15 Resepi Aiskrim Malaysia Viral, Sedap Dan Mudah Untuk Dicuba

15 Resepi Aiskrim Malaysia Viral, Sedap Dan Mudah Untuk Dicuba | Salam semua, aiskrim Malaysia adalah antara aiskrim yang paling popular dulu - dulu. 

Aiskrim yang letak dalam plastik panjang ini antara yang termurah dah nak beli. Dulu - dulu, jiran sebelah rumah sis jual 10 sen satu. 

Sekarang nak cari 10 sen sebatang memang tak lah ya. Harga aiskrim Malaysia sekarang macam mahal la sikit kan. Zaman kanak - kanak sis penuh dengan memori makan aiskrim Malaysia. 

aiskrim malaysia

Biasa mak sis rajin buat, kalau ada lebihan bubur kacang pun letak dalam plastik aiskrim. Kalau rajin lagi buat aiskrim sirap, asam boi. 

Tak banyak perisa sangat dulu - dulu. Sekarang, dah pelbagai perisa, macam - macam ada. Aiskrim Malaysia sekarang pun banyak dah hipster. 

Kreatif orang Malaysia ni. Tak terfikir dek akal bila tengok dah macam - macam jenis aiskrim Malaysia. 

15 Resepi Aiskrim Malaysia Viral, Sedap Dan Mudah Yang Perlu Anda Cuba 

 Ikutkan memang ramai sangat dah bisnes aiskrim Malaysia kan. Dari buat makan sendiri dah ramai yang berjinak untuk buat bisnes. 

Nak buat aiskrim Malaysia tak ada lah susah mana, cuma kena lebihkan masa sikit kat dapur, biasalah kerja - kerja nak tuangkan air dalam plastik aiskrim nak menyimpul lagi. 

Kali ini sis nak kongsi dengan korang semua 15 resepi aiskrim Malaysia dari yang viral hingga lah aiskrim yang pernah popular dulu - dulu. 

Cuma untuk plastik aiskrim tu ikut korang nak guna yang mana sebab ia banyak saiz kan. Yang mana rasa sukatan untuk bahan - bahan tu sikit, boleh tambah nak bagi banyak. 

1. Resepi Aiskrim Malaysia Milo 

aiskrim malaysia

Bahan - Bahan
Air
Milo
Susu cair
Susu pekat
Coklat tabur
Plastik aiskrim

Cara - Cara 
1. Kalau nak buat aiskrim milo, mungkin memerlukan air panas untuk membancuhnya. 
2. Selepas selesai bancuhan tadi, biarkan ia sejuk sepenuhnya sebelum memasukkan kedalam plastik aiskrim bersama coklat tabur. Kalau tak coklat tabur cair. 
3. Simpul pada penghujung plastik. Letakkan di dalam freezer dan makan bila dah sejuk.

Kredit : Imah Apit Geng Suka Masak & Makan Sedap

2. Resepi Aiskrim Malaysia Solero

aiskrim malaysia

Untuk Ais Limau 

Bahan-Bahan:

1.5 liter air
Gula (Sesedap rasa)
Serbuk limau nipis atau pati limau nipis (Sesedap rasa)
Pewarna hijau (gelap sikit cantik)
2 sudu tepung jagung

Cara Penyediaan
1. Kacau semua bahan hingga larut.
2. Kemudian masak hingga mendidih.
3. Sejukkan.

Untuk Susu Perisa Vanilla 

Bahan-Bahan

1 tin susu cair
1 tin susu pekat
1 sdb ovallete
1 sdb esen vanilla
Gula (Sesedap rasa. Tak perlu banyak sebab susu pekat dah manis)
2 cawan kecil air
2 sdb tepung jagung

Cara Penyediaan
1. Kacau semua bahan sehingga larut.
2. Masak hingga mendidih.
3. Sejukkan.
4. Kemudian apabila semua bahan dah siap. Boleh tuangkan ke dalam plastik aiskrim.
5. Masukkan yang perisa vanilla separuh terlebih dahulu dan kemudian baru masukkan yang perisa limau.
6. Setelah semua siap dimasukkan ke dalam plastik. Basuh dahulu semua aiskrim tu agar tiada air manis yang melekat.
7. Masukkan dalam peti ais semalam.
8. Siap

Kredit : https://dailymakan.com/resepi-aiskrim-solero-malaysia/30255/

3. Resepi Aiskrim Malaysia Oreo

aiskrim malaysia


Bahan - Bahan  
1 tin susu sejat dan 1 tin susu pekat 
5 tin air 
1 penutup esen vanila 
3 sudu tepung jagung 
5 sudu besar gula 
5 sudu besar krimer
Biskut oreo secukupnya 
Plastik aiskrim secukupnya 

Cara - Cara 
1. Masukkan ke semua bahan - bahan ke dalam periuk kecuali biskut oreo. Hidupkan api dapur. Kacau selalu hingga mendidih. 
2. Setelah mendidih tutup api. Sediakan jug dan tapis bahan yang dah dimasak tadi. Kena tapis untuk elak ada ketulan - ketulan yang tak larut. 
3. Biarkan sejuk sepenuhnya. 
4. Sementara itu, pecahkan biskut oreo. Tak payah hancur sangat. 
5. Masukkan biskut oreo tadi ke dalam plastik aiskrim. 
6. Tuangkan ke dalam plastik aiskrim yang ada biskut oreo.
7. Akhir sekali simpul dengan kemas hujungnya. 
8. Simpan dalam peti sejuk semalaman. 

