Resepi Kek Kurma Bakar Sukatan Cawan Memang Lembut

Resepi Kek Kurma Bakar Sukatan Cawan Memang Lembut | Salam semua, resepi kek kurma kali ini memang tak guna mentega langsung. Hanya guna minyak saja. Tapi percaya tak, tekstur kek kurma memang lembut sangat. Sis ada buat kek kurma yang tak letak telur. 

Siapa tak suka bau telur boleh juga nak cuba resepi tu. Resepi kek kurma yang ini ada letak telur tapi cuma guna minyak saja. 


Kek kurma bakar

Ini kek kurma bakar ya. Sis kalau nak mula projek membaking ni senang jer. Tengok bahan yang susah nak habis. Yang ini pun kurma macam tak kena usik langsung.

Menjadi la juga sebiji kek. Untuk resepi ini, ada sekali dengan resepi sos karamel.

Yang suka sos - sos boleh cuba buat makan dengan kek. Tapi sis tak buat makan begitu saja keknya pun dah sedap.

Resepi ini dalam sukatan cawan ya. Untuk cara buat kek kurma, korang boleh tengok resepi di bawah.


Resepi Kek Kurma Bakar Sukatan Cawan Memang Lembut


Bahan-bahan
1 cawan tepung superfine
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh baking soda
½ sudu teh garam halus
1 cawan air
1 ½ cawan kurma yang dibuang biji
2 biji telur gred B
½ cawan gula perang dikisar halus
1 sudu teh esen vanilla
½ cawan minyak sayuran

Bahan Untuk Sos Karamel
1/2 cawan gula perang
1/2 cawan heavy cream
2 sudu besar mentega
1 sudu teh esen vanilla

Cara - Cara
1. Panaskan ketuhar pada suhu 165 C
2. Oleskan loyang dengan mentega dan lapikkan dengan kertas minyak
3. Masakkan kurma dengan air hingga mendidih dan tutup api. 
4. Masukkan baking soda dan gaul rata(anda akan nampak tindak balas buih putih selepas baking soda dicampurkan).
5. Ayakkan tepung, baking powder dan garam dalam mangkuk.
6. Dalam mangkuk lain, pukul telur dan vanilla hingga kembang dan putih. 
7. Tambahkan serbuk gula perang dan pukul lagi hingga sebati.
8. Kemudian, masukkan minyak dan kacau sekata.
9. Lenyek sedikit kurma yang telah dimasak tadi dengan sudu dan setelah itu masukkan kurma
tersebut di dalam adunan telur dan gula tadi dan gaul sekata.
10. Akhirnya masukkan tepung dan gaul hingga sebati.
11. Masukkan adunan ke dalam loyang yang telah di lenser dan bakar selama 30minit atau sehingga masak pada suhu 165C.
12. Untuk sos karamel: Campurkan semua bahan di dalam periuk dan masak dengan api sederhana. Kacau selalu.
13. Perlahankan api dan gaul hingga gula larut. Tak perlu tunggu mendidih tutup api setelah
adunan pekat dan sebati.
14. Hidangkan bersama date cake atau kek kurma yang suam suam bersama aiskrim vanilla.

Nota : 
1. Untuk adunan ini, sis guna loyang empat segi 7" x 7"

Baca juga : 


6 Comments

  1. Gebus je kek kurma dia...guna minyak je ye...pun sedap gak kan..:-)

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum wani..

    nampak sedap dan menarik la kek kurma ni..mudah ja nak buatnya kan..

    ReplyDelete
  3. gebunya kek kurma nie..rasa mesti sedapkan..

    ReplyDelete
  4. salam
    sedopnye...npk moist and gebu kek kurma tu...

    ReplyDelete
  5. Wow.Nampak sedap. Terima kasih untuk resepi.

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post