15 Resepi Mee Sedap, Simple Dan Mudah Untuk Disediakan

15 Resepi Mee Sedap, Simple Dan Mudah Untuk Disediakan | Salam semua, mee boleh dipelbagaikan dengan banyak cara untuk dijadikan satu - satu masakan. 

Ada yang bergoreng dan ada juga yang berkuah. Peminat mee macam sis samaada bergoreng atau berkuah memang suka sangat. 

Kali ini nak kongsi dengan korang 15 resepi mee yang sedap. Kalau ikutkan sis banyak lagi tak cuba masakan menu mee yang lain. 

Mee goreng ke atau mee yang berkuah yang pasti sedap. Mee pulak ada mee goreng basah atau mee goreng kering. 

Nak buat pun tak kira masa dah ada yang makan mee time lunch ataupun untuk makan malam. 

Jom kita tengok resepi ya. 

15 Resepi Mee Sedap, Simple Dan Mudah Untuk Disediakan 

1. Resepi Mee Goreng 

resepi mee

Bahan - Bahan
1 bungkus Mee kuning
1 mangkuk kecil cili kisar (1/2 cwn)
2 biji telur
Cili sos cap mudim
Sos karamel
Kicap manis enaq
Sos tiram
Bawang putih dan merah
Cili padi diketuk
Sedikit garam
Tauhu goreng
Ayam,udang atau apa jenis seafood
Tomato, sayur kubis, taugeh, sayur sawi

Cara - Cara 
1. Mee kuning celur dulu dgn air panas. 
2. Panaskan minyak, tumis bawang merah, putih yang ditumbuk. Masak sehingga kekuningan.
3. Seterusnya masukkan cili kisar. Tumis sampai pecah minyak baru masukkan ayam,udang, 
4. Kemudian, tuang kicap, sos cili, sos tiram, sos karamel. 
5. Kacau sekejap, tambah air sikit, masukkan sedikit garam, masukkan mee kuning, masukkan semua jenis sayur yang ada.
6. Pecah kan telur 2 biji. Gaul semuanya sampai masak, nak tambah kicap pun boleh.
7. Siap untuk dihidangkan

2. Resepi Mee Goreng Mamak

resepi mee

Bahan - Bahan
600 g Mi kuning
1 Bawang besar
5 Ulas bawang putih dikupas dan dihancurkan
1 Tomato dihiris
3 biji telur saiz besar
2 cili hijau dihiris
2 tauhu dipotong kecil
10 fish ball dipotong separuh
Sawi
3 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap pekat
3 sudu besar bawang goreng
2 sudu besar kacang tanah gorend dan dikisar kasar
2 cawan air (cawan pengukuran)
Garam secukup rasa

Bahan-Bahan Untuk Dikisar
8 Ulas bawang putih
1 bawang saiz kecil
15g ikan bilis
5g udang kering
5 cili kering (sesuaikan mengikut keinginan anda)

Cara - Cara
1. Dalam kuali masukkan minyak. Sebaik sahaja minyak panas tambah bawang putih yang dihancurkan dan goreng sehingga wangi.
2. Kemudian masukkan bawang yang dihiris dan goreng sehingga keperangan.
3. Masukkan tauhu dan bebola ikan. Anda boleh menambah apa-apa bahan-bahan lain seperti udang, sotong, etc mengikut citarasa sendiri. Goreng bahan-bahan hingga warna keemasan.
4. Masukkan bahan-bahan yang dikisar dan tomato. Kacau hingga sebati.
5. Masak sampai pecah minyak.
6. Sebaik sahaja pecah minyak, tuang 2 cawan air dan biarkan ia mendidih
7. Sebaik sahaja ia mula mendidih tambah telur. Biarkan sebentar dan kacau perlahan-lahan.
8. Kemudian tambah mi, sos tiram, kicap pekat dan garam secukup rasa. Garam biar kurang sikit dari biasa sebab ada udang kering dan ikan bilis dalam bahan-bahan yang dikisar tadi.
9. Kacau hingga sebati dan biarkan hingga mi masak
10. Sebaik sahaja mi telah masak dan air sudah berkurangan, masukkan bawang goreng, cili hijau dan kacang tanah yang telah dikisar. Kacau hingga sebati.
11. Mee Goreng Mamak sedia untuk dihidangkan

Kredit : Shamlah JD

 

