26 December 2018

author photo
Resepi Kek Coklat Chiffon Yang Sangat Moist Dan Lembut Dengan Gabungan Fudge Brownies ||
Salam semua, dalam banyak- banyak kek, kek coklat chiffon yang plain macam inilah yang mengidam sangat nak makan. Kita ni memang tak suka kek yang berkrim bagai lebih suka yang plain macam ini hii. Berkrim tu kalau cheese leleh boleh la :D.

Buat kek chiffon coklat ni, macam berani nak letak fudge brownies kat dalam, risau juga takut tak menjadi, suka bereksperimen macam ni lah. Nak letak macam - macam.Lama dah tak buat rindu, sebab ini antara kek chiffon coklat yang sangat moist dan memang suka sangat dengan tekstur, lembut jerr.

Saja pergi gabung dengan brownies sebab ada brownies lebih. Fikir idea nak letak dalam kek chiffon.

Resepi Kek Coklat Chiffon Yang Sangat Moist Dan Lembut Dengan Gabungan Fudge Brownies

Resepi brownies yang dah banyak kali buat pun ada scroll di bawah ya. Buat masa sekarang itulah resepi brownies yang kena dengan tekak sebab tak manis sangat, korang boleh guna resepi yang ini ya. Sesiapa yang peminat kek chiffon coklat, boleh cuba kek coklat chiffon yang sangat moist dan lembut ini yaa. Kalau nak buat macam ni pun boleh jugak kalau ada lebihan brownes. Nak buat kek chiffon coklat saja pun boleh sebab kek chiffon coklat ni moist sangat.

Resepi Kek Coklat Chiffon Yang Sangat Moist Dan Lembut Dengan Gabungan Fudge Brownies

Resepi Kek Coklat Chiffon Yang Sangat Moist Dan Lembut Dengan Gabungan Fudge Brownies

Bahan - Bahan
(A)
4 biji kuning telur
30gm gula perang
50gm minyak jagung
50gm susu cair
1 sudu teh ekstrak vanilla
30gm serbuk koko ( dicampur dengan air panas )
100gm air panas
100gm tepung gandum*
1/2 sudu teh baking powder*

Bahan bertanda * diayak

(B)
4 biji putih telur
60 gm gula halus
1/8 sudu teh cream of tartar

(C) 
2 sudu besar brownies yang dipotong dadu

Cara - Cara (A)
1. Kuning telur, gula perang dikacau rata guna hand whisk
2. Masukkan minyak, kacau rata dan masukkan susu, kacau rata
3. Masukkan vanilla coklat yang telah dikacau dengan air panas, kacau rata
4. Kemudian masukkan tepung gandum sikit -sikit sampai adunan sebati. Ketepikan sekejap

Cara - Cara (B)
1. Dalam mangkuk kering tanpa sebarang minyak dan gris, putar putih telur sehingga berbuih lembut
2. Masukkan cream of tartar dan pukul lagi, kemudian masukkan gula halus secara berselang seli dan pukul lagi sehingga adunan putih telur nampak "soft peak"
3. Nak test, terbalikkan mangkuk, adunan putih telur tak jatuh

Campur Bahan A dan Bahan B 
1. Kaup separuh daripada adunan putih telur dan masukkan ke dalam bahan B, kaup balik secara perlahan sehingga adunan sebati.
2. Ulang langkah 1 sehingga habis. Kemudian letakkan brownies yang dah dipotong dadu. Kaup balik sekejap. Tuangkan ke dalam acuan chiffon, hentakkan sekejap untuk hilangkan buih - buih udara
3. Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan dalam masa 45 minit suhu 150 C atau ikut suhu oven masing - masing
4. Cucuk dengan lidi, sekiranya kering tanda dah masak, keluarkan dari oven dan telangkupkan atas redai
5. Acuan dah suam - suam sikit, lalukan dengan pisau di sekeliling acuan untuk keluarkan kek
6. Siap untuk dihidangkan

Resepi Kek Coklat Chiffon Yang Sangat Moist Dan Lembut Dengan Gabungan Fudge Brownies