Kredit : https://my-resepi.com/cara-untuk-membuat-aiskrim-malaysia-perasa-oreo-yang-lembut-gebu-dan-enak-anak-anak-pasti-berebut

4. Resepi Aiskrim Malaysia Magnum

aiskrim malaysia

Bahan - Bahan Untuk Aiskrim Vanilla
200ml whipping cream1 tin susu cair
4 sudu besar susu pekat (kemanisan ikut citarasa sendiri)
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu kecil ovalet
1 sudu kecil glycerin ( kalau letak aiskrim jadi gebu, tak keras macam ais batu )

Untuk Coklat
250g coklat compound coin / bar

Cara Penyediaan Untuk Aiskrim Vanilla

1. Pukul semua bahan aiskrim vanilla dalam 5 minit sampai nampak kembang.
2. Jangan lama sangat pukul, takut whipping rosak jadi berketul nanti.
3. Agak sebati, kembang sikit. Ketepikan sekejap.

Cara Penyediaan Untuk Coklat
1. Masukkan 11 keping coin dalam plastik. Buat kaedah double boiling untuk cairkan coklat.
 
Cara Masukkan dalam Plastik Aiskrim
1. Masukkan coklat cair terlebih dahulu.
2. Amik kad atau apa apa yang boleh ratakan coklat dalam plastik aiskrim.
3. Masukkan aiskrim vanilla tadi, ikat dan bekukan 6 jam atau semalaman.

 
Kredit : Norhafizah Bab Hashim MAHN

5. Resepi Aiskrim Malaysia Asam Boi

aiskrim malaysia

Bahan - Bahan 

2 cawan gula (kurang sikit pun boleh)
2 liter air
2 sudu besar tepung jagung (campur dengan sedikit air dari yang 2 liter tu)
3 – 4 sudu besar kordial asam masin Double Lion
24-30 asam boi
Sedikit perahan limau kasturi
Sedikit tepung jagung

Cara - Cara 
1. Masukkan dalam periuk, air dan air campuran tepung jagung, gula, asam boi
2. Masak hingga mendidih dan air menjadi jernih
3. Masukkan kordial. Rasa dan tambah jika perlu. Boleh juga masukkan sedikit garam.
4. Sejukkan
5. Perahkan jus dari 4 atau 5 limau kasturi. Kacau.
6. Tapiskan air. Ketepikan asam boi. 
7. Masukkan asam boi satu-satu dalam plastik. Letak air asam boi. Ikat.
8. Bekukan semalaman.

Kredit: Ida Alina Salleh Via MAHN
Kredit : https://dailymakan.com/resepi-ais-krim-asam-boi-legend-yang-terbaik/29836/

6. Resepi Aiskrim Malaysia Cheese

aiskrim malaysia

Bahan - Bahan 
1 tin susu cair
1 tin susu pekat (boleh guna 1/2 tin saja)
3 tin air
3 sudu gula (tak suka manis boleh kurangkan)
2 - 3 sudu tepung jagung
50 gm tatura cream cheese
Secubit garam
Filling blueberry & strawberry (masukkan filling dalam plastik aiskrim siap siap, lagi mudah paipkan guna piping bag)

Cara - Cara 
1. Masakkan semua bahan di atas (kecuali cream cheese) dengan api sederhana
2) Bila dah mendidih, masukkan cheese.
3) Biarkan bancuhan dah agak suam, blendkan sampai cheese dah tak berketul. Sekiranya masih tak halus. Tapiskan bancuhan. 

Kredit : Bintu Zain MAHN


7. Resepi Aiskrim Malaysia Perisa Nestum 

aiskrim malaysia

Bahan - Bahan 
2.5 liter air
2 tin susu pekat ikut kemanisan yang sesuai
1 tin susu cair
Sedikit garam
7 sudu tepung ubi dibancuh asing (ambil air dari 2.5 liter tu)
2 helai daun pandan..
Nestum secukupnya
Bijirin berwarna sebagai hiasan

Cara - Cara
1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk kecuali nestum, bijirin berwarna dan tepung ubi.
2. Kacau sebati, kemudian boleh buka api dan masukkan tepung ubi. Sentiasa kena kacau ya.
3. Takut tepung ubi berketul nanti.
4. Masak sampai mendidih.
5. Tunggu bancuhan suam atau sejuk.
6. Masukkan nestum dan bijirin yang berwarna ke dalam plastik aiskrim...
7. Kemudian boleh lah masukkan bancuhan susu.
8. Simpulkan dan sejukkan dalam peti ais.