3. Resepi Sizzling Yee Mee

resepi mee

Bahan - Bahan
2 gulung yee mee
Daging ayam (dipotong kecil-kecil)
4 biji cendawan kering (direndam hingga kembang)
5 tangkai cili kering (dipotong-potong 1 inci)
3 inci halia (diketuk)
5 ulas bawang putih (dicincang)
5 batang Sawi(dipotong dan dicelur)
4 sudu besar Kicap pekat 
4 sudu besar Sos tiram 
3 cawan air - kalau nak kuah banyak letak lebih
2 biji Telur
1 sudu besar tepung jagung
Serbuk Lada Hitam
Minyak secukupnya untuk menumis
Garam secukup rasa

Cara - Cara
1. Panaskan minyak masukkan cili kering, halia dan bawang putih biarkan sehingga naik baunya.
2. Masukkan ayam biarkan beberapa minit dan masukkan lada hitam biarkan sebati.
3. Masukkan kicap pekat, sos tiram biarkan sebati selepas itu masukkan cendawan.
4. Masukkan air dan tepung jagung yang telah dibancuh dengan sedikit air, garam secukup rasa dan biarkan mendidih,kemudian tutup api.
5. Panaskan hot plate,masukkan yee mee, masukkan dahulu sedikit kuah tadi.
6. Akhir sekali pecahkan telur ke dalam masakan tadi biarkan sehingga masak.
7. Siramkan lebihan kuah, ke atas mee dan sawi yang telah dicelur.

4. Resepi Mee Sanggul Goreng Basah

resepi mee
Bahan - Bahan 
3 bungkus mee sanggul ( rendam dalam air biasa sampai lembut )
Udang
5 biji Telur
4 senduk Cili kisar
2 senduk Sos cili
1 senduk Sos tomato
1 senduk Sos tiram
Setengah senduk Kicap pekat
1 ikat Sayur sawi ( potong )
Garam

Bahan - Bahan Kisar 
4 biji Bawang besar
2 ulas Bawang putih

Cara - Cara 
1. Panaskan minyak dan tumis cili kisar dan bahan - bahan kisar sehingga masak dan pecah minyak.
2. Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram dan kicap.
3. Boleh tambah air kalau pekat sangat. Masukkan garam. Masak sehingga mendidih.
4. Kemudian masukkan telur dan kacau bagi hancur.
5. Telur dah masak, masukkan udang. Bila udang dah masak masukkan mee sanggul. Gaul bagi rata.
4. Last sekali masukkan sayur sawi. Siap.
5. Makan perah dengan limau lagi best.

5. Resepi Mee Hokkien Goreng 

resepi mee

Bahan - Bahan 
1-2 peket mi kering- direbus dan ditoskan terlebih dahulu
1/2 cawan hirisan daging ayam
6-7 ekor udang- dibuang kulit
2 cawan daun sawi- di potong
1-2 sudu besar cili boh
2 ulas bawang putih dicincang
1 ulas bawang merah dihiris nipis
3 sudu besar sos tiram
1 sudu gula
2 sudu sos ikan
1 sudu besar kicap cair
2 sudu besar kicap manis
Serbuk lada hitam dan lada sulah
1/2 cawan air
Minyak

Cara - Cara 
1. Panaskan minyak dan masukkan bawang putih dan bawang merah. Tumis sehingga naik bau. 
2. Kemudian masukkan cili boh dan masak sehingga garing. 
3. Selepas itu masukkan sos tiram, kicap manis, kicap cair, sos ikan dan gula. 
4. Masak seketika lebih kurang 1-2 minit. Masukkan air.
5. Kemudian masukkan daging ayam dan udang. Biarkan seketika lebih kurang 1-2 minit. 
6. Selepas itu, masukkan mi dan sayur sawi,gaul sebati. 
7. Perasakan secukupnya dengan lada hitam dan lada sulah.

*anda boleh masukkan sayuran dan daging/makanan laut pilihan anda

6. Resepi Mee Hailam 

resepi mee

Bahan - Bahan
300gm udang sederhana besar
300gm daging ayam
3 ekor sotong saiz besar
1 peket fish ball
1 peket mee
3-4 cawan air
1-2 sudu besar cili kisar
3-4 sudu besar kicap manis
1 sudu besar kicap cair
2 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil minyak bijan
1 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos nampla
2 biji telur
Sedikit sayur sawi
Sedikit bunga kobis
1 batang carrot
2 biji tomato masak ranum
Sedikit tepung jagung dan air - dibancuh
Garam secukup rasa
Daun sup dan cili merah secukupnya
Cili kering direbus sampai lembut dan kemudian dikisar bersama bawang merah dan bawang putih secukupnya .

