Pengalaman Kena Scam Beli Wayar Ganti Mentol Lampu Di Shopee

Pengalaman Kena Scam Beli Wayar Ganti Mentol Lampu Di Shopee | Salam semua, lama tak kongsi cerita personal story kat blog. Kali ini, sis nak kongsi pengalaman kena scam dengan scammer di Shopee. Sebelum ni dengar kes scammer Shopee ni cerita orang. 

Sekarang terkena dengan family sendiri. Oh ya sebelum terlupa, kisah kena scam ni bukan barang milik sis sebenarnya. Barang milik abah. 

Zaman sekarang ni nak beli barang semua dah atas talian. Tidak dinafikan memang mudah kan kerja kita sebab tak perlu pergi kedai fizikal. Tunggu barang kat rumah dah sampai depan pintu.

Abah sis jenis rajin jugak shopping online di Shopee. Sis selalu bagi tahu apa yang perlu alert bila beli barang online di shopee ni.
 
Berulang - ulang jugak sis bagi peringatan. Dah dia pandai nak beli barang sendiri kan. 

Barang Dari Indonesia 

Tapi, dah nasib nak terkena kan nak buat macam mana. Jadi, ceritanya bermula bila kurier hantar barang, dia tanya abah sis beli barang apa dalam sampul kecik sangat ni. 

Barang tu scammer letak dalam kotak yang dah diubah jadi macam sampul. 

Tengok gambar kat bawah ni. Macam tekan pun tak ada benda. 

Cara nak tahu scammer shopee

Barang yang dibeli penghantaran dari Indonesia. Gigih scammer hantar dari negara seberang. Nasib baik harga tak mahal mana. Dalam belas - belas ringgit jer. 

Abah sis beli wayar yang baiki untuk mentol - mentol lampu. Abah sis ni hobi dia suka baiki alat - alat elektrik. 

Sebelum ni dia pernah beli tapi kedai lain. Ok jer sampai. Entah kenapa nak terbeli kedai halimunan ni. Katanya tak ada kat kedai lain sebab wayar tu ikut watt. 

Nilai Harga Tak Senilai Barang Yang Dihantar 

Sepatutnya wayar dia bergulung - gulung jugak. Bila sampai terkejut jugak la tengok, boleh dia potong bagi tak sampai pun 2cm. Adoi nak gelak, geram, sedih, marah semua ada.

Gigih pulak tu hantar dari jauh. Taktik scammer Shopee ni macam - macam. Yang ni dia hantar dalam parcel. Tapi dia silap pilih orang nak buat macam ni

Sis pergi terjah tengok kedai online dia, patutlah follower sorang pun tak ada. Barang pun entah apa - apa. Sorang pun tak ada beli.  

Tu nama kedai seller tu ya. 

Cara nak tahu scammer shopee

Adoi kenapa lah abah sis ni terus pergi beli. Dah nak terkena kan. Nak buat macam mana. 

Padahal dah banyak kali pesan kalau nak beli tengok kedai seller tu dulu. Barang tu dah ada orang review ke belum. Itu yang penting. Lagi elok kalau kedai tu preferred seller. 

Apa Tindakan Yang Dibuat ? 

Sekiranya terkena macam ni, apa tindakan yang perlu dibuat. Cara report scammer shopee macam ni pun sama kita kena return atau refund barang.

Yang ni ada sis kongsikan di Cara Return Barang Shopee Guna J&T Secara Percuma.  

Mula - mula sis hantar mesej dekat scammer. Tahu sangat dia tak kan balas punya. Sis tulis main tipu ke. Memang tak balas sungguh. 

Team Shopee akan siasat dulu . Sis buat hari tu, petang tu team Shopee dah balas mesej. Ayat macam kat bawah ni dia bagi. 

Cara nak tahu scammer shopee

Bagi tahu pihak Shopee yang item yang dapat macam tak cukup tak padan dengan harga barang. 

Pihak Shopee sendiri pun faham, terus dah ada balik duit dalam Shopee Pay. Walaupun harga berbelas - belas tapi itu duit ya. Lagi pun kena ajar jugak scammer ni. 

Cuma yang kedai tu kan nanti Shopee terus tendang keluar kan. Sebab lepas beberapa hari duit masuk Shopee Pay. Sis perasan kedai tu macam boleh masuk lagi. 

Scam Melalui Parcel

Scam ni banyak jenis sebenarnya. Yang ni memang jenis scam melalui parcel. Nasib lah Shopee hold dulu duit kita kan. 

Atas tindakan kita pulak nak buat macam mana. Kalau barang tak ok, kena tipu ke, tak cukup ke boleh tekan untuk refund. 

Korang pun kena alert jugak cara nak tahu scammer shopee. Tengok lah kedai tu macam mana, preferred seller ke, tengok followers, ada orang review ke tak barang yang dibeli tu. nama kedai macam mana. 

Melambak - lambak scammer di Shopee. Kena hati - hati ya korang. Siapa yang ada pengalaman macam sis, boleh komen. Nak tahu cerita korang pulak.

Baca Juga : 

Post a Comment

Previous Post Next Post