Drama Mata Ketiga Episod 1 Hingga 10 Di TV3

Drama Mata Ketiga Episod 1 Hingga 10 Di TV3 | Salam semua, drama mata ketiga tv3, dari novel seram bertukar jadi drama bersiri sebanyak 10 episod. Drama ni, sis ingatkan drama terbaru, rupanya pernah ditayangkan pada tahun 2018. Tapi rasanya macam tak pernah tonton lagi atau pun tak ingat. Penulis novel adalah Zulkifli Ahmad Idrus. Walaupun drama ini berdurasi selama 30 minit saja. Rasanya kalau peminat drama seram mistik memang suka la kot. Kalau berasa tak kuat jangan tengok. Apapun, info lanjut, korang boleh baca di bawah. 

drama mata ketiga

Info Drama Mata Ketiga 

  • Bilangan Episod : 10
  • Hari Dan Masa : Isnin hingga Khamis, 10.30 malam
  • SiaranTV : TV3
  • Penulis Novel : Zulkifli Ahmad Idrus
  • Pengarah : C.Kumaresan
  • Produksi : Skop Productions
  • Barisan Pelakon  : Hafeez Mikail, Mustaqim Bahadon, Isyariana Azmi, Dayana Roza, Fimie Don

Barisan Pelakon Dan Watak  Drama Mata Ketiga 

  • Hafeez Mikail sebagai Faizul
  • Mustaqim Bahadon sebagai Khalid
  • Isyariana Azmi sebagai Farah
  • Dayana Roza sebagai Rafidah
  • Fimie Don sebagai Budin

Sinopsis Drama Mata Ketiga 

Drama ini mengisahkan tentang Faizul, seorang pelajar universiti tempatan yang dikurniakan dengan anugerah istimewa. Faizul mempunyai deria ke-enam yang mampu melihat melebihi pancaindera manusia biasa.

Pengembaraan bermula apabila Faizul bersama 4 sahabat baiknya menyertai ekspedisi ke hutan yang diketuai Profesor Mazlan.

Faizul yang lebih arif di dalam ilmu hutan menasihati rakan-rakannya untuk mematuhi pantang larang ketika berada di dalam hutan. Malangnya, nasihat itu tidak diendahkan dan menjadi lebih teruk apabila Farah dirasuk. Semenjak kejadian itu, Faizul cuba mencari kebenaran mengenai mata ketiga beliau.

Dalam mencari kebenaran mengenai susur galurnya, pelbagai peristiwa pelik berlaku. Walau bagaimanapun, perkara tersebut tidak mematahkan semangatnya, malahan menyebabkan Faizul semakin taksub. Faizul yang mula mengasingkan diri juga tanpa sedar telah membahayakan nyawa orang disekeliling.

Adakah Faizul tetap meneruskan pencarian mengenai dirinya setelah ditimpa pelbagai musibah? Mampukah Faizul bertahan dengan semua cabaran yang ternyata menguji setiap langkahnya?

Kredit : https://www.budiey.com/mata-ketiga/

1 Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post