Cara - Cara 
1. Bersihkan udang dan sotong kemudian tos dan ketepikan kemudian potong isi ayam menjadi ketulan kecil . 
2. Potong fish ball kemudian bersihkan semua sayur dan potong ketepikan semua bahan-bahan ini.
3. Panaskan sedikit minyak dan tumis cili kisar sampai pecah minyak dan cili masak.
4. Kemudian masukkan ketulan isi ayam tadi dan kacau sehingga isi ayam masak dan boleh  dimasukkan air. 
5. Masukkan carrot dan bunga kobis tadi biar sampai kuah hampir mendidih. 
6. Masukkan semua sos cili, sos tiram , minyak bijan , kicap manis n cair , sos nampla dan kacau semua.
7. Masukkan semua udang serta sotong.
8. Kacau semua bahan kemudian rasa sama ada cukup semua perisa kalau tak cukup tambah ikut selera masing-masing .
9. Masukkan telur sebiji demi sebiji biar sekejap sampai telur masak dan masukkan sayur sawi , buah tomato dan kacau. 
10. Masukkan bancuhan tepung jagung dengan sedikit air untuk bagi kuah pekat. 
11. Kacau semua bahan dan kalau kurang masin baru la ditambah garam .
12. Akhir sekali masukkan mee dan kacau semua bahan dan biar kuah mendidih dan boleh ditutup api dapur .
13. Bila nak hidang boleh ditabur daun sup, cili merah dan juga bawang goreng. 

7. Resepi Mee Soto 

resepi mee

Bahan - Bahan
500gm mee kuning (bee hoon pun boleh) - dicelur
100 gm/50 sen taugeh -dibersihkan (kalau ada masa lerr!) dan dicelur
1 ekor ayam (kira-kira 1.5 kg)- dibelah dua atau empat
3-4 liter air
3 sudu makan ketumbar }
3 sudu makan jintan kasar }
2 sudu makan jintan halus } disangai & dikisar halus
1 sudu teh serbuk lada putih
1 batang kayu manis
4 biji buah pelaga
4 biji bunga cengkih
Garam secukup rasa
200 ml minyak untuk menumis
1 biji bawang besar hiris
1 kuib ayam dan 1 sup punjut adabi

Bahan Kisar
3 biji bawang besar
8 ulas bawang putih
5 cm halia

Bahan Sampingan
Secukup daun sup & daun bawang
Bawang goreng
Begedil
Sambal kicap cili padi
Isi ayam (disiat-siat)

Sambal Kicap Cili Padi

Bahan - Bahan 
25 biji cili padi merah/cili api
4 ulas bawang putih
125 ml (dalam 1/2 cawan) kicap lemak manis
Jus dari perahan 2 biji limau kasturi

Cara - Cara 
1. Goreng cili padi dan bawang putih bersama sedikit minyak ..lepas tu meletup tau..cepat-cepat tutup dengan penutup periuk dan padam api.
2. Toskan dan kisar/tumbuk dan perahkan jus limau)

Cara Membuat Kuah Soto
1. Panaskan minyak di dalam periuk.
2. Tumis bawang besar tadi hingga kuning sedikit. Masukkan rempah tumis (kayu manis, cengkih & pelaga) yang telah dititik.
3. Kemudian, masukkan rempah yang telah dikisar. Kacau hingga garing dan naik baunya.
4. Masukkan serbuk ketumbar, jintan halus, jintan kasar dan lada putih. Kacau hingga rata.
5. Masukkan ayam, air, kiub ayam, rempah sop punjot dan garam. 
6. Kacau sekali-sekala dan biarkan hingga mendidih. 
7. Kemudian, keluarkan ayam yang telah empuk dari periuk.

Cara Menghidangkan Mee Soto
1. Ambil mee/bee hoon lalu bubuhkan dalam mangkuk. Bubuhkan juga taugeh celur.
2. Tuangkan kuah soto dan taruklah isi ayam yg telah disiat ke atas mee tadi.
3. Taburkan daun sup/bawang dan bawang goreng.
4. Bubuh sebiji bagedil dan sedikit sambal cili padi.

