Borong 2 Kg Coklat Beryl's Di Shopee Terlajak Sedap Dan Murah

Borong 2 Kg Coklat Beryl's Di Shopee Terlajak Sedap Dan Murah | Salam semua, lama juga sis tak buat unboxing barang yang beli kat Shopee. Sekali sekala nak membantu menjana ekonomi seller yang jual kat Shopee. 

Mana lah tahu ada yang di luar sana berminat nak beli barang macam sis beli. Jadi sis pun nak rekomen juga seller Shopee mana yang ok. 

Sebelum membeli barang di Shopee, seperti biasalah sis buat survey dulu. Memang dah lama sangat nak cari coklat yang sedap kat Shopee ni. 

Coklat Beryl's

Kalau coklat ni, kegemaran sis coklat gelap dan tiramisu. Sebab anak tekak ni suka yang jenis pahit - pahit. 

Walaupun banyak jenama di luar sana, sis sebelum ni memang dah cuba jenama Beryl's. Jadi, teringin nak cari yang jual borong.

Siapa yang pernah makan coklat jenama Beryl's, tahu rasa coklat dia macam mana. Cari punya cari jumpa yang jual untuk 1 Kg terus setiap jenis. 

Kes tamak ni cari terus untuk 1 Kg. Dah tahu macam tak cukup. Ada juga yang jual untuk sebiji. Tak ingat dah jatuh berapa satu. 

Sis cari ni berdasarkan gambar, tengok gambar yang bungkusan banyak dalam 1 kg terus tekan. Bila klik, caption gambar tu "Coklat Beryl's Original Pek Kilo Direct Dari Kilang"  

Scroll dulu bawah tengok review macam mana yang orang dah beli. Banyak betul review untuk coklat Beryl's siap video lagi.

Coklat Beryl's

Ini lah penting kena baca review kan. Tapi sis beli barang sebelum ni kat Shopee memang lupa betul nak tulis sedikit review tentang barang yang kita beli. 

Padahal diri sendiri pun sebelum nak beli kena baca review orang lain sebelum ambil keputusan nak beli ke tidak.

Dah baca semua orang berpuas hati dengan servis seller Shopee ni, sis pun chat dulu nak tengok customer friendly ke tak. Saja ajak berbual kan dulu. 

Lupa nak bagi tahu kedai online seller ni dia tak fokus jual coklat saja ada juga barang lain yang dijual.

Tapi yang coklat tu hanya jenama Beryl's saja. Jenama Beryl's pun banyak jenis bergantung kepada stok yang ada.

Sebab semua coklat dia jual laku keras sungguh. Tak percaya tengok baca review pelanggan yang dah beli dan cuba sendiri. Sampai berkilo - kilo borong pun ada. 

Nama kedai online dia blueairis. Harap nama kedai dia tak tukar lah kekal nama tu. Link di Lihat Di Shopee

Senang orang nak cari. Coklat yang dah terjual tu sebanyak 628 bungkusan kalau tengok details di gambar coklat tu. Coklat yang dijual ada pek dalam 500 gm ke 1 Kg.

Bergantung atas jenis coklat. Nanti korang tengok sendiri kat kedai online dia. Sis ni pun tahan jer tengok pelbagai coklat yang ada.

Ini sedikit detail, kalau sesiapa yang berminat nak beli dengan harga coklat Beryl's di kilang, boleh lah tengok kedai online ni. Boleh chat dulu tanya. 

Coklat Beryl's Borong 

  • Coklat Beryl's Original 
  • Fresh dari kilang 
  • Pek 1 kg, lebih berbaloi 

Jenis-jenis Coklat

  •  Almond Milk Choc 
  • Almond Dark Choc 
  • Almond White Choc 
  • Almond White Sesame Choc 
  • Hazelnut Milk Choc 
  • Raisin Milk Choc 
  • Tiramisu Almond White Choc 500g 
  • Tiramisu Almond Milk Choc 500g 
  • Tiramisu Milk Choc 500g (no almond) 
  • White Chocolate with Strawberry Chips 500g 

Coklat Beryl's adalah halal dan buatan Malaysia. Jenama yang dikenali ramai. Banyak lagi produk keluaran Beryl's. 

Muat dalam bekas besar. Tak apa, bukan makan untuk seorang pun. Kita kongsi - kongsi. 

Unboxing video 2 Kg Coklat Beryl's 

Terlajak rajin nak buat unboxing video yang tak seberapa. 


4 Sebab Kenapa Pilih Coklat Beryl's Dari Blueairis

Sebelum buat keputusan nak beli dengan seller yang ini, banyak persoalan dalam fikiran ni. Fikirkan tak cair ke coklat masa proses pengeposan nanti.