Resepi Brownies "KEDUT" Yang Paling Mudah Dan Kurang Manis Dan 7 Tips Untuk Brownies 'Kedut'

Bahan 1
100 gm butter suhu bilik ( boleh guna butter cup or real butter (scs dll )
100 gm gula biasa
90 gm gula perang
2 biji telur

Bahan 2 
40gm dark chocolate button jenama beryls ( atau apa -apa jenama favorite ) wani guna milk compound chocolate
secubit nescafe

Bahan 3
100gm tepung gandum
40gm serbuk koko ( guna serbuk koko van houten )
3gm garam ( wani tak letak )

* kesemua bahan tepung ini diayak dan digaul sebati dengan spatula

Bahan 4
90 gm dark chocolate button jenama beryls

p/s : kalau boleh pastikan guna periuk yang berat atau berkualiti sikit, nanti panas dia lebih sekata

Cara - Cara 

1. masukkan gula, gula perang dan butter bersama. panaskan di atas  api perlahan  sampai butter cair kena selalu kacau jangan sampai gula tu caramelized
2. bila sudah ada nampak macam ada lapisan minyak di permukaan, berhenti kacau. proses ni penting untuk buat kedut2 yang menggoda tu.
3. tambah telur ketika masih suam, kacau sehingga sebati, adunan akan jadi likat.
4. kemudian ketika masih suam, ( penting buat ketika masih suam supaya coklat cair ), masukkan coklat button 40gm dan secubit nescafe. kacau sehingga coklat cair dan sebati
5. coklat ni penting juga untuk dapatkan permukaan kedut yang licin dan berkilat
6. tukar kepada spatula, masukkan tepung yang dah dicampur bersama dan diayak. kacau secara kaup balik, sehingga licin
7. selepas siap, masukkan tepung tunggu sekejap 5 minit,nak bagi adunan tu suam-suam kuku.lepas tu baru masukkan dark coklat button 90 gm. kacau secara kaup balik, sekali dua sahaja.
8. tuangkan ke dalam loyang 8 x 8 atau 7 x 7 boleh tapi tebal sikit  yang telah dialas dengan parchment paper.kalau nak letak topping kacang atau coklat button boleh letak.. tapi sebelum tu kacang perlu dipanggang sekejap
9. bakar pada suhu 160C  dalam 25 minit sahaja. jangan overbake nanti jadi biskut.tentang oven ni kena faham dengan suhu oven masing-masing. yang pasti suhu kena rendah ya

untuk loyang ni, wani guna 9 x 9


Tips Untuk Brownies 'Kedut'

1. Butter dan gula jangan sampai gelegak, bila dah cair tutup api, kacau2 sedikit masukkan telur
jangan masukkan telur ketika panas, nanti masak kurang kilat

2. masuk coklat 40 gm dan tepung ketika masih suam2 panas

3. jika sudah masuk dalam bekas untuk dibakar, jangan biar diluar terlalu lama, kedut kurang

4. jangan biarkan ketulan coklat kat atas tu, nanti coklat cair merebak tak kedut

5. paling penting, jangan underbake, tak kilat dan tak kedut

6. jangan overbake juga, kilat tapi keras

7. nak alas loyang tu guna kertas parchment paper kalau tak nak brownies melekat.  sebab ada 2 jenis kertas baking..


This post have 7 komentar

avatar
Mel delete December 8, 2014 at 6:09 PM

Kek coklat..lama x mkn..sedap2.
Mel pun kak kalu buat brownies mest termanis.sekali dua je buat pastu xmau dh..serik bazirkn bahan..huhu

Reply
avatar
farah adila delete December 26, 2018 at 2:29 PM

wahh sedapnyaa . tq for the recipe

Reply
avatar
Cik Ash delete December 27, 2018 at 6:13 PM

Sedap kek boleh cuba buat ni

Reply
avatar
Cik Tie delete December 29, 2018 at 11:12 PM

Sedapnya nampak..nanti nak try buat la

Reply


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post

Follow Me On Instagram