Begedil 

Bahan - Bahan
1 kilo kentang (dikupas kulitnya,dipotong bulat)
250 gram daging cincang (goreng dgn sedikit garam hingga kering)
2 biji putih telur (utk mencelup bagedil, bubuh siket garam)
1/2 cawan bawang goreng
secukup daun sup/daun bawang (dihiris)
2 sudu teh serbuk lada putih
garam secukup rasa
secukup minyak utk menggoreng bagedil

Cara - Cara 
1. Panaskan minyak dalam kuali. 
2. Goreng kentang yang telah dipotong bulat dan angkat setelah kentang masak. Toskan. Kemudian tumbuk sehingga lumat.
3. Masukkan daging cincang, serbuk lada putih, daun sup/bawang, bawang goreng, dan garam.
4. Gaul hingga rata dan sebati.
5. Bentukkan bulat-bulat dan celupkan dgn putih telur sebelum digoreng dalam minyak panas.

8. Resepi Mee Goreng Basah Berkuah

resepi mee

Bahan - Bahan
1 kg mee kuning
1 sudu besar bawang putih kisar
4 sudu besar bawang merah kisar
8 sudu besar lada kering kisar 
2 biji tomato belah 6
Taugeh
Sawi atau kucai
2 biji telur 
Fish cake
Fish ball
Garam
Gula
Serbuk perasa
Kicap manis 
Air atau stok air daging atau udang jika ada
Minyak untuk menumis

Cara - Cara
1. Panaskan minyak. Tumis semua bahan kisar hingga garing. 
2. Masukkan fish cake dan fish ball.
3. Tambah dengan air ikut banyak mana kuah yang kita nak. Jangan terlalu banyak pulak.
4. Masukkan garam, gula, serbuk perasa dan kicap manis. Biar sekitika hingga kuah mendidih.
5. Masukkan terlur, biar mengeras sedikit dan kacau rata.
6. Masukkan sawi, mee dan gaul rata.
7. Masukkan taugeh dan tomato, padamkan api. Gaul rata.
8. Angkat dan hidangkan dengan taburan daun sup, daun bawang dan bawang goreng.

9. Resepi Mee Kuah Daging 

resepi mee

Bahan - Bahan
2 peket mee kuning - secukupnya
1 kilo daging
2.5 liter air rebusan daging
Sos tomato secukupnya
Sos cili secukupnya
1 cawan kuah kacang
1 biji kiub stok ikan bilis
4 biji telur - untuk pekatkan kuah
3 sudu besar cili kisar - boleh tambah
Garam dan gula secukup rasa

Bahan - Bahan Tambahan 
8 biji telur rebus dipotong 2
Hirisan cili merah secukupnya
Hirisan daun bawang secukupnya
Sayur taugeh dan sawi dicelur secukupnya
Bawang goreng secukupnya

Bahan Dikisar Halus 
5 biji bawang merah
3 biji bawang putih
1 inci halia

Cara - Cara
1. Rebus daging lembu sampai empuk kemudian daging dipotong kecil dan simpan semua air rebusan tadi.
2. Panaskan minyak secukupnya dan tumis semua bahan yang dikisar dan cili kisar sampai timbul bau wangi dan pecah minyak. 
3. Masukkan air rebusan daging serta kacau kuah dan masukkan kiub stok ikan bilis, kuah kacang secukupnya, sos tomato dan sos cili secukupnya . Jika suka masam boleh ditambah lagi sos tomato .
4. Kacau semua bahan-bahan dan boleh dimasuk semula daging ke dalam kuah serta biarkan kuah masak sampai mendidih. 
5. Masukkan garam dan gula secukup rasa kemudian pecahkan 4 biji telur ke dalam mangkuk serta kacau telur sedikit dan masukkan ke dalam kuah tadi.
6. Kacau perlahan-lahan kuah sampai telur masak. Tujuan telur dimasuk ke dalam kuah adalah untuk pekatkan kuah .
7.  Celur mee, taugeh dan sawi kemudian tos serta ketepikan dulu, rebus semua telur .
8. Cara menghidang mee,  mula-mula masukkan sayur taugeh/sawi dahulu dalam mangkuk kemudian mee dan tuangkan kuah bersama isi daging, telur rebus, bawang goreng, cili merah dan daun sup.

