung secukupnya. 
2. Tuang perlahan - lahan sambil ramas dan uli sehingga menjadi doh yang sesuai dibentuk. ( Cuba kepal - kepal, kalau kepal dia menjadi bulat dah ok )

Bahan - Bahan Untuk Inti
Kacang kisar/tumbuk 3/4 cawan (digoreng tanpa minyak dan dibuang kulit)
3 sudu besar susu pekat
2 sudu besar gula halus
Secubit garam

Cara - Cara 
Gaul semua bahan - bahan untuk inti.
Gula ising 3/4 cwn untuk salutan

Langkah Buat Biskut Makmur 
1. Bentukkan doh dan letak inti kacang dalamnya,tutup doh dan sempurnakan bentuknya. 
2. Bakar pada suhu 150° C, 20 minit, ikut oven masing - masing. 
3. Gelek makmur yg telah masak dlm gula ising ketika masih suam. Biar sejuk sepenuhnya, baru simpan di dalam balang. 

Kredit : Wan Afifah 

14. Biskut Bangkit Kelapa 

Resepi biskut raya lama

Bahan - Bahan
250 gram mentega @ marjerin
1 cawan gula aising diayak
1 biji kuning telur
1 cawan tepung gandum
3 cawan tepung ubi
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh baking powder
1 1/2 cawan kelapa kering @2 cawan pun boleh (kelapa parut disangai tanpa minyak hingga kering airnya saja dan jangan sampai kekuningan sangat
Sapuan kuning telur dan sedikit pewarna kuning lemon

Cara - Cara
1. Pukul mentega, gula aising, kuning telur dan esen dalam 3 minit. Pukul guna senduk pun boleh.
2. Masukkan tepung - tepung dan baking powder yang telah diayak terlebih dahulu. Gaul rata.
3. Akhir sekali masukkan kelapa kering dan uli hingga jadi doh lembut.
4. Terap guna acuan dan sapu dengan kuning telur dan bakar suhu 170°c selama 20-25 minit atau hingga masak bergantung pada oven masing - masing.

Kredit : Noriza Jaja


15. Biskut Tart Raga Nenas

Resepi biskut raya lama

Bahan - Bahan
125gm marjerin
185gm tepung gandum
100gm gula
86gm tepung kastard
1/2 sudu teh esn vanila
Jem nanas secukupnya
Sedikit kuning telur | hiasan

Cara - Cara
1. Pukul gula dan marjerin sehingga sedikit kembang. Masukkan tepung gandum, tepung kastard dan esen vanila. Gaul hingga sebati.
2. Canai dan terap doh menggunakan acuan tat. Letakkan jem nanas di tengahnya.
3. Potong sedikit doh menjadi bentuk memanjang dan letakkan di atas jem. Sapu sedikit kuning telur.
4. Masukkan ke dalam ketuhar dan bakar pada suhu 160C selama 20 minit.

Info chef: Simpan di dalam bekas kedap uadar bagi memastikan biskut kekal rangup dalam tempoh yang lama.

Kredit : Rasa 

 

16. Biskut Buah Campur 

Resepi biskut raya lama

Bahan - Bahan 
150gm mentega
50gm gula kastor/halus
1/2 sudu teh esen vanilla
90gm tepung jagung
150gm tepung gandum
35gm susu tepung
80gm buah campuran 

Cara - Cara 
1. Pukul gula dengan mentega hingga sebati. Guna senduk pun ok dah.
2. Masukkan esen vanilla. Kacau.
3. Kemudian masukkan susu tepung, kacau rata dan kemudian masukkan tepung jagung dan tepung gandum.
4. Masukkan buah campuran dan uli hingga menjadi doh. Pastikan doh tidak lekat di tangan.
5. Bentukkan ikut kesukaan masing - masing dan bakar dalam oven selama 160'c selama 20 hingga 25 minit atau mengikut oven masing - masing. 
Kredit : Rahsia Resepi Bonda


17. Biskut Bebola Cornflakes

Resepi biskut raya lama

Bahan - Bahan
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
1/2 sudu teh baking powder
2 cawan cornflakes ramas kasar utk adunan
250 g pure butter (suhu bilik)
3/4 cawan gula kastor
1 biji telur
1 sudu teh Esen vanila
Ceri merah secukupnya
1 cawan cornflakes yang diramas untuk golek.