Sebab dah yakin baca review, jadi sis ambil keputusan nak beli. Ini di antara sebabnya : 

1. Mesra Pelanggan 

Seller ni bagus, dari pertama kali chat, sis tanya,  hingga sampai barang dah hantar pun masih lagi tanya dah sampai ke belum. 

Siap hubungi hotline J&T kenapa coklat tak hantar - hantar lagi walaupun dah sampai kat pusat sini, lama peram kat pusat tak gerak - gerak. 

Cuma pihak kurier yang lambat sikit buat penghantaran sebab ambil masa dalam 5 hari jugak nak sampai rumah. Mungkin dia takut coklat cair. Sis suka berurusan dengan dia. 


2. Pembungkusan Yang Kemas

Coklat Beryl's

Coklat Beryl's

Pertama kali kalau bab shopping online ni, mesti nak tengok dari segi pembungkusan tu ok ke tak. Alhamdulillah, walaupun ambil masa 5 hari  untuk sampai rumah, ok jer kotaknya. 

Setiap pek coklat dibalut kemas dengan bubble wrap. Cuma  kertas yang dibalut dengan bungkusan coklat tu lembap. Sis pun tak tahu apa fungsi kertas balut. 

Korang boleh tengok di video di bawah nanti ya. 

Ingatkan balut dengan bubble wrap dah ok dah. Ada lagi kertas balutan kat dalam tu. 


3. Harga Coklat Yang Murah Untuk Pek 1 Kg

Coklat Beryl's


Bagi sis untuk pek 1 Kg ni rasa macam dah murah,  ke bagi korang mahal. Sebab tengok kedai online lain macam mahal. 

Bergantung juga kepada jenis coklat, kalau coklat gelap mahal sikit. Ini yang sis beli untuk 1 Kg. Coklat Beryl's tiramisu dan coklat gelap Beryl's.  Kedua - dua nya ada badam.

  •  Almond dark chocolate - RM 49.90
  • Coklat Tiramisu Beryl's almond milk - RM 31.90 

Sis harap kekal dengan harga tu, tak tahu lah kalau ikut pasaran semasa nanti berubah pulak. Caj penghantaran sebanyak RM 4. 66 guna kurier J&T. 

Sampai sekarang ada lagi coklat ni. Kalau dah hantu coklat nak lagi coklat yang sedap. 


4. Ada Ice Pack Untuk Elakkan Coklat Cair 

Coklat Beryl's

Untuk elakkan coklat dari cair. Seller ada letak ice pack. Sis pun kali pertama dapat terima bungkusan yang ada ice pack ni, sebelum ni tak pernah. 

Walaupun 5 hari nak sampai rumah, coklat tak cair ok jer bentuknya. Cuma ice pack tu yang dah cair.

Sis pun tak pasti ice pack tu bentuk dia keras ke macam mana, sampai - sampai dah cair lembik ice pack tu, nasib baik  seller balut dengan bubble wrap. 

Sis harap kalau ada yang pek kilo ni ada perisa peppermint. Itu salah satu kegemaran jugak tu. Tapi macam tak ada untuk pek kilo. 

Kalau yang dalam kotak cantik tu ada. Kalau terasa nak beli pek kilo macam ni, boleh lah tengok kedai online yang ini ya.

Dari segi rasa pun sedap, coklat gelap rasa pahit pahit pun masih rasa lagi lemak - lemak coklat. 

Coklat tiramisu pun sedap yang ni tak pahit sangat sebab ada rasa susu nama pun coklat tiramisu susu.

Coklat Terbaru Dari Beryl's 

Dari semasa ke semasa, Beryl's ni memang akan keluarkan keluaran terbaru. Yang ini pun yang pernah sis dah try. 

1. Classic Tiramisu Almond Green Tea Chocolate

Coklat Beryl's

Buat korang peminat green tea, jangan lupa untuk cuba tiramisu almond green tea coklat. Bagi yang suka pahit - pahit green tea dan tiramisu. Boleh la cuba yang ini.

Ini link dia Lihat di Shopee

2. Classic Tiramisu Mascarpone Cheese 

Coklat beryl's

Tiramisu ni memang kegemaran sis. Sebab rasanya pahit - pahit manis. Untuk versi ini, rasanya digabungkan dengan mascarpone cheese. Korang boleh bayang tak rasa dia macam mana. 

Sesiapa peminat tiramisu, boleh lah cuba. Ini link dia Lihat Di Shopee


Baca Juga : 

2 Comments

  1. wah bagus condition coklat bila sampai rumah. takut juga kalau beli coklat online ni nanti habis cair pula. bagus seller ni :)

    ReplyDelete
  2. sedapp sgt tuuu byknya diborong nya hehehee

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post