Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2022
McDonald's Malaysia Memberi Penghormatan Kepada Guru Luar Biasa
“McDonald’s memperkenalkan anugerah tahunan ini sebagai salah satu inisiatif dan komitmennya dalam menyumbang kepada masyarakat di sekitar lokasi operasinya dengan mengiktiraf guru ”luar biasa” yang memainkan peranan penting dalam membentuk masa depan negara melalui pendidikan.
Tambah beliau lagi setiap guru adalah unik dan dapat memberi inspirasi secara tersendiri.
Kami telah melihat peningkatan jumlah pencalonan sebanyak lebih 1,200 berbanding tahun lalu. Kisah luar biasa yang diterima adalah tanda komitmen tidak berbelah bahagi para guru dalam melaksanakan tanggungjawab mereka melebihi tugas-tugas hakiki demi mendidik murid-murid secara menyeluruh,”
“Semua murid mampu berkembang sebagai individu yang seimbang dan memenuhi potensi diri mereka dengan didikan dan asuhan guru. Dua tahun kebelakangan ini kita menghadapi situasi sukar, dengan sekatan pandemik yang memberi kesan kepada pengalaman pembelajaran normal murid."
Beliau juga sangat kagum dengan semangat guru melalui pembacaan kisah - kisah yang telah dihantar untuk pencalonan sejak bermulanya pandemik.
Ini menunjukkan betapa kukuhnya semangat kemanusiaan dan para guru yang menjadi pemacu utama sistem pendidikan negara.
Semasa memasuki fasa peralihan endemik ini, janganlah kita lupa semangat serba boleh yang terpahat dalam diri kita semua, penyesuaian yang dilakukan dan daya tahan yang ditunjukkan para guru dalam menjalankan tanggungjawab mereka, terutamanya ketika melalui masa-masa yang tidak menentu. Inilah yang perlu dibanggakan,”Katanya.
Penerima Anugerah Guru Inspirasi McDonald's 2022
Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin telah menyampaikan anugerah ini kepada 25 penerima Anugerah Guru Inspirasi McDonald's 2022.
Setiap pemenang menerima wang tunai RM5,000 dan sebuah trofi.
Sejak penganjuran pertama kali diadakan pada tahun 2017, Anugerah Guru Inspirasi McDonald's telah disampaikan kepada 131 guru yang telah menggalas tanggungjawab yang melebihi tugas hakiki.
Semuanya adalah untuk mendidik, memberi motivasi dan memberi inspirasi kepada generasi masa hadapan negara.
Para guru yang menerima anugerah ini telah dipilih oleh panel juri yang terdiri daripada wakil McDonald's, pegawai KPM dan juga pihak media.
Pencalon untuk pemenang anugerah ini juga turut menerima baucar hadiah McDonald’s bernilai RM200 sebagai tanda penghargaan.
Post a Comment