Kegunaan Dan Perbezaan 10 Jenis Gula Yang Anda Perlu Tahu

Kegunaan Dan Perbezaan 10 Jenis Gula Yang Anda Perlu Tahu | Salam semua, tahu tak korang yang gula ada banyak jenis sebenarnya. Ke tahu gula pasir yang buat kacau air tu jer. 

Masuk belajar baking, baru tahu, gula banyak jenis. Kadang - kadang dengar nama tapi tak pernah tengok depan mata macam mana rupa sebenar jenis gula yang disebutkan. 

Memang pening nak kenal jenis - jenis gula yang ada. Terdapat pelbagai jenis gula yang ada di pasaran.

Jenis gula

Setiap jenis gula yang ada di pasaran mempunyai fungsi yang berbeza untuk digunakan dalam masakan dan juga untuk baking. 

Nanti bila kenal jenis gula dan fungsi gula tak adalah tertukar nanti. Sis pun tak semua tahu kegunaan dan setiap jenis gula yang ada di pasaran.

Jom kali ini, kita mengenal jenis gula, kegunaan dan perbezaan jenis gula yang ada. 

Kena lah ambil tahu sikit. Nanti nak buat kuih dan kek apa ke senang.

Senarai 10 Jenis Gula Yang Perlu Anda Tahu 

Ini di antara senarai 10 jenis gula yang perlu anda tahu dan kegunaannya. 

1. Gula Pasir ( Coarse Sugar ) 

Jenis gula

Sebut perkataan gula pasir atau bahasa inggerisnya "coarse sugar", semua orang kenal dah dan biasa dilihat. 

Jenis gula ini yang paling mudah nak cari. Nak kacau buat air guna gula ini lah kan. Gula pasir ini sesuai untuk kegunaan harian. 

Selain daripada untuk membancuh untuk minuman, gula ini juga sesuai untuk kuih macam kuih cek mek molek. Butir - butir gula agak kasar.

Kalau nak buat untuk gula hangus nak buat kek sarang semut atau pun nak buat puding karamel.

Caranya pun senang, cairkan saja gula ini atas api kecil hingga keperangan dan masukkan air panas dan kacau hingga cair.

2. Gula halus ( Fine Granulated Sugar ) 

Jenis gula


Gula halus jenis ini berwarna putih dan sesuai untuk membuat kek kerana butir- butir gulanya yang halus, mudah cair apabila dipukul bersama mentega ataupun dipukul dengan telur.

3. Gula Kastor ( Castor Sugar )

Jenis gula

Gula kastor ni kalau sekali tengok mesti tertukar dengan gula halus. Mungkin sebab gula ini pun berwarna putih sama macam dengan gula halus. 

Kegunaan pun lebih kurang sama dengan gula halus.

Memang menjadi pilihan yang paling ideal untuk membuat kek, biskut, pastri, roti dan lain - lain. 

Tapi butir gula kastor ni lagi halus dari gula halus. Mudah cair bila dipukul bersama mentega dan telur. Kalau tak ada gula kastor boleh juga gunakan gula halus.

4. Gula Aising ( Icing Sugar / Confectioners Sugar ) 

jenis gula

Gula aising memang sis jarang nak guna sebab biasanya kegunaan untuk gula aising ni nak dguna untuk buat aising mentega dan buat fondant atau pes gula ( sugar paste ). 

Gula ini adalah gula yang paling halus dalam kategori gula putih.

Gula aising bukan 100 % gula kerana telah dicampur dengan sedikit tepung jagung. 

Ia jarang digunakan dalam pembuatan kek tetapi ada digunakan dalam pembuatan biskut jenis piping untuk mendapatkan tekstur yang lembut supaya mudah dipicit keluar.

Gula aising boleh buat sendiri kat rumah ya. Bukan hanya boleh nak beli kat kedai. 

Cuma kena ada nisbah berapa tepung jagung yang diletak dengan nisbah gula halus. Harap semua faham kegunaan untuk gula aising.

5. Gula Perang ( Brown Sugar )

Jenis gula

Bagi sis,tidak ada kebaikan gula perang yang nak dijadikan alternatif kepada gula putih. Sama jugak. Sebab ada orang ingat nak elak gula putih, boleh ambil gula perang. 

Gula perang terbahagi kepada 2 jenis iaitu light dan satu lagi dark brown. Biasanya gula perang yang lebih gelap mempunyai rasa yang lebih kuat. 