10. Resepi Mee Kolok Basah

resepi mee

Bahan - Bahan
300 g mi kolok (kalau tak ada, boleh guna mana-mana je non-fried noodles atau instant mee)
1 sudu besar perencah sup
200 mg daging lembu
Air secukupnyaSsedikit garam
7 ulas bawang putih dicincan
8 - 10 biji cili api
1 sudu kecil serbuk lada hitam
Minyak masak secukupnya
5 sudu besar kicap manis
1 sudu besar kicap pekat
3 biji limau kasturi (ambil jusnya)
Daun bawang dan daun sup (dihiris)
1 sudu kecil sos ikan / sos soya
1 sudu makan cuka

Cara - Cara

Untuk Sup  
1. Rebus daging bersama perencah sup, garam dan air secukupnya. Rebus sampai empuk. 
2. Setelah masak, toskan daging dan hiriskan nipis-nipis. 
3. Ketepikan kuah/supnya (boleh dipanaskan semula dan tambahkan sedikit air jika berkurangan).

Untuk Mee
1. Rebuskan mee bersama sedikit garam sehingga lembut. Keluarkan dan toskan. 
2. Panaskan sedikit minyak masak di dalam kuali. Goreng bawang putih sehingga garing. Keluarkan. 3. Masukkan pula mi yang telah ditoskan ke dalam kuali dan goreng sebentar menggunakan minyak bekas bawang tadi. 
3. Perasakan dengan cuka, sos ikan / sos soya dan sedikit garam. Keluarkan dan ketepikan.
4. Di dalam kuali yang sama, panaskan sedikit minyak dan goreng daging yang telah dihiris tadi. 5. Masukkan kicap pekat, kicap manis, serbuk lada hitam dan garam. Kacau rata-rata. Keluarkan.

Untuk Sambal 
1. Tumbuk/kisar cili api dengan 1 ulas bawang putih hingga lumat. 
2. Kemudian gaulkan bersama kicap manis dan perahan jus limau kasturi. 

Cara Menghidang
1. Sediakan pinggan hidangan. Masukkan mi, tuangkan sambal kicap sedikit dan gaulkan. 
2. Kemudian taburkan daging, bawang putih yang telah digoreng garing dan hiaskan dengan daun bawang. 
3. Sediakan juga semangkuk sup yang ditabur dengan daun sup untuk kuahnya.

Nota 
Kalau nak memeriahkan lagi suasana mee ni, jika suka boleh juga dicampurkan dengan tauge, sawi, fishball, fishcake, crabstick, udang, isi ayam dan sebagainya. Tapi rebus atau celur dulu ya

11. Resepi Mee Rebus 

resepi mee

Bahan - Bahan
2 kilo mee kuning, dicelur
1/2 kilo daging, dihiris halus ataupun tetel
4 biji keledek, direbus dan dikisar
1 cawan tauchu, dicuci dan dikisar
3 ulas bawang putih, dikisar
3 biji bawang merah, dikisar
1 inci halia, dikisar
1/2 cawan udang kering, dikisar
3 batang serai, dititik
1 inci lengkuas, dititik
5 sudu makan rempah kari daging
Garam, gula dan serbuk perasa secukupnya
Minyak untuk menumis

Bahan Taburan Tepung Udang Kering
1/2 cawan udang kering, dikisar
80g tepung gandum
¼ sudu teh serbuk kunyit
Garam
Air secukupnya
Minyak untuk menggoreng

Bahan Hiasan
Tauhu yang digoreng, dipotong kecil
Daun sup, dimayang
Bawang goreng
Telur rebus, dibelah dua
Lada hijau, dipotong bulat
Taugeh, dicelur
Limau kasturi, dibelah dua

Cara Untuk Tepung Udang Kering:
1. Campurkan kesemua bahan-bahan dan gaul rata. 
2. Cara menggoreng ada teknik sikit. Bancuhan tepung direnjis pada minyak dan goreng adunan sehingga garing. 
3. Angkat dan toskan. 
4. Minyak kena banyak untuk menggoreng tepung ini.

Cara Penyediaan Untuk Kuah 
1. Panaskan minyak dalam periuk.
2. Masukkan serai dan lengkuas yang telah dititik.
3. Kemudian tumis bawang putih, bawang merah, halia dan udang kering yang telah dikisar hingga naik bau.
4. Masukkan rampah kari kacau rata,
5. Kemudian masukkan tauchu dan keledek yang telah dikisar bersama dengan daging. (selalu taucu dan keledek yang dikisar kita letakkan air untuk senang dikisar) jadi tak payah tambah air takut kuahnya tak pekat.
6. Masukkan garam, gula dan serbuk perasa.

