15 Resepi Daging Yang Popular Dan Sedap Untuk Dicuba

15 Resepi Daging Yang Popular Dan Sedap Untuk Dicuba | Salam semua, bukan selalu sangat nak masak daging. Daging pun mahal sekilo kalau yang daging tempatan. Sis kalau masak daging kadang - kadang asyik ulang menu sama. Biasa kat rumah nak buat pelik - pelik takut tak berapa nak makan. 

Ok lah kali ini nak kongsi resepi daging yang boleh korang cuba untuk pelbagaikan menu daging. Kalau tanya sis daging masak apa sedap ?. 

Masak lah yang senang dan mudah ya. Jom kita tengok resepinya. 

15 Resepi Masakan Daging Popular Dan Sedap Untuk Dicuba 

1. Resepi Daging Masak Hitam

Resepi daging

Bahan - Bahan 
2 kilo daging 
*potong nipis-nipis, bersihkan dan ketepikan

Bahan A
2 biji besar bawang merah
10 biji bawang putih
Halia sebesar ibu jari
*blend sehingga halus

Bahan B
5 biji buah keras
1 genggam kismis hitam (kalau tak ada yang hitam, yang kuning pun boleh)
3 batang serai
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil lada hitam
*blend sehingga halus

Bahan C
20 tangkai cili kering - dikisar halus 
Kicap manis secukupnya 
Kicap pekat secukupnya 
4 sekawan (kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih & buah pelaga) untuk menumis

Cara - Cara : 
1. Perap daging dengan Bahan C. Biarkan sejam (nak biar lagi lama lagi elok)
2. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis 4 sekawan
3. Masukkan Bahan A. Tumis sehingga pecah minyak
4. Masukkan Bahan B. Masak sehingga sekata
5. Masukkan daging yang telah diperap tadi
6. Masak sehingga kering  (kalau nak berkuah sikit, tak perlu smpai kering sangat ) 
7. Siap dan sedia dihidangkan!

Nota : 
1. Garam dah tak perlu tambah sebab kicap pekat dah cukup masin, boleh tambah sedikit gula pasir untuk rasa sedikit manis (kalau suka)

Kredit : Khairul Hasrol 

2. Resepi Daging Masak Merah 

Resepi daging

Bahan - Bahan 
500g daging lembu - rebus dengan pewarna merah
2 batang serai
2 daun limau purut
2 ulas bawang putih - ketuk
1 labu bawang besar - hiris
10 biji cili padi (ikut nak pedas mana)
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos ikan
1/4 cawan sos cili
Garam dan gula secukup rasa
Daun sup / daun bawang / daun ketumbar
1 cili merah

Cara - Cara : 
1. Rebus daging dengan sedikit pewarna merah. 
2. Di dalam kuali, panaskan minyak dan goreng dahulu daging hingga kuning sedikit. Ketepikan.
3. Tumis bawang putih hingga naik bau dan masukkan cili. 
4. Kacau sehingga cili betul betul garing dan bolehlah dimasukkan sos tiram, sos ikan dan sos cili.
5. Masukkan pula daging tadi, bawang besar serta cili merah yang di hiris dan kacau. 
6. Perasakan dengan garam dan gula. 
7. Tabur daun sup di atas dan hidangkan dengan nasi putih. Siap!!

Kredit : Puan Ida


3. Resepi Daging Harimau Menangis 

Resepi daging

Bahan - Bahan
Daging yang dihiris nipis
Bawang putih yang dicincang
Nisan padi (gula kabung)
Nampla (sos ikan)
Sos tiram
Serbuk lada hitam
Minyak
Kicap pekat
Ajinomoto(jika perlu)
Garam (jika perlu)

Cara - Cara 
1. Gaul semuanya dan perap semalaman.
2.  Jangan letak air supaya daging lembut dan juicy.

Sos Harimau Menangis
Nisan padi(gula kabung thai)
Jus limau thai
Nampla(sos ikan)
Beras goreng (blend)
Serbuk lada kering thai
Daun ketumbar (hiris)
Bawang merah( mayang)
Garam(jika perlu)

Cara - Cara
1. Campurkan nisan padi, nampla dan jus limau, serbuk lada kering dan beras goreng. 
2. Kacau sehingga sebati masukkan bawang yang dimayang dan daun ketumbar. 
3. Perah asam limau. Siap.

