Friday, 9 October 2015

author photo
Cara Buat Homemade Pes Tomyam Yang Mudah | Pernah terlintas dalam fikiran nak buat sendiri homemade pes tomyam tak ? Sebelum ini, sis sendiri tak pernah nak buat sebab mudah dapat kat kedai dan senang tak adalah bersilat kat dapur semata - mata nak sediakan pes tomyam homemade. Tapi rasanya tak salah kalau kita nak cuba buat sendiri, mana tahu lagi sedap dari beli dalam botol yang dah siap.


cara buat homemade pes tom yam yang mudah

Dah lama cari resepi  homemade pes tomyam.akhirnya terbuat juga. Bulan lepas lagi wani buat ni. Lama juga simpan dalam peti sebelum guna. 3 minggu ke tak silap. Kalau sebelum ni beli jugak la pes tomyam. 

Biasa wani beli jenama Adabi ataupun Nona. Sebelum ni ternampak juga orang post pasal pes tomyam.  Hajat dalam hati nak buat sendiri. Tak sangka sedap. Wani dah buat tomyam guna pes. 

Nanti wani kongsikan entry akan datang. Memang sedap. Berbaloi buat sendiri. Kadang - kadang ada resepi, blend bahan lepas tu tumis terus pun ada. Macam - macam resepi tomyam. Tapi apapun, resepi tomyam bagi wani suka letak sekali harung lepas tu baru letak atas dapur. Tak ada tumis - tumis dah. 

Oklah ya jom semak resepi, resepi ni lupa dah dalam perkongsian group rasanya, terima kasih penyumbang resepi, panjangkan kat sini.mintak halalkan. Bila dah sekali buat ni dan nampak tomyam pun menjadi,wani rasa tak nak dah beli pes tomyam  yang dah siap kat kedai.

Kalau rasa tak sibuk boleh la buat sendiri kan. Wani rasa homemade pes tomyam ni baik buat dulu dan simpan lama sikit sebelum guna. Biar semua bahan tumis tu mesra. Semua orang kata sedap.

Bagi sis, inilah resepi pes tomyam Thai paling sedap setakat ini. 


Cara Buat Homemade Pes Tomyam Yang Mudah 

Bahan - Bahan 
2 biji bawang besar ( wani tambah 1 labu )
4 biji cili merah ( wani guna lada burung )  
10 tangkai lada kering
2 inci lengkuas
4 batang serai 
2 sudu besar udang kering ( wani tambah )
6 helai daun limau purut 
2 inci belacan dibakar
Air asam jawa, gula dan garam

Cara - Cara 
1. Kisar semua bahan kecuali air asam jawa, gula dan garam bersama sedikit air.
2. Kemudian panaskan sedikit minyak. Tumis bahan kisar sehingga naik bau.
3. Masukkan air asam jawa, garam dan gula.seimbangkan rasa masam, manis dan masin. Masak sehingga pecah minyak dan menjadi pes.
4. Sejukkan dan simpan di dalam peti sejuk.perencah boleh disimpan. Kalau nak guna, keluarkan dari peti dan biar dalam suhu bilik sebelum guna.

Nota
Wani ada masukkan tambahan sos ikan secukup rasa  dalam pes. Masukkan sos ikan masa letakkan air asam jawa. Air asam jawa tu nak bagi masam, dalam resepi tak ada sukatan.

Jadi, pandai - pandai lah jangan terbanyak sangat, dan ada perah jugak jus limau nipis. Dah banyak tokok tambah dah bahan nak bagi sedap.



1 komentar:

avatar
anajingga delete 7 September 2015 at 23:25

senang kan wani, buat siap2 pes tomyam ni :)

Reply


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post

Nuffnang