Resepi Kerang Kukus Mudah dan Sedap Guna 4 Bahan Sahaja

ASSALAMUALAIKUM...

kerang kukus

salam everyone.. happy friday, happy holiday and happy chinese new year.. i hope you drive safely on the way back to your hometown to meet your beloved family.. indeed, everyone is on vacation right now not only for a celebration but the most important to strengthen a family bonding..

Oklah let's straight to the topic.. 

I haven't  posted any of my cooking lately.. so, today i would like to make you savor with one of simple and delish cooking.. steamed cockles !!. ok sedap tak.. wani lama dah puasa tak makan kerang.. sebab kes yang kerang tak boleh makan ada kes sungai "keracunan" bila dah... tak ingat... sejak dari itu wani tak makan kerang.. walaupun kes dah lama berlalu... tapi still rasa uneasy nak makan kerang.. huu.. tengok kat kedai ..tak terasa sangat nak beli..

bila dah tekak teringin... terasa nak makan kerang,, jadi belilah.. mak aiiii.. mahal kerang sekarang.. lupa agak -agak estimate dalam 1 kg lebih dah RM 13 lebih.. dah la kerang kecik huu.. tak macam dulu dah ..agaknya sekarang ni pun tengah air bergelora..musim hujan sekarang ni kan.. lepas tu fikir tak sempat kerang ni nak membesar, terus ambil..

tertanya- tanya kalian basuh kerang macam mana hiii. wani biasa tengok bonda wani dari kecil lagi guna batang pisang.jadi memang guna batang pisang sebab kat rumah dah ada sumber pokok pisang.. kalau tempat lain yang tak ada pokok pisang tu macam mana pulak ya.. ada cara lain tak nak basuh kerang..takkan nak berus sebiji - biji kan.tertanya-tanya pulak

wani ambil keputusan nak kukus, resepi semua terlintas dalam kepala.. campak apa yang ada hihi, jadi, resepinya tak ada sukatan..ingat nak masukkan lada kering, lupa nak letak.. semerbak bau lepas masak

Senang  kan resepi.. tak kisah kalau kalian nak top up bahan apa lagi.

Resepi Kerang Kukus Mudah dan Sedap Guna 4 Bahan Sahaja

BAHAN-BAHAN
Kerang
Bawang putih diketuk bersama dengan kulit ( jangan buang kulit sebab nak dimasukkan sekali )
Serai ikut suka
Halia

CARA-CARA
1. Bersihkan kerang nak buang segala kekotoran yang melekat di kulit kerang.setelah bersih, toskan sekejap.
2. Penyediaan untuk bahan, kesemua bahan diketuk.
3. Alaskan tempat kukusan dengan aluminium foil dan letak serai, baru masukkan kerang.
4. Taburkan bawang putih dan halia
5. Boleh mula kukus sampai kerang boleh dibuka dan bau pun semerbak harum.

NOTA:

Garam tak dimasukkan sebab nak rasa semulajadi.




5 Comments

  1. emmm sedapnyo. fav nih tpi pantang jgk sbb alergik. so lamo doh la xmakey :(

    ReplyDelete
  2. selalunya dengar kerang bakar atau rebus.. Kali ni kerang kukus. Hehehe

    ReplyDelete
  3. Pebret pakcik ni.
    Tak kiralah kukus ke, rebus ke, bakar ke atau masak sambal.
    Boleh habis sepinggan sorang.

    ReplyDelete
  4. sama la kitaaa. fav jugak tapi kerang sekarang mahal lah :(

    Anyway, nak jemput wani join bloglist saya :)
    http://farhannajafri.blogspot.my/2017/01/pencarian-bloglist-blog-baru.html#

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post