-->

Sunday, 24 September 2017

author photo
ASSALAMUALAIKUM...

minta maaf ya asyik berderet entri pasal masak- masak, :D banyak betul gambar yang belum dibuat entri.. gambar banyak tapi tak ada masa pulak nak taip entri,tajuk entri hari ini pulak.. takut loya tekak orang lain pulak :D. ada ke geng yang suka makan kaki lembu,, kaki lembu jerr pun.. ada yang makan benda pelik lagi tu, macam otak, lidah lembu,dan bahagian lain tu.. apa cerita ..  itu lagi wani tak boleh makan.hiii. entah lah kan ada yang boleh, ada yang tak boleh masuk tekak.

bukan senang nak ada rezeki kaki lembu ni, time raya haji lah kalau nak dapat pun, kan.. seperti biasa menu yang selalu wani masak dengan kaki lembu ni mesti kena buat air asam baru masuk, kalau dulu sebelum ni berjam-jam atas dapur gas nak boleh ke empuk..sekarang senang dah... rebus dalam noxxa, guna periuk tekanan lain pun tak kisah jugak hii

adoi nak istilah apa kaki lembu ni, kita ambil isi- isi yang melekat kat kaki lembu tu. tak tahu nak panggil apa haaa.kerja - kerja nak bakar kaki lembu ni dan hiris -hiris ni wani serah kat abah wani dah..

ok apa lagi jom tengok step by step..


air asam kaki lembu

kaki lembu tu terlebih dahulu kena bakar dulu sebab nak buang bulu - bulu halus tu.. kalau nak simpan lama pun baik bakar lah sebab tak nak bagi busuk. Kerja macam ni abah yang buat hiii. Dalam beberapa hari simpan dalam peti sebelum nak kena masak. Bahagian kaki lembu ni bukan ada daging pun ia macam urat kan. Kalau tersalah mohon bagi tahu :D.

Sebelum kita nak hiris nipis tu, seeloknya kikis buang arang hitam yang melekat tu biar bersih. 

bahagian yang telah diambil, masa tengah hiris tu mesti dah termasuk arang melekat kan, kena cuci bersih -bersih dulu ya sebelum nak dimasak.


dah basuh bersih - bersih , masukkan dalam periuk noxxa letak asam keping dalam 6 keping wani letak dan belacan secukupnya, kemudian letak air paras yang mencukupi


tutup periuk noxxa dan tekan button high pressure selama 40 minit, lepas tu tekan button on


pastikan tombol ke pressure ya.. dah nak tanggal dah tulisan pressure dan steam ni :D..


kalau tengok sebelum ni wani set masa 40 minit, tapi bila buka dan check tengok masih tak berapa nak lembut,kalau yang gigi elok tu rasa dah boleh makan dah,, tapi kalau bonda wani nak makan tak berapa lembut lagi :D..

jadi wani terpaksa tambah masa dalam 15 minit lagi..macam biasalah lepas bunyi beep, putar tombol ke steam untuk lepaskan wap baru boleh buka tudung.


gambar yang dah siap, dah malas dah nak presentation cantik- cantik dalam mangkuk, :D lepas habis lepaskan wap, buka tudung dan wani hanya masukkan bawang merah yang dimayang dan lada burung yang dihiris.. ikut suka lah lada tu nak letak berapa..jangan lupa perah jus limau nipis, masukkan garam sekiranya tak cukup masin, kalau nak rasa kuat belacan, masuklah belacan bergantung lah tekak korang macam mana, jangan lupa masukkan gula secukup rasa

Wani hanya kacau - kacau sahaja dah tak ada nak mendidih balik cukup lah dengan haba panas tu. Lebih sedap dimakan kalau simpan lama sikit. Yang ni masak tengah hari tu kan  malam ada lebih sikit, baru terangkat sebab semua rasa tu dah sebati masuk dalam air asam ni.

Sedap dimakan sebab kenyal-kenyal macam jeli hii.. sesiapa nak cuba, boleh lah cuba, tapi kaki lembu  rasa nya kalau jumpa pun kat sini harga RM 30 untuk satu kaki :D. Tapi tak tahulah sekarang rasanya  ada dah siap dihiris.

This post have 3 komentar

avatar
mek yunie delete 25 September 2017 at 18:06

oo ! ni boleh bookmark ni. tk ambik pulak kaki lembu raya haji hr tu. kalau tk, boleh buat jugakkan

Reply
avatar
Mama Hakim delete 26 September 2017 at 09:56

Assalamualaikum selamat pagi wani

masak pakai pressure cooker senanglah

dapat jimat gas pun

Reply
avatar
Busyra Takiyudin delete 30 September 2017 at 00:14

busyra tak makan kaki lembu tp nice sharing akak.. sbb ayah busyra suka. hehe

Reply


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post

Nuffnang