Resepi Kek Coklat Moist Kukus Lemak Berkrim Azlina Ina Sukatan Cawan

Resepi Kek Coklat Moist Kukus Lemak Berkrim Azlina Ina Sukatan Cawan | Salam semua, di antara baker yang sangat famous kat social media adalah salah seorangnya Azlina Ina. 

Ada siapa kenal tak ? Rasa ramai yang kenal kan. Pengikut beliau di facebook dah mencecah 300K  pengikut. 

Sis pun antara salah seorang pengikut beliau. Puan Azlina Ina banyak berkongsi resepi yang mudah dan kebanyakan antara mereka yang pernah mencuba resepi beliau memang menjadi.

kek coklat moist

Gebu gebas kan nampak kek, makan macam itu sahaja pun dah sedap, kalau letak topping coklat lagi lah sedap.

Salah satunya mestilah kek coklat moist yang menjadi igauan peminat kek coklat.

Sis memang peminat kek coklat tegar. Walaupun dalam blog sis, dah bermacam - macam resepi kek coklat yang dah dicuba. 

Tak kira lah sukatan cawan dan sukatan gram. Memang sis suka juga mencuba resepi orang lain. 

Tak habis asyik nak mencuba, tapi alhamdulillah setakat ini kek coklat memang sentiasa masuk dalam perut. 

Sis suka bermain dengan bahan. Ada setengah resepi tak masukkan itu dan masukkan ini pun masih lagi boleh diterima tekak.

Resepi kek coklat juga boleh terbahagi kepada dua. Ada yang masukkan telur dan ada juga yang tak masukkan telur. 

Bagi sis, nak lagi lembut sedap yang ada telur sebenarnya. Yang tak ada telur pun sedap juga kalau kena cara. Sebab kadang - kadang ada juga alergik dengan telur.

kek coklat moist

Lembapnya nampak kek moist kukus, Kek yang dikukus lebih lembap nak banding dengan versi bakar. Meleleh dah ni tengok gambar.

Sebenarnya pelbagai jenis resepi kek coklat moist sedap. Kali ini, sis nak kongsikan resepi terbaru kek coklat moist kukus Azlina Ina dengan sukatan cawan. 

Sebabnya, sis tertarik dengan bahan yang digunakan. Tak pernah sis buat kek coklat guna ovalett. dan ada satu bahan rahsia yang jadikan kek coklat Azlina Ina lagi lemak berkrim. 

Jom kita semak resepinya ya. Teringin pulak tekak ni nak makan kek coklat. Lagipun, sis dah lama tak buat kek coklat kukus asyik bakar.

Setakat ini, perkongsian kek coklat moist kukus ini telah dikongsikan sehingga 10K shares. Nak lagi kek coklat kukus memang ramai peminat. 

Wow ramai yang minat kek coklat kukus yang mudah ini. Kek coklat moist ini rata - ratanya dah ramai yang buat untuk jualan. Kek coklat memang laku keras. 

Sis panjangkan resepi kat sini buat sesiapa yang nak mencuba.


Buat sesiapa yang nak menjadi baker berjaya seperti Azlina Ina ini, dan nak ketahui lagi tips - tips dalam mengembangkan bisnes bakeri, kalian boleh klik gambar di atas. 

Banyak tips - tips yang dikongsikan dan tak rugi jika kalian mempunyai ebook ini sebagai ilmu bisnes. 

kek coklat moist

Resepi Kek Coklat Moist Kukus Lemak Berkrim Azlina Ina Sukatan Cawan 

Bahan - Bahan A

5 biji Telur gred  B
1cawan gula halus
1 sudu besar ovalette
1sudu kecil esen vanila
1 sudu besar emolco coklat

Bahan - Bahan B 
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan santan pekat
1 cawan butter yang telah dicairkan

Bahan - Bahan C
2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
Sedikit garam halus

Kesemua bahan diayak kecuali garam

Bahan D
1/2 cawan air panas

Cara - Cara 
1. Dengan menggunakan mixer, putar ke semua bahan A hingga gebu.
2. Kemudian, masukkan Bahan B dan putar dengan speed perlahan sampai sebati.
3. Masukkan campuran tepung yang telah diayak kedalam adunan Bahan A.
4. Putar hingga sebati dan masukkan Bahan D. Gaul lagi hingga sebati.
5. Panaskan kukusan hingga air mendidih.
6. Masukkan adunan ke dalam loyang bulat 9" yang telah disapu minyak dan dialas dengan baking paper.
7. Kukus dengan api besar sehingga masak.
8. Kukus dalam masa 40 - 45 minit. Dah siap masak boleh keluarkan dari kukusan.
9. Biarkan sekejap sebelum sisip tepi loyang dan terbalikkan untuk sejukkan atas redai

Resepi Topping Kek Coklat Moist Sedap Azlina Ina

Untuk buat topping kek coklat moist mudah, senang sahaja. Walaupun pelbagai cara dan bahan yang dimasukkan, rasanya untuk topping coklat ini dah habis mudah dan jimat banyak.

Bahan - Bahan 
2 sudu makan pengilat coklat ( boleh dapat di kedai bakeri )
1 blok coklat masakan
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan susu cair
1 sudu besar butter

Cara - Cara 
1. Masak ke semua bahan secara double boiler
2. Nampak ke semua bahan dah cair dan sebati, tutup api dan tunggu suam sikit, baru boleh tuangkan atas kek

Sumber : Azlina Ina Fans

Baca juga : Resepi Kek Coklat Moist Tanpa Telur, Lembut Sangat

Boleh cuba buat, dah ramai yang cuba dan sis pun tak akan ketinggalan nak buat juga resepi ni. 

Semoga sentiasa murah rezeki buat Puan Azlina Ina yang tak jemu berkongsi resepi kek yang sedap dan mudah

Selain itu, jom cuba resepi kek marble gebu dan lembut ini. 

5 Comments

  1. Azlina ina ni mg pandai dan xkedekut ilmu..suke tgk video die buat kek

    ReplyDelete
  2. Salam kenal.

    dulu2 zaman remaja mmg suka sangat buat chocolate moist cake ni.
    now dah berkarat.

    oooo pakai santan ye.. tu yang jadi lagi lemak agaknya ye. nice sharing.

    ReplyDelete
  3. Nanti nak cuba resepi ni. thanks share kak

    ReplyDelete
  4. penah dngr tips kata kalo da bakar kek.. jangan terus makan..
    simpan dua tiga hari dlu akan lebih moist. tapi mmg idakla snggop tunggu hahaha..

    ReplyDelete
  5. tumpang kidnap resepi ni ye..guna cawan senang sikit nak sukat. malas nak bawak kluar penimbang

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post