Gula perang selalunya kasar, boleh dikisar halus supaya mudah dipukul bersama mentega.

Gula perang selalunya digunakan untuk membuat biskut seperti cip coklat, biskut halia, kek buah, dan lain - lain yang memerlukan rasa gula lebih kuat.

6. Gula Merah 

Jenis gula

Gula merah selalu juga sis letak nak buat bubur kacang ganti dengan gula putih. Lagi sedap. 

Gula merah biasa banyak digunakan dalam pembuatan nak buat kuih tempatanseperti kasui, lompang, kuih buah melaka dan sebagainya. 

Gula merah ni berpasir. Ada juga sis terbeli rupanya ada pasir dalam gula merah. dah la gelap macam mana nak nampak pasirnya.

Apa yang korang perlu buat adalah kena larutkan dalam air panas. Kemudian ditapis bagi membuang kotoran.

7. Gula Kabung Atau Gula Melaka 

Jenis gula

Gula melaka atau gula kabung ni dari segi fizikal tu nampak agak keras. Kena pakai pisau nak belah. Rasa kedua - dua gula ini lebih sedap dari gula merah biasa. 

Gula kabung biasa digunakan untuk buat kuih tradisional. Nak buat ketupat sotong, sis suka guna gula kabung sebab warna nya akan jadi gelap.

Nak masukkan dalam bubur kacang, bubur jagung, bubur cha cha pun sedap.

8. Sirap Emas ( Golden Syrup ) 

Jenis gula

Golden Syrup ni pernah sis tengok macam air gula jer nampak pekat macam tu. 

Tapi warna memang keemasan. Rasanya seakan gula hangustetapi tidak sekuat gula hangus yang asli.

Ia adalah bahan sampingan cecair dari pemprosesan gula.

Sirap emas ini selalunya menjadi bahan penambah rasa untuk biskut, kek dan pencuci mulut.

9. Gula Hitam ( Treacle atau molasses ) 

Jenis gula

Molasses ni kalau dulu sis suka baca blog baker sebelah barat suka sangat guna molasses ni. 

Kalau belah sini jarang pulak nak guna. Molasses adalah bahan sampingan dari pemprosesan gula. Ia adalah berwarna gelap nak dekat kehitaman.

Kegunaan molasses adalah sebagai bahan penambah rasa untuk kek dan pencuci mulut ala barat.

10. Sirap gula ( Corn Syrup / Glucose Syrup ) 

Jenis gula

Sirap gula adalah cecair jernih yang pekat antaranya dibuat dengan kanji jagung. 

Ia dihasilkan secara komersil untuk memudahkan tugas membuat aising krim mentega atau fondant tanpa perlu membuat sendiri sirap gula.

Ia juga dikenali sebagai sirap glukos.

Diharapkan semua faham perbezaan ke semua 10 jenis gula yang ada di pasaran. 

Terutamanya yang nak mana yang sesuai nak digunakan dalam baking, masakan dan juga nak buat kuih tradisional. 

Ambillah gula dengan berpada - pada ya, jangan berlebihan. 

Baca Juga : 


13 Comments

  1. Betul tu. Ana kalau keluar mana2 mesti bawa air kosong 😊

    ReplyDelete
  2. Wkmsalam.
    Lepas ni kita boleh kurangkan penggunaan gula dalam minuman dan makanan kita.

    ReplyDelete
  3. Gula naik harga kak? alahaiiii kalau macamtu lama-lamah darah kita pun naik ni sebab stress haha. Minum air kosong ja lah lebih menyihatkan.

    ReplyDelete
  4. Setuju. Memang zalim. itu naik ini naik. Pemerintahan yg zalim dan menganiaya rakyat. huhue

    ReplyDelete
  5. boleh kurngkn gula dalam makananan =)

    ReplyDelete
  6. Okeh dalam 10 tu 1 je yang macam jakun sket.. gula hitam hehe! Jemput singgah: Sandwich Sardine Yang Paling Simple dialam semesta

    ReplyDelete
  7. mak mertua skrg ni x guna dah gula putih tu, dia guna gula perang yg light..

    ReplyDelete
  8. wahh, banyak rupanya jenis gula.

    ReplyDelete
  9. bagusnya info..yg hat bawah2 tu tak pernah lagi jumpa

    ReplyDelete
  10. nice sharing... sirap emas n gula hitam akak tak pernah tgk.. hukhuk

    ReplyDelete
  11. selalu confius gula halus, kastor dengan icing sebab tengok sama je..haha
    nice sharing :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post