Drama Hawa Di Astro Ria Slot MegaDrama

Drama Hawa Di Astro Ria Slot MegaDrama | Salam semua, drama terbaru yang tengah tayang di Astro Ria slot MegaDrama, drama Hawa. Baru ditayangkan 24 Ogos yang lepas. Drama Cik Ayu Mee Sanggul tu dah habis. Lama betul, sis tak tengok Nadiya Nissa ni berlakon. Drama Hawa ni bergenre kekeluargaan. Kisah famili ni dah banyak mendapat tempat di hati penonton. Nak tahu kisah drama Hawa ni macam mana, kenalah tonton. Barisan pelakon tidak asing lagi ada pelakon senior dari Hamidah Wahab dan pelakon baru Bella Dowanna. 

Drama Hawa Astro Ria Slot Megadrama

Untuk info dan sinposis lanjut, korang boleh baca di bawah ya. 

Info Drama Hawa

  • Tajuk Drama : Hawa
  • Bilangan Episod : 9
  • Waktu Siaran : Isnin hingga Khamis, 10:00 malam
  • Siaran TV : Astro Ria (Slot Megadrama)
  • Penulis Skrip : Baizura Kahar, Tam Suhaimi
  • Pengarah : Tam Suhaimi
  • Produksi : Infinitus Productions Sdn Bhd
  • Barisan Pelakon : Nadiya Nisaa, Ruzana Ibrahim, Bella Dowanna, Hamidah Wahab, Donna Muslim, Akmal Abdullah, Shah Faris, Yusri Saleh

Barisan Pelakon Drama Hawa 

  • Nadiya Nisaa sebagai Along/Hajjah Saadah
  • Ruzana Ibrahim sebagai Angah / Fauziah
  • Bella Dowanna sebagai Acu / Raudah
  • Hamidah Wahab sebagai Hajjah Imaan
  • Donna Muslim sebagai Musa
  • Akmal Abdullah sebagai Azizah
  • Shah Faris sebagai Naim
  • Yusri Saleh sebagai Haji Ali

Sinopsis Drama Hawa 

Drama ini mengisahkan mengenai kehidupan Along menjadi huru-hara ketika suaminya, Haji Ali sedang koma.Perkara menjadi rumit lagi apabila isteri kedua Haji Ali muncul dan mengaku, dia adalah isteri kedua Haji Ali.

Keluarganya, Hajjah Iman, Angah dan Acu mengalami masalah mereka sendiri. Angah mengesyaki suaminya juga curang kepadanya, Hajah Imaan disaman kerana penipuan dan Acu mendedahkan rahsia di vlog hidupnya!

Pelbagai masalah yang melanda keluarga mereka. Apakah kesudahan untuk semua ini? Adakah mereka dapat menyelesaikan dengan baik atau akan merumitkan lagi keadaan yang sekarang yang memang sudah rumit?

Lagu Tema 

  • Lagu : Hawa
  • Komposer : Tilla Hanna & Lo Shi Seng
  • Lirik : Tilla Hanna
  • Muzik: Lo Shi Seng

Post a Comment

Previous Post Next Post