Kredit : Siti Sarah Hamid


4. Resepi Daging Dendeng

Resepi daging

Bahan - Bahan 
1/2 kg Daging - potong nipis

( Bahan A)
1 labu bwg bsr
4 biji bwg merah
3 ulas bwg putih
1inci halia
(Semua bahan ini di mayang halus)

(Bahan B)
2 batang serai
3 helai daun limau purut
Kulit kayu manis & bunga lawang
1 senduk cili blend
1/2 cawan kicap kipas udg
Sedikit air asam jawa & air rebusan daging

Cara - Cara 
1. Daging potong nipis kemudian rebus.
2. Dah lembut ambil anak lesung, tumbuk satu - satu hirisan daging.
3. Goreng daging yang dah siap ditumbuk tadi sebentar, jangan terlalu lama nnti daging keras. Ketepikan sekejap. 
4. Tumis bahan A sampai kekuningan @ garing kemudian angkat.
5. Guna minyak yang sama tadi, tumis bahan B serai, bunga lawang & kulit kayu manis.
6. Dah wangi masukkan cili blend dan sedikit air rebusan daging.
7. Masak sampai terbit minyak. 
8. Masukkan kicap, air asam jawa daging, gula & garam. 
9. Kemudian masukkan Bahan A yang digoreng tadi dan kacau sebati

Kredit : Qasih Jue Aisya 

5. Resepi Daging Masak Kicap

Resepi daging

Bahan - Bahan 
500gm daging
2 biji bawang merah besar
4 ulas bawang putih
5-6 biji Cili padi (kalau tak suka pedas, skip je)
Cili kering kisar (agak-agak aje)
1sudu jintan manis
Rempah 4 sekawan
2 sudu besar sos cili
Kicap ( takda anggaran, tuang aje dalam daging tu nanti)
1sudu besar sos tiram
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
Bawang holland dihiris kasar
2-3 helai daun limau purut
1inci halia
1-2 batang serai diketuk

Cara - Cara : 
1. Bawang merah dan putih, halia dan cili padi ditumbuk kasar @ kisar kering. Jintan manis ditumbuk halus.
2. Tumis bahan ni beserta rempah 4 sekawan, serai. 
3. Bila dah naik bau, masukkan cili kisar dalam 2 senduk kecil. 
4. Lepas tu masukkan sos cili, sos tiram dan kicap, masukkan daging. Tumis sekejap dalam 5minit. 
5. Tambah air dan tutup kuali, perlahankan api dan biarkan daging itu empuk. 
6. Bila dah hampir kering tambah air lagi sikit, baru tmbah kicap.
7. Tak kisah nak letak berapa banyak. Kalau ada kicap pekat lagi bagus. 
8. Bila daging dah empuk, masukkan pula bawang yang dihiris dan daun limau purut. 
9. Tambah air sikit lagi, masak lagi sampai mendidih.
10. Ltk garam dan gula secukup rasa.
11. Kacau sekejap dan boleh tutup api. Siap!

Kredit : Tengku RosElyza Raja Muhammad

6. Resepi Kari Daging 

Resepi daging

Bahan - Bahan 
1 kg daging dihiris nipis
5 biji kentang (potong ikut suka)
2 biji bawang besar (hiris)
5 ulas bawang putih (hiris)
1 inci halia (hiris)
3 biji bunga lawang
1 1/2 asam keping
1 kotak kecil santan ayam brand @ 3 cawan santan perahan pertama
1 sudu besar garam
1 sudu teh gula
Sedikit bahan perasa jika suka 
4 senduk minyak untuk menumis

(nak lagi sedap, tambah 1 biji bawang besar, 5 ulas bawang putih dan sedikit halia. Kemudian kisar dan dan tumis bersama bahan pes)

Bahan Pes
5 sudu besar serbuk kari daging
1 sudu besar serbuk cili
1/2 cawan air
3 tangkai daun kari
2 sudu besar kerisik
(satukan dan kacau hingga sebati) 

