Drama Hatimu Sedingin Salju Episod 1 Hingga 28 Slot Akasia TV3

Drama Hatimu Sedingin Salju Episod 1 Hingga 28 Slot Akasia TV3 | Salam semua, drama terbaru slot Akasia yang tengah tayang di TV3 pada 24 Jun lepas, drama Hatimu Sedingin Salju. Drama ini di arahkan oleh Bahrin Uma. Barisan pelakon pun hebat - hebat. Ada Hisyam Hamid, Apreena Manrose, Hafeez Mikail dan ramai lagi la ya. Korang kalau nak follow drama ni boleh lah follow ya. Drama ini juga boleh ditonton percuma dari di IQIYI selepas tamat saja tayangan di TV3 untuk setiap episod. Apapun untuk info selanjutnya boleh baca di bawah ya. 

drama hatimu sedingin salju

Info Drama Hatimu Sedingin Salju 

  • Bilangan Episod : 28
  • Waktu Siaran : Isnin hingga Jumaat, 7:00 malam
  • Siaran TV : Slot Akasia TV3
  • Penulis Skrip : Shida Zali, Mia Marziah Manaf, Ema Shamsuri, Azril Hamzah
  • Pengarah : Bahri Uma
  • Produksi : Orangetree Production
  • Barisan Pelakon : Hisyam Hamid, Apreena Manrose, Hafeez Mikail, Bella Dowanna, Fadlan Hazim, Mustafa Kamal, Zila Bakarin, Maria Farida, Rahim Jailani, Scha Eliana, Khaty Azian, Idzham Ismail, Malek Mccrone, Acong Sweetchild, Nizam Kama, Ziema Din, Hilman Alef, Edaman Othman, Afidah Bee

Barisan Pelakon Drama Hatimu Sedingin Salju 

  • Hisyam Hamid sebagai Arman
  • Apreena Manrose sebagai Rania
  • Hafeez Mikail sebagai Nabil
  • Bella Dowanna sebagai Syena
  • Fadlan Hazim sebagai Haikal
  • Mustafa Kamal sebagai Datuk Jamal
  • Zila Bakarin sebagai Puan Noraini
  • Rahim Jailani sebagai Mahfuz
  • Maria Farida sebagai Datin Mimi
  • Scha Eliana sebagai Melissa
  • Acong Sweetchild sebagai Hisham
  • Nizam Kama sebagai Arman
  • Idzham Ismail sebagai Huzair

Lagu Tema OST

Sarah Suhairi - Andaikan

Sinopsis Hatimu Sedingin Salju 

Arman (Hisyam Hamid) tidak pernah memikirkan soal cinta kerana mementingkan urusan perniagaan diwarisi daripada ayahnya, Datuk Jamal (Mustafa Kamal) sekaligus membuatkan ibu bapanya resah berikutan umurnya yang semakin meningkat.

Suatu hari, adik Arman, Nabil (Hafeez Mikail)mendesak Arman menemaninya bercuti ke sebuah pusat peranginan di Langkawi untuk menyambut hari jadinya.

Seperti biasa Arman menolak tetapi selepas kalah dalam pertaruhan dengan Nabil, Arman terpaksa mengikut Nabil dengan syarat tidak lebih dua hari.

Arman bertolak ke pusat peranginan tersebut bersama Nabil tanpa mengetahui muslihat Nabil dan ibu bapanya untuk menemukan Arman dan calon isterinya, Rania (Aprena Manrose) yang juga rakan baik kepada ibu bapa Arman yang bercuti di tempat yang sama.

Tanpa Nabil ketahui bahawa Rania sebenarnya adalah gadis yang pernah mencuri hati Arman suatu ketika dahulu.

Arman terpaksa melepaskan Rania kerana mahu memberi peluang kepada kawan baiknya Haikal (Fadlan Hazim) yang sangat menyintai Rania.

Perasaannya dipendam sehingga menyebabkan Arman berputus asa untuk bercinta lagi. Adakah cinta Arman dan Rania akan bersatu?

3 Comments

  1. Oo camtu ke certanya.. ok² dah faham dah

    ReplyDelete
  2. semalam sempat tengok sekejap...mcm best je sbb akak suka tengok Hisyam Hamid berlakon...lembut je cara pertuturan dia

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post