-->

Thursday, 21 October 2021

author photo
Resepi Kek Batik Cheese Bakar Sedap Dan Mudah | Salam semua, apa - apa yang melibatkan cheese ni sis memang suka tak kisah lah untuk baking ataupun untuk "savory". Kek batik kalau pandai olah, macam - macam boleh jadi. Kali ini sis kongsi  resepi kek batik cheese bakar. Topping cheese kat atas ni kena bakar sekejap ya. Sebab itu, memang nampak hangus - hangus sikit permukaan atas. 

Kek batik cheese

Mana yang peminat cheese ni memang wajib cuba ya. Cara nak buat kek batik cheese ni senang jer. Korang boleh ikut resepi di bawah ya. 

Resepi Kek Batik Cheese Bakar Sedap Dan Mudah 


Bahan - Bahan
50g Serbuk Koko
100g Milo
100g Gula pasir
200ml Air ( ganti dengan susu cair )
100g Mentega
2 biji Telur
400g Biskut Marie dipatahkan

Cara - Cara
1. Campurkan koko, milo, gula dam air ke dalam kuali.
Masak dengan api yang sederhana, kacau sehingga larut.
2. Masukkan mentega sehingga larut.
3. Kecilkan api, masukkan telur dan kacau sehingga pekat dalam 30 saat dan padamkan api.
4. Masukkan biskut dan gaul sehingga rata dan biskut disaluti sepenuhnya.
5. Guna loyang 8" dan padatkan ke dalam loyang yang di alas dengan kertas aluminium

Bahan - Bahan Untuk Lapisan Cheese
250g Cream Cheese
1 biji Telur Gred A
2 sudu besar Gula Halus 

Cara - Cara 
1. Putar ke semua bahan sehingga kembang dan tuangkan ke atas kek batik tadi.
2. Bakar 160C (api atas saja ) selama 5 minit.
3. Sejukkan di dalam pet sejuk sebelum di potong atau hidangkan.  

Kredit : http://homekreation-recipes.blogspot.com/2013/07/kek-batik-cheese-batik-cake-with-cheese.html

Baca Juga :

1. Tips Kek Marble Lembut, Gebu Dan Sedap

2. Cara buat Choco Jar Rangup, Tak Payah Rendam

3. Resepi Cheese Tart Coklat Mudah

This post have 8 komentar

avatar
Liza delete 1 January 2014 at 11:47

slmt thn baru wani...kalau kek yg ada cheese ni kompem anak akk suka...

Reply
avatar
mala delete 1 January 2014 at 13:19

wah ... letak cheese .. mewahnya

Reply
avatar
Sue @ Nenie delete 1 January 2014 at 13:48

Salam..Selamat tahun baru 2014 buat akak sekeluarga..Semoga bertambah ceria dan gembira serta diberkati OlehNya.

Emmm cheeeseeee .... sedapnya

Reply
avatar
Sweet red cherry delete 1 January 2014 at 14:32

salam..

selamat tahun baru wani..wah, tayang kek batik cheese nampak..hehe..nak skit bleh?

Reply
avatar
rahel delete 2 January 2014 at 12:43

salam..
selamat tahun baru..
Nampak sedap kek batik cheese tu...mai sepotong..

Reply
avatar
Tiara Sapphire delete 21 October 2021 at 14:54

dah lama tak buat kek batik mcam sedap pula yg versi cheese ni. thanks for resepi :)

Reply


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post