Guna Shopee Pay Untuk Free Shipping, Terjebak Beli Kerepek, Kuih Dan Biskut Murah

Guna Shopee Pay Untuk Free Shipping, Terjebak beli Kerepek, Kuih Dan Biskut Murah | Salam semua, ini kisah masa bulan puasa, biasalah tahun ini, sis memang tak buat biskut, entah tak ada mood mana nak baking biskut. Cuma sis sempat buat kek sebiji kek buah bakar. Yang menu nak sambut raya pun makan sate, kuah kacang dan nasi impit. Nak buat itu semua pun semput walaupun dah suruh semua pakat tolong - menolong. Penyediaan nak  buat sate dan kuah kacang pun 2 hari belum nak raya tu dah buat siap - siap. Cuma kepelikan tak ada biskut raya, jadi, sis tengok - tengok di Shopee kot ada berkenan nak beli biskut raya. 


Guna Shopee Pay Untuk Free Shipping, Terjebak beli Kerepek, Kuih Dan Biskut Murah

Fikir - fikir lagi, nak kata biskut raya tu tak la jugak, Kita cakap stok makan - makan untuk makan di hari raya. Tapi itu bukan dalam masa sehari sis intai - intai kat Shopee tu. Makan berhari - hari, asyik keluar masuk aplikasi Shopee jer. Haih. Masuk Shopee kadang - kadang risau takut duit keluar banyak. Tapi tu lah, sejak dah aktifkan Shopee Pay ni bahaya sungguh. Sekarang ini, nak dapatkan free shipping kena buat Shopee Pay, kalau tak, memang tak boleh nak ambil untuk free shipping. 

Lagi satu yang sis beli kerepek, biskut ini semua di kedai yang berlainan, maknanya seller lain - lain. Entah kenapa memang bulan tu asyik keluar masuk Shopee nak beli makanan. Sebelum beli, memang sis baca review yang orang dah beli terlebih dahulu. Benda yang paling penting sis tengok cara seller bungkus barang macam mana. 

Sis ni jarang jugak nak chat dulu dengan seller sebelum beli barang melainkan ada soalan yang nak ditanya pasal barang tersebut. Cuma ada satu balang makanan di kedai tu, dia tertukar sis mintak lain , dia bagi lain. Sis pun reda jer lah, tak nak panjangkan cuma cakap kat seller barang tertukar. 

Bukan apa fikir, kita mudahkan urusan orang, Allah mudahkan urusan kita balik. Kalau panjangkan tak pasal - pasal barang nak kena return lah dan macam - macam benda pulak nak kena buat. Tapi barang dia alhamdulillah biskut dalam balang yang lain tak pecah. Rezeki sis. 

Setakat ini, semua barang seller hantar packaging memang ok. Barang pun tak rosak. Yang itu kita serah pulak dekat kurier yang hantar. Macam mana mereka handle pulak bab nak hantar barang. 

Beli Kerepek, Kuih Dan Biskut Raya Di Shopee

Kalau kebetulan, korang nak cari di Shopee, nak buat stok makan - makan, boleh lah tengok sini. Tak tahu lah korang tengok ke harga kata murah ke tak ya, tapi bagi sis berbaloi sebab dah beli dengan free shipping. Jimat tak bayar caj pos. Ke semua barang yang sis beli, sis pilih kurier J&T. Itu dulu lah tapi sekarang memang dah tak boleh pilih servis kurier mana kan. 

Dengar beli 10 jenis macam banyak tapi beli dengan 4 orang seller saja. Harap - harap nanti korang beli ada lagi untuk tag free shipping tu. 

1. Karipap Mini Sohor Ori Besut 

Guna Shopee Pay Untuk Free Shipping, Terjebak beli Kerepek, Kuih Dan Biskut Murah

Tengok ke karipap ni teringat zaman budak - budak dulu rajin nak makan karipap mini yang kecik - kecik. Bila ternampak gambar lalu lalang di Shopee, sis  angkut masuk cart dulu. 

Dah sampai,  syukur tak ada rosak packaging dan karipap pun tak ada pecah - pecah. Memang sedap karipap mini tak sedar asyik mengunyah dah tinggal separuh bekas. Ini link nya Lihat Di Shopee

2. Pasar Mini Pekan Rabu ( Kat Sini Paling Banyak Terjebak Beli ) 

Guna Shopee Pay Untuk Free Shipping, Terjebak beli Kerepek, Kuih Dan Biskut Murah

Sebenarnya dah lama sangat sis cari kerepek pisang di Shopee, akhir sekali terjebak beli dekat kedai Pasar Mini Pekan Rabu. Jauhnya merentas secara online. Selain dari kerepek pisang masin, ada lagi tambahan barang yang sis beli di kedai ni. Link nya di bawah semua ya. 

*. Kerepek Pisang Masin : Lihat Di Shopee

*. Kuih siput murah : Lihat Di Shopee

*. Rempeyek mini sedap : Lihat Di Shopee

*. Karas Rangup : Lihat Di Shopee

*. Kuih Bangkit Santan 24 biji : Lihat Di Shopee

3. Biskut Buah Rotan Rangup 1 Kilo 

Guna Shopee Pay Untuk Free Shipping, Terjebak beli Kerepek, Kuih Dan Biskut Murah

Ini pun menggamit nostalgia biskut buah rotan, tapi tengok kat kedai ni buah rotan hipster sebab colorful sangat. Jadi, sis pun beli jugak lah. Baca review tu semua macam puas hati. Sekali sampai bila sis makan sedap, rangup, tak berminyak sangat. Bijan pun penuh. Jadi kalau korang nak beli link nya di Lihat Di Shopee

Packaging pun ok, balang tak kemek, dan isi dalam pun tak hancur, mungkin ada sticker "fragile" di kotak. 

4. Biskut Raya Moore Labu Dan Kerepek Raya Viral 

Guna Shopee Pay Untuk Free Shipping, Terjebak beli Kerepek, Kuih Dan Biskut Murah

Ada 3 item sis beli di kedai Prokitchen , sis berkenan nak beli biskut labu yang intinya ada coklat. Ada 2 jenis biskut inti coklat ni satu bentuk macam labu dan satu lagi bentuk lain sikit tapi masih inti coklat. Satu lagi kerepek viral. Kerepek viral ni sebenarnya tertukar sis nak jejari cheese, seller bagi lain. 

Tapi sis redha saja lah, tapi ok lah seller ni, packaging memang tip top. Biskut memang tak pecah ok jer selamat sampai. 

*Biskut Labu Leleh Roona Dan Biskut Labu Leleh Chocolate : Lihat Di Shopee

*Kerepek raya viral balang pelbagai pilihan : Lihat Di Shopee

Berkenan nak beli, kerepek murah dan sedap, biskut raya murah klik link yang dah bagi. Pastikan korang dah aktif Shopee Pay kalau nak dapatkan free shipping ni. Pastikan jugak kalau nak beli barang dengan yang ada tag free shipping baru boleh guna Shopee Pay.Tak kisah lah pembelian RM 15 atau RM 40 ke atas. Dan masa nak check out nanti kena alert untuk click voucher nanti tak ingat pulak kan.

Kalau sis memang dah berjaga - jaga sebab sis top up duit kat Shopee pay pun ikut jumlah yang nak dibayar tak campur dengan kos shipping. 

Baca Juga : 





3 Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post