Cara - Cara 
1. Panaskan minyak. Tumis bunga lawang, bawang besar, bawang putih dan halia hingga naik bau.
2. Masukkan bahan pes, tumis hingga elok naik minyak dan rempah garing.
3. Masukkan santan kotak. Biar mendidih ganas dan elok naik minyak/bertakung dipermukaan. 
4. Masukan daging dan perlahankan api(jangan letak air ya). Kacau sikit.
5. Tudung permukaan kuali. Teruskan masak guna api perlahan.  Sesekali buka tudung dan kacau. 
6. Tudungkan semula.
(ikut tips ini.. Ini adalah tips untuk cepatkan daging empuk dan tak mantul)
7. Masak hingga daging empuk. Setelah empuk bolehlah masukan kentang, semasa masukkan kentang dah boleh masak guna api besar.
8. Masukan asam keping, garam, gula dan bahan perasa. Jika suka berkuah masukkan sedikit air dan biarkan mendidih.
9. Sesuaikan rasa dan tutup api.

Kredit : Mariana Zainal


7. Resepi Sup Daging 

Resepi daging

Bahan - Bahan
Daging
3 inchi halia tumbuk
3 hiris lengkuas tumbuk
3 akar daun ketumbar
2 biji bawang holland, hiris
4 ulas bawang putih tumbuk kasar dengan kulit
3 batang serai diketuk-ketuk
5/6 helai daun limau purut
2 Biji bawang holland, hiris
3 sudu Sos ikan (nampla)
Daun ketumbar sejemput
1 biji tomato potong kecik-kecik
2 biji limau nipis
Garam dan secukup rasa

Cara - Cara
1. Rebus daging. jangan masukkan garam ya. Rebus sehingga daging empuk.
2. Tumis bahan tumbuk semua, serta serai, limau purut, bawang dan akar ketumbar dalam kuali lain.sehingga bau naik dan wangi semerbak.
3. Masukkan daging dan air yang direbus ke dalam tumisan, biar sehingga menggelegak.
4. Masukan sos ikan dan jus limau nipis.
5. Rebus selama 3-5 minit. Lepas tu masukkan daun ketumbar dan cili api jika inginkan kepedasan.
6. Masukkan garam dan secukup rasa.
7. Siap.

Kredit : YM Tengku Syazwanie


8. Resepi Daging Goreng Kunyit

Resepi daging

Bahan - Bahan 
1 kg Daging 
1/4 kg tulang lembu ( petua supaya masakan daging kunyit ni lagi best letak tulang ) 
Serbuk kunyit
Garam
Perasa  ( optional ) 
Sedikit gula  ( optional ) 

Cara - Cara 
1. Gaul daging  dan tulang bersama kunyit, garam, perasa dan gula .
2. Panaskan minyak.
3. Masukkan daging dan tulang. Goreng kejap saja.
4 .Masukkan air.
5. Masak sehingga empuk, kalau kurang empuk, masuk lagi air.
6. Bila dah empuk, air dah kering, tinggal minyak, letak hirisan bawang holland, lada dan daun bawang. Tak nak kering garing ya, nak basah basah sikit. 
7. Dah siap.

Kredit : Fariza Hadi 

9. Resepi Singgang Daging Kelantan 

Resepi daging

Bahan - Bahan
1/2 kg daging - hiris/potong kecik *
1½ inci lengkuas - ketuk *
1 inci halia- hiris memanjang, kecil-kecil*
2 sudu besar ketumbar - tumbuk kasar *
3 ulas bawang putih - mayang *
4 ulas bawang merah-mayang*
3 tangkai lada kering -tumbuk bersama ketumbar(tidak lumat) *
3 keping asam keping
Garam dan gula
Serbuk perasa dan budu ( jika suka)
Air
 
Cara - Cara 
1. Semua bahan bertanda * tu masukkan dalam periuk dan gaul bersama daging tanpa air.
2. Rebus bersama daging tanpa air sekejap (mati awas). -rahsia kesedapan singgang sebab rasa bahan - bahan masuk ke dalam daging.
3. Masukkan air.
4. Biarkan sehingga daging empuk.
5.Masukkan garam dan asam keping.Masak lagi sehingga betul-betul empuk.
6. Boleh letak serbuk perasa dan budu.( cikraa letak budu je )
7. Lepas tu tutuplah api. Boleh dihidangkan.

