Resepi Kambing Perap Sedap Dan Simple Untuk Niaga

Resepi Kambing Perap Sedap Dan Simple Untuk Niaga | Salam semua, sekarang ni memang dah banyak produk yang jual kambing perap dalam pek dah siap. Kalau peminat kambing bakar memang tak kisah mahal mana pun beli jugak kan. 

kambing perap

1 pek harga kambing perap pun dah berapa. Kalau sis, mahal tak apa asalkan sedap dan masuk perapan tu dalam kambing. 

Kambing perap memang bergantung kepada bahan perap kambing untuk perapan yang lebih sedap. Kalau tengok ke resepi kambing perap ni ada pelbagai cara orang buat. 

Tahu ramai yang cuba berniaga kambing perap ni. Nampak macam mudah, perap - perap kambing, bungkus dan boleh jual. Daging kambing pulak boleh beli berkotak yang dah frozen kan. 

Perbezaan "Lamb" Dan "Mutton" 

Bila nak buat kambing perap ni, kena tahu nak guna daging mana. Nak lamb ke atau nak mutton. Sis dulu memang tak kisah sangat lamb ke mutton ke makan jer. 

Tapi kedua - dua perkataan tersebut memang ada beza ya. Harga dua tu pun dah lain. Walaupun kedua -dua maksud adalah kambing. Kalau orang yang tak biasa mesti tertanya - tanya kan. 

Perbezaan utama adalah dari segi usia kedua - dua daging tersebut. Sebenarnya usia haiwan adalah faktor utama ia berbeza dari segi rasa dan kelembutannya. 

Macam ayam pencen dan ayam muda lah. Ayam pencen kan liat isinya. 

Maksud "Lamb"

“Lamb” adalah istilah yang digunakan merujuk kepada anak kambing yang berusia kurang dari setahun. Ia biasanya disembelih ketika berusia diantara 4 -12 bulan.

Apabila dagingnya di proses di bawah usia setahun daging kambing itu akan menjadi sangat lembut apabila dimasak dan kurang lemak.

Dari segi warna ia lebih cerah bermula dari merah jambu kepada merah pucat. 

Dari segi rasanya pula, “Lamb” mempunyai rasa kambing yang sederhana menjadikan ia sangat serbaguna kerana tidak terlalu kuat. 

Dari segi harga pula “Lamb” biasanya lebih mahal daripada mutton disebabkan oleh kualitinya.

Maksud "Mutton"

“Mutton” adalah istilah untuk kambing biri-biri yang dewasa, berusia lingkungan satu tahun dan ke atas. Ia biasanya disembelih antara usia 2 hingga 3 tahun. 

“Mutton” mempunyai warna merah yang pekat dan lebih gelap. Tekstur yang lebih kenyal dan mengandungi peratusan lemak yang lebih tinggi berbanding “Lamb”. 

Bahagian yang paling popular adalah bahagian kaki dan bahu, namun dagingnya yang agak liat memerlukan anda untuk merebus bagi melembutkanya.

Dari segi rasa pula, “Mutton” memiliki rasa kambing yang sangat kuat membuatkanya kurang popular di negara seperti Amerika Syarikat. 

Bagi mereka yang tidak biasa dengan daging kambing, mereka harus membiasakan diri dengan rasa dan baunya terlebih dahulu sebelum dapat menikmati daging “Mutton”.

Sumber : https://www.jcommart.com/blogs/blog/perbezaan-lamb-mutton

Cara memasak pun penting juga untuk memastikan daging tidak liat apabila makan. Tapi mudah nak cam kalau bau kambing tu kuat, mesti daging yang "mutton". 

Rahsia Kambing Perap Sedap 

Sebenarnya kalau ikutkan nak dapatkan kambing bakar yang sedap ni ada banyak faktor jugak. Dari segi pemilihan daging kambing. 

Selain itu, penggunaan bahan perap kambing pun memainkan peranan jugak. Bila makan tu terasa aroma dan kelazatannya. 

Cara masak tu pun penting juga, masa nak grill tak boleh terlalu kering dan terlalu masak. Orang putih cakap just nice gitu kan.

Kali ini, sis nak kongsi resepi perap kambing yang dikongsikan oleh Zakirah Zakaria. Semoga dimurahkan rezeki puan dalam perkongsian resepi kambing perap. 

Bahan - bahan perapan pun yang digunakan pun, dah boleh rasa mesti sedap bila dah jadi kambing bakar. 

Resepi Kambing Perap Sedap Dan Simple Untuk Niaga 

kambing perap

Bahan - Bahan 
3 cawan gula putih
1 botol kecil sos cili
3 cawan sos tiram
1 botol kecil sos tomato
15 ulas bawang putih
1 botol kecil sos lada hitam
9 sudu serbuk cili
3 sudu besar rosmary (herba kering)
3 sudu besar parsley (herba kering)
3 sudu besar oregano (herbal kering)
3 sudu besar basil (herba kering)
1 botol kecil kicap manis
3 kiub daging

Cara - Cara 
1. Bawng putih ditumbuk halus. 
2. Dalam satu bekas besar, masukkan ke semua bahan - bahan di atas dan kacau gaul hingga sos - sos perapan sebati. 
3. Boleh perap dengan daging kambing. Kalau nak perapan kambing lagi sedap memang kena perap lama sikit. 
4. Kemudian, boleh frozenkan dalam peti. 


Nota : 
1. Pemilik resepi guna untuk anggaran 1 ekor kambing ( 15kg ). 

Kredit: Zakirah Zakaria https://www.facebook.com/dinxx.marang

Untuk korang yang mencari - cari info lanjut tentang tips -tips menarik bagaimana menternak kambing dengan betul dengan kos yang rendah.

Korang boleh klik gambar di bawah. 

                                                     

Nak cuba buat resepi sos black pepper mudah pun senang saja. 

Post a Comment

Previous Post Next Post