Review Kek Tapak Kuda Matcha Crunchy Viral Dari QT Bakery

Salam semua, kewujudan nama kek tapak kuda ni sis pun tak berapa pasti bila ia wujud. 

Bila viral balik nama kek tapak kuda tak kira lah mana - mana media sosial sekalipun, yang pasti ramai peminat betul kek tapak kuda ni ya. 

kek tapak kuda

Zaman sekarang kan seller ni dia banyak buat live kat platform Shopee ataupun TikTok. Itu lah yang tergoda sangat tu. 

Live tunjuk tengah gulung kek tapak kuda dengan macam - macam perisa filling tu nak yang mana. 

Kalau coklat tu dah biasa kan. Ni tambah lagi pelbagai filling.  

Kenapa Nama Kek Tapak Kuda. 

Mula - mula bila sis tengok kek tapak kuda tu macam nak buat untuk kek gulung tu. Cumanya kek gulung tu gulung banyak. 

Kek tapak kuda tu gulung separuh dan letak filling. Macam tu lah perumpamaan. Tak pandai nak cerita sangat. 

kek tapak kuda

Sebab sebelum nak potong tu panjang macam kek gulung. Tapi bila potong tak nampak macam kek gulung pulak haa. 

Pernah juga sis baca asal usul kek tapak kuda ni. Macam ni cerita dia. Kek tapak kuda ni popular di Brunei. Setiap kali Hari Raya, orang Brunei selalu hidang kek tapak kuda ni. 

Inti asal Nutella, tapi sekarang dah macam - macam filling letak. Nutella tu boleh boikot sebab support bintang biru kan. 

Kalau korang perasan kek tapak kuda ni bila dipotong baru nampak rupa tapak kuda tu. Keratan rentas kek tu yang nampak macam tapak kuda. 

Begitulah alkisahnya.

Review Kek Tapak Kuda Matcha Crunchy Dari QT Bakery

Penangan kek tapak kuda yang viral ni, semakin ramai seller yang ambil kesempatan untuk jual kek tapak kuda ni. 

Sis pun terjebak jugak untuk merasa sejauh mana sedap kek tapak kuda ni. Kebetulan ternampak live kat Shopee, seller ni tengah live stream tengah bungkus kek tapak kuda. Nampak terus depan mata. Tak ada tipu - tipu. 

kek tapak kuda

Kek tapak kuda yang dah dipotong. Tak sempat nak letak atas pinggan comel. 

Kat Shopee ni kalau beli tengah live dapat harga murah. Kebetulan masa sis scroll tu eh boleh less 70 % kalau beli terus tengah live. 

Apa lagi sis terus ambil peluang. Jadi, pilih yang matcha crunchy sebab coklat ni dah biasa sangat. Lagipun, sis memang peminat matcha. 

Harga asal RM 22 lepas tolak voucher apa semua jadi RM 11. Murah betul lepas tolak less. Mula - mula risau takut kek lambat sampai takut kena peram jer. 

Tapi alhamdulillah ambil masa dalam 2 hari nak sampai rumah. Seller bungkus tip top kotak kek balut dengan bubble wrap lepas tu letak dalam kotak lain pulak. 

Sis buka tu ok lah kek nya. Kek nampak berminyak sikit, tapi di kotak kek tu seller dah pesan siap - siap. Disebabkan dibungkus panas - panas tu nampak berminyak sikit. 

Tekstur Kek Dan Filling 

Tekstur kek lembut sangat, tak sempat nak gigit pun sempat telan terus pun boleh. Tapi tu la tak puas makan bahagian kek.

kek tapak kuda

Inti kek ni coklat matcha. sedap bau teh hijau. Coklat matcha ni gaul sekali dengan nestum kosong. Bagi sis peminat matcha ni memang sedap ikut tekak sis. 

Sedap rupanya coklat matcha dengan nestum. Sedap makan sejuk - sejuk. Kalau korang beli, dicadangkan simpan dalam peti sejuk dulu. Lagi sedap, sejuk dalam tekak bila telan. 

Nampak la jugak keratan rentas tapak kuda. Tapi tapak kuda terlebih besar. 

Kesimpulan

Nak buat sendiri tak tahu nak buat bila, tu yang beli dulu merasa yang baker lain jual dulu. Dekat kedai seller ni pun ada lagi filling lain kalau korang suka. 

Nak extra pun boleh. Korang nak cuba sendiri kek tapak kuda ni boleh tengok sini => Kek Tapak Kuda Viral

Ikutkan seller yang kreatif macam - macam style dia buat kek tapak kuda ni. Korang tengok sini => Kek Tapak Kuda 3 Dara




Post a Comment

Previous Post Next Post