Cara Untuk Menghidang
1. Hidangkan mee yang telah dicelur bersama taugeh. 
2. Tuangkan kuahnya dan kemudian hiaskan dengan tauhu goreng, daun sup, bawang goreng, telur rebus, lada hijau, limau kasturi dan tak lupa juga taburan tepung udang kering.

12. Resepi Mee Wantan Kicap Dengan Dumpling

resepi mee

Bahan Dumpling
Kulit dumpling segera (beli di pasaraya)
2 keping dada ayam - dicincang
Isi udang - dicincang
1 biji telor
1/2 biji bawang holand - diracik
1 sudu kecil lada sulah
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar minyak bawang putih
1 sudu kecil garam
Daun bawang - diracik halus

Cara - Cara 
1. Gaulkan semua bahan di atas sampai sebati.
2. Ambil kulit dumpling, letakkan isi yang digaul tadi di tengah-tengah kulit.
3. Letakkan sedikit air dikeliling kulit dan bunjutkan.
4. Kukus dalam 4 - 5 minit.
5. Jangan lupa sapukan minyak pada periuk kukusan untuk mengelakkan dumpling melekat semasa mengukus.

Bahan Sup Jernih 
3 - 4 cawan air
Tulang ayam (lebihan dari dada ayam tadi)
Bebola ikan
Dumpling yang telah dikukus
1/2 kiub ayam knorr
1 sudu teh lada sulah
1 cm halia dihiris nipis
2 sudu besar minyak bawang putih
Garam cukup rasa
Daun bawang

Cara - Cara

1. Masak semua bahan di atas sampai didih (kecuali bebola dan dumpling).
2. Akhir sekali baru masukkan bebola & dumpling. Biar mendidih sekejap.
3. Padamkan api.

Bahan Mee Kicap
1 paket mee wantan
4 sudu makan kicap pekat
2 sudu makan kicap cair/manis
2 sudu makan sos tiram
2 sudu teh lada sulah

Cara - Cara 
1. Celur mee wantan dengan air panas dan toskan.
2. Gaulkan dengan semua bahan-bahan diatas. Ketepikan.
3. Hidangkan mee tadi bersama dumpling goreng, cili jeruk, sayur kailan celur dan sup jernih.

13. Resepi Mee Champa Dengan Minyak Bawang Putih 

resepi mee

Bahan Kuah 
1 1/2 - 2 kg daging lembu beserta tulang untuk dbuat bone broth
3 liter air
4 biji bawang holand* potong 4
3 biji bawang besar * potong 4
2 inci lengkuas dipotong nipis* hiris nipis
Seekor sotong kering sebesar tapak tangan* kalau takde tak kick la kuah sup
Daun ketumbar seikat
Daub bawang
2 batang kulit kayu manis*
4 biji bunga cengkih*
1/2 cawan sos ikan
Gula
Garam
Perasa jika suka
Serbuk lada sulah atau serbuk lada hitam
3 kiub stok perisa daging

Cara - Cara
1. Merebus tulang dan daging lembu ni memakan masa agak lama untuk mendapatkan bone broth. 
2. Caranya didihkan air rebusan dulu masukkan daging dan tulang dalam 30minit hingga 1 jam kemudian buang air rebusan daging tadi beserta kotoran. 
3. Kemudian masukkan air dan tulang serta daging rebus kembali dalam selepas 30 minit mendidih lihat jika air rebusan ada buih - buih atau keruh buang lagi airnya. 
4. Masukkan air yang baru (3 liter) dan masukkan tulang serta daging dan rebus lagi.
5. Kali ini rebus sehingga daging empuk.
6. Keluarkan daging dan rebus tulang sehingga 5 atau 6 jam. Ada pressure cooker lagi senang. 
7. Sementara daging kita empuk, boleh bakar dahulu bawang holand, bawang merah besar, lengkuas, dan sotong kering, kayu manis dan cengkih. 
8. Dalam rebusan tulang tersebut masukkan bahan - bahan yang dibakar tadi.
9.Masukkan sos ikan, seikat daun ketumbar, serbuk lada hitam/lada sulah dan kiub stok perisa daging, garam dan perisa serta daun bawang. 
10. Rebuslah dengan api perlahan. Sebenarnya sup ni sangatlah sedap jika makan panas - panas. 

