-->

Sunday, 26 March 2017

author photo
Cara Masak Ketupat Nasi Dan Rendang Ayam Noxxa | Salam semua. Selamat berhujung minggu. Dah beberapa hari blog sepi tanpa entri. Cuaca panas lit lit ni buatkan wani tak sedap badan. Semalam sakit kepala.ingat semalam nak menaip disebabkan kepala ting tong jawabnya kena tidur. Itu pun pusing sana sini lambat nak boleh ke tidur. Kat sini kira nya dah 3 minggu tak hujan. Kat tempat kalian hujan ke.

Oklah nak meneruskan entri tertangguh dalam draft.. bila dah banyak kali buat, nak sharelah macam mana wani rebus ketupat nasi dan masak rendang ayam dengan noxxa ni. Photoshoot terus dalam periuk ya. ya lah takut di luar sana masih teragak - agak nak masak berapa minit kan.

Ketupat nasi ni ada paket besar dan kecik kan. Kalau yang kecik tu tak ingat berapa belas biji sekali masuk dalam periuk. Nanti lain kali lah kita kongsi. Sebab selalu buat guna ketupat besar. Kalau yang ketupat besar. Sekali masuk periuk dalam 4 paket jer sekali masuk kalau nak cantik gemuk kembung. Tak boleh banyak. Nanti ia jadi tak berapa nak kembung.



Resepi tak ada ya cuma nak bagi panduan nak masak macam mana sebab resepi rendang ayam biasanya lain lain kan orang buat. Nantilah kalau yang versi rendang ayam cara wani ni kita kongsi di entri lain.

Cara Masak Ketupat Nasi Dengan Noxxa 

Cara Masak Ketupat Nasi Dan Rendang Ayam Noxxa

1. Biasaanya Wani rendam sekejap ketupat paket ke dalam bekas yang berisi air. Tak tahulah pulak kenapa nak rendam tu dah biasa nak rendam. Nak suruh beras tu kembang sikit. Kalau tak rendam pun tak apa.

2. Lepas rendam sekejap, masukkan ke dalam periuk noxxa, ingat ya masukkan 4 paket sekali masak untuk ketupat besar. Air kena banyak biar tenggelam kesemua ketupat. Jangan bagi nampak ada plastik tertimbul kat atas.

Cara Masak Ketupat Nasi Dan Rendang Ayam Noxxa

3. Tutup periuk , putarkan tombol ke pressure.

Cara Masak Ketupat Nasi Dan Rendang Ayam Noxxa

4. Tekan high pressure sebanyak 30 x iaitu 30 minit dan tekan "on". tunggu sampai masak dan bunyi beep.

Cara Masak Ketupat Nasi Dan Rendang Ayam Noxxa

5. Lepas bunyi beep, tekan "off" dan putarkan tombol ke steam untuk lepaskan wap, hati - hati ya wap panas sangat. Lepas habis wap, baru boleh buka tudung. ini lah dia rupa bila dah masak. Ada yang tertonggeng kembung sangat.

Yang wani masukkan ni dah campur dengan paket kecik. Tak ingat dah berapa biji guna paket kecik ni. Tapi tak banyak sebab paket besar dah 3 biji dalam periuk ni.

Cara Masak Ketupat Nasi Dan Rendang Ayam Noxxa

6. Dah angkat keluar dari periuk untuk disejukkan. Buat banyak masa ni sebab nak bawa balik kampung. Tengok ya kembung - kembung semua. Kena ingat paket besar masukkan 4 paket. Jangan ngada- ngada nak masukkan lebih.
Cara Masak Rendang Ayam Noxxa Sedap 

rendang ayam

1. Ayam ni buat satu ekor besar la jugak. guna ayam biasa bukan ayam kampung. Bila guna ayam biasa ni, ia tak boleh nak masak lama, hancur lah jawabnya.

2. Ayam ni dah dipotong sederhana besar. Kesemua bahan-bahan nak perapkan ayam ni bonda wani yang buat. Wani tukang snap jer. Kena kasi perapkan sekejap sebab nak bagi kesemua bahan perapan sebati dengan ayam. Dan ayam tu tak lah hancur sangat. Biasa, memang perapkan ayam sebelah pagi, sebelum nak dimasak sebelah malam pulak.

rendang ayam

3. Ok dah cukup perap, masukkan ke dalam periuk noxxa. Dan juga lebihan bahan yang dimesin. Tak ke semua bahan yang telah diblender dibuat untuk perap, kena simpan sikit untuk digunakan kemudian nanti.

rendang ayam

4. Seterusnya, masukkan santan, daun kunyit, gula melaka dan asam keping serta garam secukup rasa.

rendang ayam

5. Tutup periuk dan putarkan tombol ke pressure.

rendang ayam

6. Tekan high pressure selama 9 minit. Kalau ikut resepi tekan 8 minit, kali ini wani nak tekan dalam 9 minit, dan tekan "on". Tak boleh lama ya masak. ini ayam biasa bukan ayam kampung.

rendang ayam

7. Bila dah bunyi beep, tekan "OFF" dan terus putarkan tombol ke steam biar sampai wap keluar habis baru boleh buka tudung. Dan ini dia dah masak lah ya. Isi ayam masih pejal - pejal lagi. Nanti kita kena didihkan sebab nak suruh sebati dengan kuah.

rendang ayam

8. Masukkan kerisik, tekan  stir fry dan tekan "ON", didihkan sampai ia sebati dalam 3 minit. Nampak kuah dah sebati dengan kerisik ok lah tu.

rendang ayam

9. Ini masa tengah mendidih. Kuat sangat didihnya. Hati - hati lah tu nak kacau -kacau sekali sekala.

rendang ayam

10. Ok dah siap masak rendang ayam noxxa. Boleh lah buat makan dengan ketupat nasi. Makan dengan pulut kuning pun sedap jugak. Buat berkuah, banyak dan bukan kering.

Baca sini : Resepi Laksa Penang Noxxa Mudah Dan Sedap

This post have 9 komentar

avatar
Seorang Syed delete 25 March 2017 at 13:28

Macam sedap je ni kak. Boleh jadikan juadah untuk hari raya ni. Senang sikit masak pakai Noxxa hehehe.

Reply
avatar
Ana Suhana delete 25 March 2017 at 13:48

Sedapnya. Rasa macam dah raya pula.

Semoga cepat sembuh wani. Take a good rest ta 😘

Reply
avatar
Warisan Petani delete 26 March 2017 at 13:08

Mudahnya guna periuk noxxa ni.
Alah membeli menang memakai.

Reply
avatar
Busyra Takiyudin delete 31 March 2017 at 14:48

kenapa sedap sngt tngok niii. hehe.

Reply
avatar
Sha Mohamed delete 18 April 2017 at 16:28

Sedapnya wani.. terus rasa lapar..

Reply
avatar
Unknown delete 6 August 2017 at 13:03

Terima kasih tunjuk step yg betul,re saya buat rendang hari tu tak jdi

Reply
avatar
Wani Sukarno delete 7 August 2017 at 09:52

@wan meriani wan mohamed Sama sama boleh cuba .. kongsi berdasarkan pengalaman 😊

Reply


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post

Nuffnang