Kredit : Che Enon Aiskrim MAHN

8. Resepi Aiskrim Malaysia Blue Dynamite

aiskrim malaysia

Bahan - Bahan 
1 tin susu cair.*
1 tin susu pekat manis.*
4 tin air.*
1/2 sudu kecil garam.*
5 sudu besar tepung ubi rata ya, jangan membukit sangat. (Di bancuh dgn air dahulu.)
Pewarna makanan (biru)
Gula - gula  dynamite secukupnya.

Cara - Cara 
1. Masukkan bahan yang bertanda * ke dalam periuk dan kacau bagi sebati.
2. Kemudian didihkan atas api sederhana hingga mendidih.
3. Sentiasa kacau supaya tidak berkerak.
4. Dah mendidih, masukkan air tepung ubi dan pewarna biru ke dalam susu tadi.
5. Kacau bagi sebati dan mendidih.
6. Tutup api dan sejukkan terlebih dahulu dan tapis ke dalam jug.
7. Masukkan 2 biji gula dynamite yang telah di ketuk hancur, ke dalam plastik aiskrim.
8. Tuang susu biru ke dalam plastik, simpul bagi kemas siap.

Kredit : Che Marlyah Ina Saad MAHN  


9. Resepi Aiskrim Malaysia Choki Choki

aiskrim malaysia

Bahan - Bahan 
2 sudu besar tepung jagung + Sedikit air sejuk. ( bancuhkan terlebih dahulu _
1 cawan susu segar / susu cair*
2/3 cawan susu pekat*
4 cawan air*
1 sudu kecil esen vanila*
Secubit garam*

Cara - Cara 
1. Dalam periuk, panaskan  ke semua bahan yang bertanda *. Selalu kacau campuran.
2. Masukkan agen pemekat.
3. Apabila sudah mendidih, tutup api. Dan biarkan sejuk.
4. Sementara itu,  boleh masukkan satu  Choki-Choki dalam plastik aiskrim.
5. Bila susu dah sejuk, boleh masukkan dalam plastik. Biarkan membeku dalam freezer.

Kredit : Hajar Binti Md Said MAHN

10. Resepi Aiskrim Malaysia Jagung

aiskrim malaysia

Bahan - Bahan 
1 tin susu cair
1 tin susu pekat
4 tin air
2 1/2 sudu besar tepung jagung
1 sudu teh esen vanilla
Secubit garam
1/2 tin jagung ayam brand
1/3 botol perisa jagung jenama double lion
Pewarna kuning secukupnya

Cara - Cara 
1. Masak kejap atas dapur bahan - bahan di atas. Bila dah masak, sejukkan sekejap. 
2. Kemudian dah boleh isi dalam plastik aiskrim.

Nota : 
1. Kalau suka kurang manis, boleh letak 5 tin air.
2. Kalau suka jagung banyak, boleh letak 1 tin jagung.

Kredit : Noor Mazwin MAHN

11. Resepi Aiskrim Malaysia Sumi Jelly

aiskrim malaysia

Bahan - Bahan 
1 tin susu pekat
1 tin susu cair
4 tin air
3 paket sumi jelly
Secubit garam

Cara- Cara 
1. Masak susu dan air sehingga mendidih dan sejukkan.
2. Pecahkan sumi dan masukkan dalam plastik aiskrim
3. Kemudian tuang susu tadi. Simpulkan 
4. Dah siap, simpan dalam peti beku.

Kredit : Majalah Resepi Online Facebook


12. Resepi Aiskrim Malaysia Unicorn  / Paddle Pop /  Pelangi Guna Serbuk Dadih 

aiskrim malaysia

Bahan - Bahan 
Plastik aiskrim saiz 12
Serbuk dadih perisa vanila
3 sudu besar gula pasir
Pewarna pilihan 
Corong 

Cara - Cara
1. Masak dadih terlebih dahulu. Boleh ikut resepi di belakang pek cuma tambah 3 sudu besar gula pasir.
2. Dadih dah siap masak, asingkan ke dalam mangkuk untuk letak pewarna pilihan.
3. Dadih ini perlu dalam separa beku + / - 1/2 jam.
4. Bila dah separa beku, boleh cedok dadih yang pelbagai warna tadi, masuk dalam mangkuk kecil dan  isi dalam corong untuk mudahkan masuk ke dalam plastik aiskrim.
5. Boleh sejukkan dalam peti beku.

