Terima Kasih Dr Azizan ! Datuk K Bangga Dengan Pencapaian Kejayaan Asyraf Khalid

Terima Kasih Dr Azizan ! Datuk K Bangga Dengan Pencapaian Kejayaan Asyraf Khalid | Salam semua, sebut saja nama Datuk K, semua orang dah tahu beliau adalah seorang ahli perniagaan terkenal dan juga suami kepada penyanyi tersohor tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza. Manakala anak Datuk K, Asyraf Khalid juga mempunyai empayar bisnes sendiri iaitu Jus Mutyara yang diusahakan bersama isteri Tya Ariffin sejak tahun 2018.

anak didik Dr Azizan Osman

Ibarat kata pepatah ke mana tumpah kuah kalau tidak ke nasi. Macam tu lah kan. Tapi buat Asyraf Khalid, apa yang beliau capai untuk kejayaan hari ini bukan lah sesuatu yang mudah. Banyak cabaran yang mesti ditempuhi. 

Kalau dulu, ramai netizen menganggap Asyraf Khalid menceburi bidang perniagaan menggunakan pengaruh dari ayahnya. Tapi Asyraf ketepikan apa mulut orang cakap. 

Yang penting, beliau dah buktikan yang beliau pun boleh berjaya seperti usahawan jutawan yang lain. 

Datuk K Dedah Perubahan Asyraf Disebabkan Azizan Osman

Sejak Asyraf Khalid menjadi anak didik Dr Azizan Osman, beliau akui banyak perubahan yang berlaku dalam diri beliau. 

Sehinggakan bapa beliau sendiri, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa perasan tentang perubahan anaknya itu. 

Dalam satu hantaran video dikongsikan Asyraf , Datuk K merakamkan penghargaan kepada Dr Azizan yang dapat mengubah dan membimbing anaknya bukan saja dalam bisnes malah kehidupan dalam tempoh 3 tahun saja. 

anak didik Dr Azizan Osman

Ucapan tersebut dibuat ketika makan malam dan sempena sambutan hari lahir bapanya di rumah ibu bapanya Isnin lalu. Di bawah ini adalah video yang dikongsikan Asyraf. 




Menurut Asyraf, membanggakan ayahnya Datuk K adalah 'big why" beliau selama ini. 

"Alhamdulillah, semuanya berubah bila bertemu dengan Mentor saya yang betul-betul ubah bisnes Mutyara, malah hidup dan memberikan saya banyak perspektif lebih baik," katanya dalam hantaran itu yang telah ditonton hampir 15,000 orang dalam tempoh beberapa jam saja.

 

Keluarkan Potensi Dalam Diri Untuk Terus Berjaya 

anak didik Dr Azizan Osman

Kalau nak tahu dulu Asyraf merupakan budak nakal dan selalu mengecewakan bapanya serta merasakan diri ini sangat tak berjaya.

Tapi siapa sangka yang Asyraf sekarang adalah bukan Asyraf yang dulu. Tambah Asyraf, beliau faham perjalanannya masih jauh namun beliau sangat bersyukur dengan luahan bapanya buat pertama kali di hadapan mentor sendiri.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada bapa yang membesarkan saya sebegini, sentiasa beri bimbingan, tak berikan saya kesenangan dan sentiasa percaya meskipun banyak kegagalan dalam hidup.
"Saya ambil kegagalan itu sebagai pengajaran dan terima kasih kepada Mentor yang dapat mengeluarkan potensi yang ada dalam diri ini," jelasnya.

Dengan usia yang masih muda, impian Asyraf dan isteri untuk mempunyai wisma sendiri akhirnya tercapai. 


Dr Azizan Osman Ubah Sikap Usahawan  

Bukti Dr Azizan berjaya mengubah sikap usahawan yang lain seperti apa yang kita tengok perubahan dari Asyraf sendiri.

Asyraf melihat Azizan sebagai mentor yang terbaik buat dirinya yang bukan hanya membimbing mengenai bisnes semata-mata malah secara holistik termasuk kepimpinan dan perhubungan sesama manusia dan bersama Maha Esa.

anak didik Dr Azizan Osman


Malah nilai-nilai baik ada dalam lingkungan anak didik Azizan dan RichWorks membuatkan beliau menjadi lebih baik lagi.
"Mereka meskipun sudah mencapai kejayaan pada satu tahap yang baik dengan jualan jutaan ringgit masih rendah diri, tidak lokek berkongsi ilmu dan perkara betul dilakukan," ujarnya.

Kelas Bimbingan Usahawan Bersama Richworks 

Datuk K sendiri pun berasa kagum dengan kebolehan Dr Azizan yang boleh mendidik anak didik nya untuk menjadi usahawan jutawan yang berjaya. 

Tak ramai yang mampu buat. Menurut Datuk K, beliau sendiri pun tak mampu nak buat seperti mana yang Dr Azizan lakukan. 

Dr Azizan sendiri pun sudah banyak mengadakan kelas bimbingan untuk anak didik beliau.  Antaranya adalah Titan Richworks

“Bayangkan jutawan yang Azizan bimbing ini, boleh mengingati Tuhan, beribadah, bersedekah daripada hasil kejayaan mereka, saya percaya sebahagian pahala akan dapat kepada beliau kembali kerana hasil bimbingan, didikan dan tunjuk ajarnya.
“Azizan memimpin tangan mereka semua, tunjuk mereka mana longkang, mana tempat nak kena langkah, mana tempat nak kena lompat, awak semua (rakan usahawan jutawan) sangat beruntung. Saya tak dapat ini semua ketika seusia anda dan masa memulakan perniagaan,” jelasnya.

 

Pesanan Datuk K Kepada Usahawan  

Datuk K turut mengingatkan bangsa usahawan yang berjaya tidak melupakan individu yang masih merangkak dan berusaha keras untuk mencapai kejayaan.

“Jangan lupa masyarakat lain, di luar sana ada juga orang yang tak berjaya seperti kita, jangan terlalu berbangga dan ego, tapi 'be humble, more humble and more humble', ajar mereka untuk capai kejayaan,” ujarnya.
Betul apa yang diperkatakan oleh Datuk K, tak semua mampu jadi usahawan, tapi itu bukan bermaksud yang kita terlalu bangga dengan apa yang kita ada. 

Kesimpulan 

Bukan mudah nak bina empayar bisnes. Nak bertatih dari bawah hinggalah dah berjaya. Nak fikir pula macam mana nak kekalkan momentum bisnes supaya tidak jatuh. 

Sebab itu semua memerlukan tindakan usahawan itu sendiri bagi mengekalkan bisnes untuk maju terus ke depan. 

Apa yang sis perhatikan bisnes yang diusahakan oleh Asyraf dan isteri Tya Ariffin ini, dalam masa yang sama, mereka juga ingin membantu lebih ramai orang untuk sama - sama menjana pendapatan dengan perniagaan jamu mereka. 

Lagi satu, sis dapat lihat di sini, bila memulakan bisnes ini, sokongan dari ibu bapa perlu supaya apa jua bisnes yang kita lakukan berjalan dengan lancar.


2 Comments

  1. tahniah asyraf. ternyata dengan bimbingan dan persekitaran yg betul sesiapa pun boleh berjaya

    ReplyDelete
  2. Bina bisnes untuk bantu orang lain juga. Tahniah untuk Asyraf Khalid dan isteri. Semoga bisnes bertambah maju

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post