Cara - Cara
1. Gula dan butter dipukul dalam 5 minit.. Boleh guna whisk dan masukkan telur.
2. Kemudian masukkan campuran tepung dan baking powder yang telah diayak. Kemudian masukkan, cornflakes. 
3. Gaul sebati.
4. Panaskan oven terlebih dahulu 170 selama 10 minit. Ikut suhu oven masing - masing.
5. Bulatkan sedikit adunan, golek di atas cornflake yang di ramas, dan letak ceri untuk hiasan.
6. Bakar selama 15-20 minit guna api atas dan bawah.


Kredit : Nur Masri


18. Biskut Mahkota Permata 

resepi biskut raya lama

Bahan - Bahan
140gm marjerin
125gm tepung gandum
105gm tepung gandum
80gm gula halus
2 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanila
Ceri merah dan ceri hijau secukupnya
Kuning telur untuk hiasan

Cara - Cara 
1. Pukul mentega dan gula hingga agak kembang.
2. Masukkan telur dan esen vanila. Gaul sebati.
3. Tambahkan tepung agndum dan tepung jagung. Uli sehingga menjadi doh.
4. Canai dan terapkan dengan acuan berbentuk mahkota. Sapu kuning telur dan atur ceri merah dan hijau di atasnya.
5. Bakar pada suhu 160C selama 15-20 minit.

Kredit : Rasa 


19. Biskut Kelapa 

resepi biskut raya lama

Bahan - Bahan 
1 cawan planta / marjerin / butter
1 biji telur
1 cawan gula
1 cawan tepung gandum
3 cawan tepung jagung
2 cawan kelapa kering( digoreng/sangai) dibiarkan sejuk dulu baru campur dalam adunan

Cara - Cara
1. Gula, planta dan telur kacau hingga sebati
2. Campurkan tepung gandum, tepung jagung dan kelapa kering .
3. Adun sampai sebati dan tak melekat di tangan. 
4. Terap dengan bentuk yang disukai.
5.  Sapu kuning telur bahagian atas dan tabur kelapa kering. 
6. Bakar suhu 160 C ikut oven masing - masing lebih kurang 20 minit atau hingga keperangan. 

Kredit : Yati Yati


20. Biskut Semperit 

Bahan-Bahan 1 cawan butter  1/2 cawan susu pekat ( kalau suka ) atau boleh ganti gula kastor (3/4 cawan) 2 sudu besar susu tepung 1 cawan tepung gandum 1 cawan tepung jagung 2 cawan tepung kastard sedikit pewarna kuning sedikit esen vanila

Bahan-Bahan
1 cawan butter 
1/2 cawan susu pekat ( kalau suka ) atau boleh ganti gula kastor (3/4 cawan)
2 sudu besar susu tepung
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung jagung
2 cawan tepung kastard
sedikit pewarna kuning
sedikit esen vanila
Coklat urai secukupnya 

Cara - Cara
1. Mula-mula sekali campurkan butter, susu pekat sedikit pewarna kuning dan esen vanila ke dalam bekas. Kacau perlahan dengan sudip atau senduk kayu sahaja.
2. Kacau sampai tekstur dia jadi macam lebih ringan.
3. Kemudian, masukkan tepung gandum dan tepung jagung. Gaul dan uli hingga sebati.
4. Akhir sekali barulah masukkan tepung kastard sedikit demi sedikit. Uli sampai doh lembut dan selesa di tangan.
4.Terap guna acuan semperit  Kalau nak cantik potongannya, korang boleh guna pisau.Nak bagi sama panjang, itu skill masing-masing.dan tabur coklat urai.
5. Sebelum nak bakar, panaskan oven terlebih dahulu ikut oven masing - masing.
6. Gunakan api atas bawah. Bakar hingga keperangan dalam 20 minit. 

Kredit : Ct Aishah Hasan

Itu lah saja ke semua 20 resepi biskut raya lama yang mudah untuk dicuba nanti. Terima kasih penyumbang resepi yang sudi berkongsi, sis pun banyak cari di group Geng Suka Masak & Makan Sedap ( SUKMA ) dan Masak Apa Hari Ni di Facebook dan juga kredit untuk Rasa

Baca Juga : 



This post have 0 komentar


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post