Nota : 
1. Tambah cili api (lada burung) untuk lebih kick.
2. garam dan asam tidak dimasukkan awal untuk elak daging jadi liat.

10. Resepi Gulai Kawah ( Tidak Perlu Tumis ) 

Resepi daging

Bahan - Bahan 
1 kg Daging
Serbuk Rempah Gulai Darat ( kalau tak ada pakai rempah kari pun boleh )
200ml santan ( kotak kecil)
1/2 keping gula melaka
Asam keping
1sudu besar kerisik
Garam
Serbuk Perisa (kalau suka)

Bahan Kisar :
4 ulas bawang merah
1 sudu besar cili kering kisar
2-3 hiris lengkuas
1 inci kunyit hidup
1 inci halia
1/2 sudu ketumbar

Cara - Cara :
1. Satukan bahan kisar, rempah gulai daarat san daging. 
2. Masak atas dapur sehingga agak - agak daging kecut dan empuk bleh masukkan asam keping.
2. Setelah daging lembut, masukkan santan dan kacau rata.
3. Masak sehingga kuah sedikit terbit minyak.
3. Masukan garam, gula melaka, kerisik dan serbuk perasa kalau suka. Sesuaikan rasa dan boleh diangkat.

Kredit : Wan Muhammad Hafiz Satar

11. Resepi Kurma Daging ( Daging Buku Besar ) 

Resepi daging

Bahan - Bahan 
1kg daging potong ikut suka kalau nak cepat lembut daging tersebut tumbuk dengan lesung kemudian rebus biar empuk.
6 biji kentang potong
2 batang Daun ketumbar ambik akarnya sekali potong. Simpan sedikit utk hiasan.
2biji cili merah besar dan 2biji hijau belah 2
2 biji tomato belah 4 setiap 1
1 batang karet potong memanjang 2 inci
2 labu bawang merah besar belah 4
1biji kelapa ambil 6 cawan santan
Sedikit air asam jawa
2 sudu kerisik ( optional )

Bahan Penumis 
4 sekawan bunga lawang buah pelaga, cengkih dan kayu manis
6 sudu besar serbuk kurma bancuh dengan sedikit air
2 labu bawang merah besar*
5 ulas bawang putih*
1 inci halia*

*Bawang merah besar, bawang putih dan halia blend halus

Cara - Cara 
1. Panaskan minyak masuk 4 sekawan dan bahan yang mayang tadi hingga naik bau dan kekuningan.  2. Masuk rempah kurma kacau sehingga naik minyak 
3. Kemudian, masukkan batang dan akar daun ketumbar kacau lagi sehingga agak pekat naik minyak. 4.  Kemudian masuk air rebusan daging tadi sedikit kacau bagi kering baru masuk daging dengan kuah selebihnya
5. Biar mendidih, masuk air asam jawa garam gula secukup rasa, bila air dah pekat masuk santan dan ubi kentang. 
6. Bila ubi empuk dan kuah dah pekat masuk kerisik dan sayur sayuran karet, tomato, cili dan bawang besar. 
7. Biar mendidih pekat rasalah apa yang kurang tambah. 
8. Dah siap boleh tabur daun ketumbar dan makan dengan nasi putih

Kredit : Azizah Daud 

12. Resepi Daging Ketumbar Dato Rizalman 

Resepi daging

Bahan - Bahan 
Daging - 500gm 
Ketumbar biji (3 sudu besar) disangai dan ditumbuk kasar
Bawang holland sebiji
Capsicum/lada benggala - 3 jenis warna (terpulang mana yang ada)
Kicap manis, masin & pekat
Garam & kunyit
Maggi Cukup Rasa

Cara - Cara 
1. Goreng daging yg diperap garam kunyit. 
2. Bila dah masak masukkan ketumbar yang disangai dan ditumbuk kasar, bawang, capsicum, kicap, cukup rasa. (semua bahan ni agak2 sendiri la ye ikut selera masing2)
3. Siap boleh hidangkan. 

