Resepi Roti Jala Lembut Sukatan Cawan Dan Kari Ayam Simple

Resepi Roti Jala Lembut Sukatan Cawan Dan Kari Ayam Simple | Salam semua, menu roti jala memang tak kira musim raya atau bukan musim raya dah. Dalam majlis - majlis lain pun, hidangan roti jala tetap ada. 

Roti jala memang kegemaran sis, tapi tu lah, nak menjala ni memang kena main mood juga. 

Sis akui pening juga nak cari resepi roti jala yang sedap. Kalau boleh nak yang tahan lama dan lembut sampai ke malam pun boleh makan lagi. 

Ada roti jala memang asyik la makan. Sampai tak ingat dah berapa gulung ambil makan. 

roti jala dan kari ayam

Ada roti jala tanpa telur, ada juga yang buat roti jala tanpa santan tapi ganti dengan susu cair. Ada juga roti jala guna santan. 

Korang yang pernah buat, suka resepi yang mana satu. Sepanjang sis pernah buat memang tak pernah letak santan. Sis ganti dengan susu cair saja. 

Telur memang kena letak sebab nak bagi lembut. Nak menjala tu pulak. Sekarang ikut kreatif dah nak guna acuan roti jala mana satu. 

Sis lebih suka guna botol yang ada muncung banyak tu khas untuk menjala roti jala. Walaupun acuan yang lama pun ada lagi orang guna.

Guna yang botol tu tak ada lah nak tumpah meleleh. 

Resepi Kari Ayam Simple 

Roti jala sis gandingkan dengan kari ayam. Buat yang mudah - mudah saja. Untuk cara masak kari ayam, korang boleh ikut resepi di bawah. 

roti jala dan kari ayam

Bahan - Bahan
1 ekor ayam-potong 16
6 ulas bawang merah-tumbuk/kisar
4 ulas bawang putih-tumbuk/kisar
1/2 biji bawang merah-tumbuk/kisar
1 1/2 inci halia (halia ni lagi lebih lagi bagus..buang angin/hilangkan bau ayam)tumbuk/kisar
5 sudu besar rempah kari daging
2 biji ubi kentang -dibelah 4
1 kiub ayam
400gm santan pekat
300ml air-terpulang pada kepekatan yang di kehendaki
garam secukupnya
Sedikit air asam jawa

Bahan Untuk Menumis
2 tangkai daun kari,
1 biji bawang besar-dihiris panjang
1 biji bawang putih - dihiris
2 biji bawang kecil
2 bunga lawang, 4 bunga cengkih, 3 biji buah pelaga dan 1 batang kayu manis
Minyak untuk menumis

Cara - Cara 
1. Panaskan minyak dan masukkan semua bahan tumis sampai layu dah naik bau.
2. Masukkan bahan kisar/tumbuk dan tumis lagi sehingga layu. Kemudian masukkan rempah daging dan kacau sekejap lalu masukkan 1/2 cawan air dan perlahankan api.
3. Biarkan pes kari masak sehingga terbit minyak sambil dikacau selalu lalu masukkan sedikit garam.
4. Bila kari dah masak baru masukkan ayam dan ubi kentang dan biarkan air ayam (air yang keluar dari ayam) kering.
5. Masukkan santan pekat bersama air dan biarkan sehingga mendidih.
6. Biarkan sampai kentang empuk dan burung puyuh lembut dengan api sederhana.
7. Rasa garam dan masukkan sedikit air asam dan padamkan api.
8. Boleh makan bersama nasi biasa,nasi minyak ataupun roti.

Sumber : https://www.kakinakl.com/2010/12/resepi-kari-ayam.html

Resepi Roti Jala Sukatan Cawan Tanpa Santan 

Roti jala sekarang dah jadi roti jala hipster. Pandai orang cari nafas baru nak buat roti jala ni. Yang terbaru roti jala jelita kan. 

