Resepi Nasi Butter Masak Guna Rice Cooker Simple Dan Sedap

Salam semua, kalau nak makan dengan set ayam masak merah dengan acar, nasi butter ni sesuai jugak. 

Banyak kali jugak sis masak nasi butter makan sekali dengan ayam masak merah dan acar, masuk lah dengan tekak. 

Nasi butter

Korang boleh try resepi ayam masak merah yang sedap ni. Untuk nasi butter tu, sis masak guna rice cooker. Beras guna beras biasa tak guna beras basmathi pun. 

Sis tumis bahan yang nak ditumis tu dalam rice cooker terus. Kemudian, masukkan beras. Masak macam biasa. 

Nasi butter

Biasanya, kalau korang rasa nasi tu macam keras lepas masak, boleh jer tambah air panas, kacau rata dan naikkan balik button rice cooker tu. 

Tips yang sis buat kalau nasi tu berasa macam keras lagi. Masa tengah panas memang nampak macam lembut dah masak, tapi bila sejuk macam nasi tu keras. 

Bergantung kepada beras yang diguna juga. Sebab sis guna beras siam, kadang- kadang ada beras siam jenis tak boleh air banyak. Dan ada juga yang air kena banyak sikit. 

Nasi butter

Sekiranya terjadi kejadian macam tu, boleh guna tips yang sis bagi tu ya. Ini resepi nasi butter sedap ya. Selamat mencuba. 

Senang jer nak buat nasi mentega ni, nampak macam banyak bahan. Sekali makan bertambah - tambah. 

Resepi Nasi Butter Masak Guna Rice Cooker Simple Dan Sedap 

Bahan - Bahan 
6 pot (cawan sukatan) beras – boleh juga guna basmathi
125gm mentega (salted @ unsalted mana-mana boleh)
1 ½ cawan susu segar – boleh ganti dengan susu sejat/cair
Air secukupnya – ikut sukatan biasa masak nasi @ ikut jenis beras yang guna
Sedikit garam
Daun ketumbar – jika suka

Bahan Kisar 
1 biji bawang besar (biasa)
4-5 ulas bawang putih
2-3cm halia
1 batang serai – ketuk
1-2 helai daun pandan

Cara - Cara 
1. Panaskan kuali dan cairkan mentega.
2. Masukkan bahan-bahan kisar dan serai yang diketuk. Boleh juga tambahkan daun pandan. Tumis hingga naik bau.
3. Tambahkan beras yang telah dibasuh dan ditoskan. Goreng selama 1-2 minit. Lagi sedap jika guna beras basmathi. ( empunya resipi guna beras biasa sahaja)
4. Masukkan susu segar. Jika tiada, boleh digantikan dengan susu sejat atau susu cair. Gaul sebati dan padamkan api.
5. Alihkan beras tadi ke dalam periuk nasi elektrik atau periuk tekanan. Tambahkan air (ikut sukatan air untuk masak nasi) dan garam secukupnya. Set ‘’setting’’ seperti masak nasi biasa. Jika suka, boleh letak daun ketumbar untuk aroma yang lebih wangi.
6. Nasi Butter yang telah siap dimasak. Baunya memang wangi. Sedia untuk dinikmati.

Post a Comment

Previous Post Next Post