Bacaan Dan Maksud Doa Akhir Tahun, Doa Awal Muharram Hijrah Dalam Rumi

Salam semua,di dalam kalendar takwim Islam, awal muharram menandakan bermulanya tahun baru. 

Setiap kali kedatangan Tahun Baru Islam, pada awal bulan Muharram, orang Islam digalakkan untuk berdoa dan melakukan amalan sunat. 

Doa awal dan akhir tahun

Walaupun ia bukan perkara yang wajib, perkara yang baik lagi - lagi berdoa tu memang perkara yang baik dan Allah pun sangat suka buat hambaNya yang berdoa bersungguh - sungguh. 

Bulan Awal Muharram 

Keistimewaan bulan Muharram ini adalah disunatkan untuk berpuasa. 

Daripada Abu Hurairah dalam Hadith marfu telah berkata: Nabi ditanya Apakah solat yang lebih afdhal selepas solat fardhu ? Dan apakah puasa yang lebih afdhal selepas bulan ramadhan ? 

Jawab Nabi : Sebaik - baik solat selepas solat fardhu adalah solat pada pertengahan malam. Manakala sebaik - baik puasa selepas bulan Ramadan adalah puasa pada bulan - bulan Allah ( bulan - bulan haram ). Hadith diriwayatkan oleh Imam Muslim, Abu Daud, Al Tirmizi, Al Nasai'e dan Ibn Majah. 


Amalan Menyambut Kedatangan Tahun Baru Hijrah 

Terdapat amalan yang digalakkan bagi umat Islam dalam menyambut kedatangan bulan Muharram. Di antaranya adalah : 

1. Berpuasa pada hari terakhir Zulhijjah.

Abu Hurairah berkata, Rasulullah SAW telah bersabda: “Seutama-utama puasa sesudah puasa Ramadhan ialah puasa Muharam dan seutama-utama solat sesudah solat fardhu ialah solat malam.” (Sahih Muslim)

2. Berpuasa juga pada hari pertama Muharram

“Sesiapa yang berpuasa pada hari akhir Zulhijah dan awal Muharam, nescaya Allah ampunkan segala dosanya walau selama 50 tahun melakukannya.” (Hadis riwayat Ibni Abbas r.a.)

3. Membaca Doa Akhir Tahun sebelum waktu Maghrib dan Doa Awal Tahun selepas solat Maghrib atau pada malamnya.

“Sesiapa yang membaca doa ini pada 1 Muharam, Allah mewakilkan dua malaikat memeliharanya pada tahun itu.” (Hadis riwayat Ibni Abbas r.a.)


Cara Bacaan Doa Akhir Tahun Dan Doa Awal Tahun 

Sebenarnya ada cara tertentu untuk bacaan doa akhir tahun dan awal tahun. 

1. Untuk bacaan doa akhir tahun dibaca  3 kali pada akhir waktu asar atau sebelum masuk waktu maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.

2. Untuk doa awal tahun pula, dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu muharam

Untuk peringatan, berdasarkan kepada kalendar Islam, pertukaran tahun hijrah adalah bermula selepas masuknya waktu maghrib.

Berikut adalah bacaan doa akhir tahun dan bacaan doa awal tahun yang dikongsikan di bawah :  

Bacaan Doa Akhir Tahun Hijrah

Bacaan doa akhir tahun

اَللَّهُمَّ مَا عَمِلْتُ مِنْ عَمَلٍ فِي هَذِهِ السَّنَةِ مَا نَهَيْتَنِي عَنْهُ وَلَمْ أَتُبْ مِنْه وَحَلُمْتَ فِيْها عَلَيَّ بِفَضْلِكَ بَعْدَ قُدْرَتِكَ عَلَى عُقُوبَتِي وَدَعَوْتَنِي إِلَى التَّوْبَةِ مِنْ بَعْدِ جَرَاءَتِي عَلَى مَعْصِيَتِكَ فَإِنِّي اسْتَغْفَرْتُكَ فَاغْفِرْلِي وَمَا عَمِلْتُ فِيْهَا مِمَّا تَرْضَى وَوَعَدْتَّنِي عَلَيْهِ الثّوَابَ فَأَسْئَلُكَ أَنْ تَتَقَبَّلَ مِنِّي وَلَا تَقْطَعْ رَجَائِ مِنْكَ يَا كَرِيْمُ

Arab latin: “Allahumma ma ‘amiltu min ‘amalin fi hadzihis sanati ma nahaitani ‘anhu, 

wa lam atub minhu, wa hamalta fiha ‘alayya bi fadhlika ba’da qudratika ‘ala ‘uqubati, wa da’autani ilat taubati min ba’di jara’ati ‘ala ma’shiyatik. 

