Resepi Ikan Masak Cuka Yang Mudah Dan Sedap

Resepi Ikan Masak Cuka Yang Mudah Dan Sedap | Salam semua, resepi ikan masak cuka sebenarnya macam - macam versi orang buat. Nampak senang tapi tak semua orang suka. Sebab ada yang tak suka letak biji sawi. Mungkin tak suka bau biji sawi kan. Sebenarnya korang boleh sahaja tak letak pun. Masak pun jadi juga, jadi lah resepi ikan masak cuka tanpa biji sawi. Jadi kat sini ada dua pilihan. Kalau nak letak biji sawi letak sahaja. Ok.

Resepi Ikan Masak Cuka Yang Mudah Dan Sedap

Sis kalau boleh nak masak benda senang tak renyah sangat. Ikan masak cuka ni kalau bulan puasa memang menjadi pilihan lah. Sebab tak ambil masa lama sangat. Sis ni kalau masak cuka jarang sangat nak letak biji sawi. Tapi kali ini sis cuba ya.

Resepi ikan masak cuka sis ambil dekat blog Kak Noor sebenarnya sebab Kak Noor orang Kedah. Katanya ikan masak cuka ni asal Kedah. Siapa orang Kedah ? Betul tak.

Nak lagi sedap simpan semalaman ikan masak cuka ni. Ok lah ya jom cuba buat cara mudah masak ikan masak cuka. Berselera makan dengan nasi panas. Ikan boleh guna tak kisah ikan apa pun ya.

Resepi Ikan Masak Cuka Yang Mudah Dan Sedap 

Bahan - Bahan 
Beberapa ketul isi ikan ( tak kisah ikan apa digaulkan garam dan kunyit dan goreng )
1 inci halia dihiris kecil memanjang
7 ulas bawang merah di belah dua
5 ulas bawang putih dibelah dua
1 sudu lada hitam kasar
1 sudu jintan manis disangai dan dikisar
1 1/2 sudu cuka
Sedikit kunyit serbuk, biji sawi, cili padi dibelah
Minyak
Garam dan gula

Cara - Cara : 
1. Panaskan sedikit minyak, tumis haliam bawang merah dan putih.
2. Masukkan biji sawi dan bahan kisar dan tumis hingga wangi.
3. Masukkan sedikit kunyit serbuk, cuka dan air secukupnya.
4. Setelah mendidih, masukkan ikan yang telah digoreng dan cili padi yang dibelah.
5. Perasakan dengan garam dan gula sikit.
6. Masak cuka rasanya mesti ada rasa masam, manis dan masin.
7. Boleh juga nak tambah kacang panjang yang dipatahkan dalam masak cuka ini.
8. Seeloknya masak cuka dibuat dan disimpan semalaman baru sedap dimakan.





8 Comments

  1. ok..terliurr...sebab kegemaran sangat ni. uhuu

    ReplyDelete
  2. Wani,
    Kak pun tak pernah buat masak cuka ni, tp melihat pd resepi rasa mcm nak sama dgn rendang asam, cuma bezanya cuka digantikan dgn air asam jawa, mmg sedapla.

    ReplyDelete
  3. Wani,
    Kak pun tak pernah buat masak cuka ni, tp melihat pd resepi rasa mcm nak sama dgn rendang asam, cuma bezanya cuka digantikan dgn air asam jawa, mmg sedapla.

    ReplyDelete
  4. issh ishh buat OM terliur je tau!

    ReplyDelete
  5. feveret ni , selalu kalau masak ni lebihkan kuah sikit

    ReplyDelete
  6. belah utara panggil ni acar ikan wani hehe :)

    ReplyDelete
  7. i miss home cooking like this

    ReplyDelete
  8. Tak pernah lagi cuba masak ikan masak cuka ni. Boleh cuba nanti. Tq share resepi.

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post