-->

Thursday, 16 August 2018

author photo
Cara Simpan Madu Kelulut Dengan Betul | Sejak ada sarang kelulut, walaupun bukan Wani yang jaga sepenuhnya, jadi banyak kena ambil tahu tentang ke semua pasal haiwan kecil yang bernama kelulut ini. Apa yang dapat, boleh dikongsi dengan pembaca semua, Korang pun boleh juga untuk sama - sama berkongsi cerita dan tips ya.

Bela kelulut mestilah nak tuai madu kelulut yang dikatakan memang ada khasiat yang tersendiri. Ramai yang tak tahu betapa banyaknya khasiat madu kelulut. Bercakap soal cara simpan madu kelulut ini, kalau yang ada bela sarang kelulut memang tahu kan tips macam mana, sebab madu kelulut yang diambil segar dari sarang kelulut kalau letak dalam botol terus akan ada keluar buih macam dalam gambar di bawah. Rupanya madu kelulut yang baru dituai ini masih ada gas.

Cara Simpan Madu Kelulut Dengan Betul

Pernah sekali abah lupa, dia pergi tutup kemas botol. Kemudian masa nak buka, memang terkeluar habis madu, nasib baik sempat tadah pinggan, tapi buih - buih yang keluar tu jadi madu balik.

Untuk pengetahuan semua atau yang baru berjinak nak bela kelulut, semasa tuai madu kelulut mula - mula diambil dari sarang, madu kelulut memang ada gas dan memang sangat manis rasanya, Wani kalau baru lepas ambil dari sarang, tak berapa nak makan sebab manis sangat kena tunggu ia masam sikit baru sedap. 

Kalau yang ada sarang kelulut sendiri, boleh lah guna tips ini. Ini praktikal untuk madu kelulut kot, yang madu lebah tak pasti, nak tahu madu lebah ke madu kelulut asli, ke, rasanya tu masam kan, kalau simpan lama lah. Kalian pun boleh kongsi juga ya.

Kalau yang dah beli kat kedai tu, tak payah buat macam ini lah ya. Yang kat kedai tu memang gas dah tak ada dah.

Cara Simpan Madu Kelulut Dengan Betul

Kenapa Madu Berbuih ? 

Rasanya ramai yang ingin tahu dan tertanya - tanya, kenapa madu berbuih contoh macam dalam gambar ni. Madu kelulut yang baru lepas dituai masih mengalami proses penapaian yis yang akan menghasilkan gas karbon dioksida. 

Bagi sesiapa yang beli madu kelulut terutamanya kalau beli dari penternak kelulut, madu masih baru dan segar dan ada buih macam ini, Dinasihatkan tutup dengan kain jaring halus macam gambar di atas. 

Ini penting untuk mengelakkan dari botol pecah dan gas yang terhasil mudah dibebaskan.

Bagaimana Cara Simpan Madu Kelulut Dengan Betul ? 

Langkah - langkah di bawah adalah penting bagi memastikan madu kelulut boleh disimpan untuk jangkamasa yang lama. Prosedur yang betul bermula dari proses tuaian hinggalah proses penyimpanan.

cara simpan madu kelulut

1. Botol Atau Bekas Yang Digunakan Dalam Keadaan Bersih

Botol atau bekas yang nak diisi dengan madu kelulut,  mestilah dicuci dengan bersih dan kering. 

2. Simpan Dalam Botol Atau Bekas Kaca 

Kalau nak simpan dalam botol atau mana - mana bekas, sebaiknya guna bekas atau botol kaca dengan penutup kedap udara. Tapi sebelum tutup dengan penutup bekas atau botol kedap udara. Selepas tuang madu kelulut dalam botol, jangan tutup, kena pasang kain jaring  macam dalam gambar di atas.

Elakkan dari simpan dalam bekas plastik atau besi takut akan terjadinya proses oksidasi yang akan mempengaruhi kualiti madu kelulut. 

Sebab apa kena pasang kain net macam tu, nampak tak buih - buih halus tu, madu kelulut yang baru lepas ambil dari sarang memang ada gas dan buih - buih macam tu

3. Tempoh Buih Madu Akan Hilang 

Daripada pengalaman sendiri, buih madu kelulut nak hilang memang lambat  ambil masa sikit. Tapi bila buih dah tak nampak atau sampai buih dah hilang, baru boleh tutup dengan kemas. Selagi buih tak hilang biarkan macam tu ya.

4. Jangan Tutup Kemas Botol Atau Bekas 

Dalam tempoh nak keluarkan gas untuk hilangkan buih, sekiranya ditutup dengan kemas, apa akan jadi, andai kata korang nak buka tudung botol tu esok hari, memang terjeluak  semua madu keluar. Jadi nasihat di sini, selagi ada buih jangan tutup dengan penutup botol atau bekas masing - masing. 

5. Elakkan Dari Serangga 

Pastikan biarkan buih madu dah tak ada. Kalau dah buat macam ni, ambil apa - apa bekas letak air dalam bekas, baru letak botol. Takut semut atau serangga lain merayap.

6. Simpan Di Tempat Sejuk Dan Kering

Pastikan letak di tempat sejuk dan kering. Jangan simpan kat tempat yang terdedah terus dengan cahaya matahari. atau di tempat lembap. 

Diharapkan perkongsian ini dapat membantu buat anda di luar sana yang sedang mencari cara simpan madu kelulut dengan betul. 


This post have 5 komentar

avatar
Sheila Adziz delete 18 August 2018 at 00:27

sedap madu kelulut ni, akak suka masam2 manis...

Reply
avatar
I am LZ delete 18 August 2018 at 16:54

Oh begitu cara simpan madu kelulut, new info for me.
Tempat LZ susah cari madu kelulut ni..

Reply
avatar
Zurainny Ismail delete 19 August 2018 at 21:32

Oohh....berbuih mcm minuman bergas pulak ya. Selalunya kalau beli madu dlm botol tu, mmg ada buih sikit. Tak sangka pula mula2 begitu. Good info. Madu kelulut ni mahal, sampai yg x ori pun ada dijual.

Reply
avatar
ejulz delete 20 August 2018 at 11:39

Ohhh.. ejulz baru tau. heehe

Reply
avatar
Warisan Petani delete 27 April 2019 at 23:34

Harga pun boleh tahan sekarang.

Reply


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post

Nuffnang