Nota 
Masa ceduk kuah tuang dalam mangkuk mee, tapis guna penapis supaya bawan dan segala rempah tak masuk dalam mangkuk mee. 

Bahan Untuk Sambal Lada 
4 biji lada merah (besar)*
20-30 biji cili api*
2 ulas bawang putih*
2 sudu besar cuka
Sedikit garam

Cara - Cara 
1. Rebus sehingga layu bahan2 bertanda * diatas kemudian toskan dan kisar sehingga hancur beserta dengan cuka dan garam. Siap

Minyak Bawang Putih 
3 labu bawang putih dibersihkan dipotong halus
1 cawan minyak jagung

Cara - Cara 
Panaskan minyak dan masukkan bawang putih goreng sehingga kekuningan dan tutup api

Bahan - Bahan Lain 
Kuey teow, mihun,mee champa
Daun ketumbar, daun sup, daun bawang
Limau nipis
Hirisan daging
Minyak bawang putih
Lobak asin yang dipotong halus
Sambal lada
Tauge
Kicap
Serbuk lada sulah/lada hitam
Gula (tambahan jika suka manis)
Sos ikan jika perlu

Nota 
Bila nak makan, boleh taruk kicap, perah asam limau, taruk sambal lada, minyak bawang putih, serbuk lada hitam/lada sulah, sos ikan jika suka dan gula jika yang suka manis. 

14. Resepi Mee Kari Simple 

resepi mee

Bahan - Bahan 
4 biji bawang merah dikisar
1 labu bawang putih dikisar
2 pek serbuk kari daging (yang kecil)
1 senduk cili giling
1 pek 3 sekawan
2 kiub pati ayam maggi
Fishcake
Fishball
Tauhu kering
Isi ayam atau tulang2 ayam
1 kotak santan 200ml
Gula dan garam secukupnya
Air
Ikan bilis segenggam dan kisar dengan sedikit air sampai hancur (rahsia penyedap mee kari)

Bahan Hiasan
Telur Rebus
Cili merah
Sawi
Taugeh
Limau kasturi

Cara - Cara
1. Tumis bahan kisar , 3 sekawan ,cili kisar dan serbuk kari. 
2. Tumis sampai pecah minyak dan naik bau dan masukan ikan bilis yang dah dikisar tadi.
3. Masukkan batang sawi yang dah dipotong. Batang sahaja ok. Daun jangan masukkan dalam kuah lagi
4. Masukkan ayam, fishball dan fishcake
5. Masukkan air dan santan secukupnya, kalau nak kuah pekat atau cair pandai - pandai sukat. 
6. Masukkan kiub pati ayam, garam dan gula secukupnya.
7. Akhir sekali masukan tauhu kering.
8. Tunggu sampai mendidih. Siap. 
9. Boleh dihidang bersama bahan untuk hiasan 

Nota 
Ikan bilis adalah rahsia mee kari yang sedap.
Kredit Resepi : are peace dan Anisza mohd Shukri

15. Resepi Mee Bandung 

resepi mee

Bahan - Bahan
20 tangkai cili kering
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1pack udang kering (rm1.50)
1/2 inci halia

*bahan di atas diblend halus

500gm daging rebus amik airnya
15-20ekor udang
1 biji carrot
1 biji tomato
2 pokok sawi pak choi
5 biji telur
1 kg mee kuning cuci dan celur
1cawan kacang tanah | goreng dan blend kering
4 sudu besar tepung jagung dibancuh air untuk pekatkan kuah
Daun sup
Bawang goreng
Garam
Gula
Perisa@1kiub ayam
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili

Cara - Cara
1. Tumis bahan kisar sehingga garing, masuk sos cili, sos tiram, letak air daging dan tambah air ikutlah banyak mana nak kuah.
2. Bila dah mendidih, masukkan kiub ayam, garam, gula, daging, udang, carrot .
3. Bila mendidih lagi sekali, masukkan sawi, tomato, pecahkan telur sebiji demi sebiji, jangan kacau nanti telur hancur.
4. Masukkan kacang tanah dan air tepung jagung. Siap. 
5. Masukkan mee dalam mangkuk, curah kuah, tabur daun sup dan bawang goreng.

Kredit: @Marina Sweet Bakery

Kredit resepi mee  dari facebook page Resepi Enak. Terima kasih sudi berkongsi resepi. 

Baca Juga : 


1 Comments

  1. paling favorite lah masak mi sizzling dengan mee goreng mamak

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post