Sis masih old school, sebab bukan senang juga nak menjala roti jala jelita tu. 

Untuk resepi roti jala ni, kalau korang nak tambah lagi boleh doublekan resepi ni. Yang ini guna untuk 2 cawan tepung. 

Sis tak gulung, lipat segi tiga terus. Nak gulung pun boleh. 

roti jala dan kari ayam

Bahan - Bahan
2 cawan tepung gandum
2 cawan air
1 biji telur
1 sudu kecil garam halus
Beberapa titik pewarna kuning atau boleh guna serbuk kunyit

Cara - Cara 
1. Masukkan semua bahan ke dalam blender dan blend hingga semua sabati.
2. Perapkan selama 1/2 jam. 
3. Panaskan kuali dengan api sederhana.
4. Sediakan kuali leper non-stick dan masukkan kedalam acuan roti jala.
5. Tebar/kirai adunan atas kuali.
6. Biarkan hingga roti jala masak.
7. Angkat dan gulung/lipat ikut citarasa masing - masing. 

Sumber : http://www.secubitgaramnor67.com/2011/01/roti-jala-dgn-kari-ayam.html#axzz7H3g3iJtH

Tips Roti Jala Cantik Dan Mudah Untuk 'Menjala". 

Untuk kali pertama yang nak menjala ni bukan senang juga, sebab ada tips nya nak tengok roti jala yang dah siap cantik. Yang penting masa nak menjala tu biar memudahkan dan bukan menyusahkan. 

Sis pun pernah alami pengalaman yang sama kenapa lah susah sangat nak menjala ni. Ok, sebenarnya ada tipsnya ya. 

Bagi yang dah biasa buat roti jala ni, rasanya tak ikut sukatan pun. Ikut sedap rasa. Ikut sedap rasa pun kena pastikan adunan tepung tu menjadi terutamanya cara bancuhan. 

Yang baru nak berjinak untuk menjala ni, sis kongsi tips mudah. Bancuhan roti jala mestilah cukup likat. Cair sangat pun tak boleh juga. 

Caranya, kena lihat lubang pusaran sama ada waktu kisar atau blend bancuhan. 

Lubang Pusaran Kena Sebesar Jari Kelingking

Sekiranya lubang pusaran itu besar, kena tambah tepung sedikit hingga lubang pusaran sebesar jari kelingking. 

Jika nampak lubang pusaran dah jadi sebesar jari kelingking, itu tandanya adunan tepung dah sempurna dan likat. 

Andai kata lubang pusaran dah jadi kecil dari jari kelingking, kena tambah air sikit. Adunan tepung dah sedia untuk dijalakan. 

Nampak macam susah, tapi kita praktis dulu ya. 


Baca Juga : 

5 Comments

  1. Selamat pagi Wani,dengkinya Rahel tengok roti jala n kuah kari tu,mcm nak menjala lagi ni..sodap.

    ReplyDelete
  2. rajinnya kak wani menjala ye...nani dah lama nak try buat kuzi..kalau tanya mak kang, mesti dia cakap, ala campak2 aje...nak tengok la blog kak wani kot2 ada resepi kuzi...

    ReplyDelete
  3. Salam Kak..wahhhh kari ayam tu nampak sedap betul...cantek je kalernya

    ReplyDelete
  4. rahel: haha x boleh nak mendengki2 ya ... kena lah buat sekali lagi nak makan ek... ;p

    nani: sekali-sekala nak menjala ni nani.. bila dah semangat datang ni baik jala terus ;p .. hihi kuzi mana blh campak2 .. kat blog kak wani ni tak letak lagi pasal resepi kuzi.. nanti kena buat dulu la ..huhu

    sue: terima kashi sue ya .. biasa2 aje karinya ni :))

    ReplyDelete
  5. baru buat baru2 ni anak request. buat sndiri sennag, makan puashati. terima kasih utk resepi ni, nnti leh cuba ikut resepi kat sini pula inshaAllah Taala

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post