Nota : Pilihan warna tak perlu gelap - gelap untuk elak aiskrim nampak lebam bila dah beku. 

Kredit : Aien Yuss MAHN
Kredit : https://www.mingguanwanita.my/cara-mudah-buat-aiskrim-malaysia-paddle-pop-sedap-guna-serbuk-dadih-1/

13. Resepi Aiskrim Malaysia Perisa Oren Sunquick Ala Vitagen

aiskrim malaysia

Bahan - Bahan 
2 liter air panas
3 senduk kecil kordial oren
1/2 tin susu pekat manis
Plastik aiskrim secukupnya 

Cara - Cara 
1. Masak air panas di dalam cerek atau heater. Kemudian tuangkan ke dalam jug. Masukkan separuh tin susu pekat manis. Kacau rata.
2. Masukkan 3 senduk kecil kordial oren dan kacau rata. Sejukkan bancuhan. 
3. Setelah bancuhan sejuk dan sebelum dituang ke dalam plastik, kacau dahulu seketika. 
4. Kemudian bolehlah dituang, ikat dan simpan semalaman di peti beku.
5. Siap, untuk dimakan. Selamat mencuba.

Kredit : Nur Azliani Amer Cookpad

14. Resepi Aiskrim Malaysia Sirap Bandung Laici Bersoda

aiskrim malaysia

Bahan - Bahan 
1 cawan aiskrim soda 
1/2 cawan sirap 
1/2 cawan dairy whipping cream 
1/2 cawan susu sejat/cair 
1/2 cawan air sirap laici (dalam tin)
Plastik aiskrim secukupnya

Untuk hiasan: 1/2 cawan buah laici dalam tin 

Cara - Cara 
1. Whipping cream dipukul sampai berbuih.
2. Kemudian masukkan sirap dan pukul hingga sebati.
3. Masukkan sirap laici, susu cair dan kacau hingga rata. 
4. Masukkan aiskrim soda dan kacau lagi hingga sebati.
5. Pindahkan masuk dalam jug dan ketepikan sekejap.
6. Untuk buah laici dipotong kasar nak bagi senang masuk dalam plastik aiskrim.
7. Masukkan laici dalam plastik aiskrim, kemudian tuangkan campuran air dalam jug tadi.
8. Simpul dengan kemas dan simpan dalam peti beku.

Kredit : Sarah Pinkroses Youtube 

15. Resepi Aiskrim Malaysia Coral Blue Ocean

aiskrim malaysia

Bahan - Bahan  
Laici tin (asingkan buah)
Pewarna biru 7 ke 8 titik
2 cawan gula atau secukup rasa
4 liter air
1/2 cawan kordial laici 
2 sudu besar tepung jagung bancuh dengan 1/2  cawan air.
*Buah laici
*Biji selasih
Plastik aiskrim secukupnya 

Cara - Cara 
1. Masak semua bahan di atas. Kecuali bahan tanda *. 
2. Tepung jagung masukkan selepas bahan sudah mendidih, kacau dan tutup api.
3. Buah Laici koyakkan untuk dapat bentuk kecil.
4. Selasih rendam setengah jam sebelum buat aiskrim.
5. Apabila air sudah suam boleh buat aiskrim dengan masukan selasih satu sudu dan laici yang di koyak. Laici juga boleh ganti dengan sumi untuk lebih cantik.

Kredit : Suhaini Harun MAHN

Cara Mudah Ikat Aiskrim Malaysia Guna Tali 

Untuk cara ikat aiskrim Malaysia, sis perhatikan pelbagai kaedah yang boleh diguna nak simpul plastik aiskrim. Kaedah yang paling mudah guna tali. 

Tapi yang paling popular orang guna tali rafia tu. Entah lah tali lain macam mana. Kalau korang malas nak main ikat - ikat ni, korang beli jer plastik aiskrim ziplock. Lagi mudah. 

Nak tulis cara - cara tu, rasanya tengok video lagi jelas. Korang boleh tonton video di bawah ya. 
 

Itu lah saja ke semua 15 resepi aiskrim Malaysia yang korang boleh cuba nanti. Kebanyakan resepi ada letak tepung jagung untuk tekstur lebih halus dan gebu. 

Selain nikmat makan aiskrim sejuk - sejuk, jom cuba juga resepi air paling sedap

Baca Juga : 

1. Senarai 11 Resepi Air Balang Viral Dan Paling Laris

2. Cara Buat Sendiri Aiskrim Potong Kacang Merah Di Rumah

3. Senarai Koleksi 17 Resepi Air Sedap Untuk Berbuka Puasa

Untuk korang yang nak merancang berniaga aiskrim. Apa kata korang dapatkan info lengkap di sini. Korang klik gambar di bawah tu ya. Banyak tips - tips untuk sesiapa yang nak buat bisnes aiskrim.

                                              

2 Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post