Fa inni astaghfiruka, faghfirlî wa ma ‘amiltu fiha mimma tardha, wa wa’attani ‘alaihits tsawaba, fa’as’aluka an tataqabbala minni wa la taqtha’ raja’i minka ya karim.”

Maksud Doa Akhir Tahun 

Maksudnya: “Ya Tuhanku, aku meminta ampun atas perbuatanku di tahun ini termasuk yang Engkau larang sementara aku belum sempat bertaubat, perbuatanku yang Engkau maklumi karena kemurahanMu sementara Engkau mampu menyiksaku, dan perbuatan (dosa) yang Engkau perintahkan untuk taubat sementara aku menerjangnya yang bererti mendurhakaiMu. 

Kerananya aku memohon ampun kepadaMu, ampunilah aku. 

Ya Tuhanku, aku berharap Engkau menerima perbuatanku yang Engkau redhoi di tahun ini dan perbuatanku yang terjanjikan pahalaMu. 

Janganlah pupuskan harapanku, wahai Tuhan Yang Maha Pemurah.”

Bacaan Doa Awal Tahun 

Doa awal tahun

اَللَّهُمَّ أَنْتَ الأَبَدِيُّ القَدِيمُ الأَوَّلُ وَعَلَى فَضْلِكَ العَظِيْمِ وَكَرِيْمِ جُوْدِكَ المُعَوَّلُ، وَهَذَا عَامٌ جَدِيْدٌ

قَدْ أَقْبَلَ، أَسْأَلُكَ العِصْمَةَ فِيْهِ مِنَ الشَّيْطَانِ وَأَوْلِيَائِه، وَالعَوْنَ عَلَى هَذِهِ النَّفْسِ الأَمَّارَةِ بِالسُّوْءِ، وَالاِشْتِغَالَ بِمَا يُقَرِّبُنِيْ إِلَيْكَ زُلْفَى يَا ذَا الجَلَالِ وَالإِكْرَامِ



Arab latin: “Allahumma antal abadiyyul qadîmul awwal. Wa ‘ala fadhlikal ‘azhimi wa karimi judikal mu’awwal. 

Hadza ‘amun jadidun qad aqbal. As’alukal ‘ishmata fihi minas syaithani wa auliya’ih, wal ‘auna ‘ala hadzihin nafsil ammarati bis su’i, wal isytighala bima yuqarribuni ilaika zulfa, ya dzal jalali wal ikram.”

Maksud Doa Awal Tahun 

Maksudnya: “Ya Tuhanku, Engkau yang Abadi, Qadim, dan Awal. Atas karuniaMu yang besar dan kemurahanMu yang mulia, Engkau menjadi pintu harapan. 

Tahun baru ini sudah tiba. Aku berlindung kepadaMu dari pujukan iblis dan para walinya di tahun ini. Aku pun mengharap pertolonganMu dalam mengatasi nafsu yang kerap mendorongku berlaku jahat.

KepadaMu, aku memohon bimbingan agar urusan keseharian mendekatkanku pada rahmatMu. Wahai Tuhan Pemilik Kebesaran dan Kemuliaan.”

Kesimpulan 

Semoga kita dapat amalkan doa akhir tahun dan doa awal tahun setiap kali pertukaran tahun hijrah bermula. Dan semoga setiap doa yang kita doakan dimakbulkan Allah. 

Sumber : https://www.permohonan.my/bacaan-doa-akhir-tahun-dan-awal-tahun-hijrah/

Post a Comment

Previous Post Next Post