Kredit : Norhaslinda Saad


13. Resepi Daging Blackpepper 

Resepi daging

Bahan - Bahan
1 kg Daging
4 biji Bawang kecil - hiris
5 ulas Bawang putih - hiris
2 inci Halia - hiris
1 biji Bawang besar - hiris bulat
5 biji cili padi - belah tengah ( kalau tak suka pedas kurangkan )
1 paket Putik jagung ( optional ) 
5 Kacang panjang ( optional ) 
6 sudu besar Sos black pepper
2 sudu besar Sos tiram
3 sudu Sos cili
1 sudu Kicap manis
1 sudu Sos ikan ( optional ) 
Garam

Cara - Cara
1. Potong daging dan rebus. 
2. Tumis bawang kecik, bawang putih dan halia.
3. Masukkan sos lada hitam, sos cili, sos tiram, kicap dan sos ikan.
4. Masukkan daging dengan air rebusan. Nak pekat air rebusan tu tak payah letak banyak. Biar mendidih.
5. Masukkan putik jagung, kacang panjang, bawang besar dan cili padi.
6. Rasa dulu lepas tu kalau kurang garam baru masukkan garam sebab sos yg kita masuk tadi dah rasa masin manisnya.
7. Siap. 

Kredit : Akma Abdullah
 

14. Resepi Sup Tulang 

Resepi daging

Bahan - Bahan 
1 kg tulang
Sup bunjut
4 sekawan
2 inci halia ( mayang) 
Bawang putih ( mayang)
Bawang merah ( mayang)
1 labu bawang besar ( potong weges)
2 batang serai ( ketuk)
1/2 inci lengkuas ( mayang )
15 biji lada hitam (ditumbuk)
15 biji lada putih ( ditumbuk) 
Daun sup dan daun bawang.
Cili padi (diketuk)
Garam aji @ secukup rasa
Air limau nipis secukupnya.

Cara - Cara :
1. Masukkan tulang ke dalam periuk. Masukkan air, sup bunjut,  garam aji @ secukup rasa, halia, serai, lengkuas rebus sampai gelegak.
2. Tumis 4 skawan. Bila dah wangi masukkan ke dalam kuah gelegak tadi.
3. Tutup periuk. Kemudian, tumis bawang besar, bawang putih dan bawang merah hingga  layu 
4. Masukkan ke semua bawang tadi dalam periuk.( simpan sikit untuk diletak semasa menghidang).
5. Masukkan lada hitam  dan lada putih.
6. Bila dah empuk ( suka hati nak lembut mana) siap untuk dihidangkan.
7. Perah jus limau nipis bagi rasa sup lebih sedap. 

Nota : 
Nak letak karot dan tomato ikut citarasa masing - masing 

Kredit : Tg Khuzanika

15. Resepi Paprik Daging 

Resepi daging

Bahan - Bahan 
Daging 1/2 kg 
Bawang putih - 4 ulas
Bawang merah besa - 1 biji
Lobak merah + baby corn + kobis bunga - potong ikut suka
2 sudu sos cili
1 sudu sos ikan
1 atau 2 sudu kicap
2 sudu sos tomato
2 sudu sos tiram
Daun limau purut
Serai dn halia
Gula dan garam secukup rasa

Cara - Cara 
1. Rebus daging sampai empuk dan jangan buang air rebusan
2. Tumis bawang putih,bawang merah,serai dn halia
3. Masukkan sos cili dan sos tomato sos tiram sos ikan dan air rebusan (sukatan air ikut nak buat berkuah atau kering sikit)
4. Masukkan lobak merah bagi empuk dan daun limau purut
5. Masukkan daging
6. Masukkan baby corn dan kobis bunga
7. Gula dan garam secukupnya. Biarkan mendidih sekejap dan masukkan bawang merah
8. Kacau sedikit dan angkat

Nota : 
Nak rasa sedap letak cili api dan daun bawang 

Kredit : Nurul Hawa Nadila Sari

Terima kasih buat buat penyumbang resepi yang sudi kongsi. Kredit untuk facebook page Masak Apa Hari Ni ? 

Baca Juga : 

Post a Comment

Previous Post Next Post