30 November 2018

author photo
5 Senarai Semak Ini Wajib Untuk Ibu Bapa Sebagai Panduan Pemilihan Pengasuh Di Rumah || Salam semua, sejak kebelakangan ini kerap kali isu penderaan kanak - kanak dan bayi yang selalu muncul dalam berita. Sampaikan tak sanggup nak dengar, ada jerr berita yang menyedihkan. :(. Kalau bukan setakat isu pengasuh yang dera bayi, paling menyedihkan apabila dengar berita baru - baru ini, ada juga manusia yang bertopeng syaitan merogol bayi. Perogolnya tu pulak suami kepada pengasuh, tak tahu nak kata ini manusia ke ini binatang ke apa. Hancur luluh rasa hati ini, apatah lagi buat ibu bapa kepada bayi yang menjadi mangsa.

Entah bila isu begini boleh dibendung, tak tahu nak salahkan siapa, pengasuh pun manusia bukan robot, jadi emosi setiap manusia itu berbeza, itu yang risau sangat nak hantar anak di rumah pengasuh. Baru - baru ini, dalam berita, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat telah mengeluarkan satu senarai semak atau panduan kepada ibu bapa sekiranya mereka ingin menghantar anak mereka kepada pengasuh tidak kira lah pengasuh tersebut merupakan saudara mereka ke, ataupun yang tidak mempunyai talian persaudaraan.
5 Senarai Semak Ini Wajib Untuk Ibu Bapa Sebagai Panduan Pemilihan Pengasuh Di Rumah

Biasanya kalau nak pilih pengasuh ni, mesti dengar orang lain cadangkan kan, ya lah kita tak ada pengalaman nak tahu pengasuh tu macam mana, jadi dengar cerita pengalaman orang lain yang hantar anak mereka kepada pengasuh. Anak saudara yang duduk kat Johor macam tu lah, tak hantar TASKA, hantar rumah pengasuh, itupun adik cakap ada orang yang cadangkan hantar kat rumah pengasuh tu. Setakat ini baru bertukar 2 orang pengasuh. Biasanya, kita memang tanya adik,pertama sekali soalan pertama, suami pengasuh tu kerja apa huu.Kadang- kadang rasa takut jugak lebih lagi anak saudara tu perempuan.

Tahu tak, negara kita ni sebenarnya kekurangan pengasuh yang berkelayakan. Statistik pendaftaran JKM, bilangan TASKA yang berdaftar pun hanya berjumlah 4,378 sahaja. Bilangan ini memang terlalu sedikit. Kementerian pun susah nak buat penguatkuasaan ke atas pengasuh sekiranya bayi atau kanak - kanak yang diasuh tidak melebihi 3 orang.

Kadang- kadang kerjaya ibu bapa yang biasanya kerja shift malam, susah nak letak anak di bawah jagaan TASKA

Infografik Panduan pemilihan Pengasuh Di Rumah 

Untuk ibubapa, ini 5 senarai semak yang perlu ambil berat ketika memilih pengasuh. Bagus juga ada senarai semak macam ini, nanti senang nampak dan faham dalam bentuk infografik.

1. Persekitaran
2. Peribadi pengasuh
3. Pengalaman dan kelayakan pengasuh
4. Keluarga / ahli isi rumah yang tinggal bersama pengasuh
5. Perkhidmatan pengasuh sedia ada

Untuk details,boleh lah lihat gambar infografik di bawah sebelum dan selepas menghantar anak ke rumah pengasuh.

Semoga ibu bapa prihatin juga terhadap isu - isu semasa dan info yang terkini yang dikeluarkan oleh kementerian terutamanya isu keselamatan kanak-kanak. Sekiranya ada sebarang aktivti yang mencurigakan ataupun yang menyalahi undang- undang samada di TASKA ataupun di rumah pengasuh, segera hubungi Talian Kasih 15999.

Kalau pendapat diri sendiri, samada nak hantar TASKA ataupun ke rumah pengasuh, banyak faktor yang perlu diambil kira, kejadian yang tidak diingini di TASKA pun ada juga yang terjadi. Semoga anak- anak kecil kita sentiasa dilindungi. Semoga panduan infografik ini  dapat membantu

Untuk maklumat lanjut tentang infografik ini, boleh download di SINI










This post have 2 komentar

avatar
The Dianella delete November 30, 2018 at 8:02 PM

waah.. bagusnya senarai semak ni.. Sangat berguna panduan ini untuk ibu bapa yang perlu menghantar anak-anak kepada pengasuh.. Thank you for sharing =)

Reply
avatar
Ana Fatihah delete December 1, 2018 at 10:30 PM

Semoga dengan adanya senarai semak ni dapat membantu ibu2 untuk pilih pengasuh terbaik untuk anak2. Huhu

Reply


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post

Follow Me On Instagram