Tuesday, 5 November 2019

author photo
5 Tips Untuk Potongan Kek Batik Kemas Dan Cantik |  Salam semua, Ada sekali terpost gambar kek batik seperti di atas, ramainya berpusu komen cakap potongan cantik dan kemas. :D. Ada yang tanya macam mana nak potong kemas dan cantik. Makin kembang senyum kita, makin kembang pipi ni jugak. Dulu, tak pandai juga nak buat kek batik, asyik comot jerr terutama sekali bab potongan.
Terfikir - fikir la jugak macam mana nak nampak potongan cantik kemas dan bersih kek batik tu.

5 tips untuk potongan kek batik kemas dan cantik

Kek Batik Malaysia Yang Paling Senang Nak Buat 

Ramai kan peminat kek batik. Sis pun tak tahu asal - usul kek batik ni macam mana. Yang tahu mat saleh buat mereka cakap ni "Malaysian lazy cake". Ambik siap lazy cake lagi. Kita tahu makan jer dan buat. Kenapa dipanggil kek batik ?

Adakah coraknya seperti batik ya. Sebab bahan pun mudah, guna biskit marie sahaja. Lagipun, cara penyediaan nak buat pun mudah. Tak payah pakai oven, tak payah bakar. Resepi kek batik pun ada 2 jenis. Ada yang letak telur dan ada yang tak letak telur.

Ada yang letak milo, ada yang letak serbuk koko. Sebenarnya, yang mana satu pilihan korang antara milo dan serbuk koko. Kalau sis, memang pilih serbuk koko. Tapi ada juga resepi sis guna milo. Saja nak cuba. Tapi lebih suka letak serbuk milo.

Gambar di bawah antara kek batik yang sis buat ya, walaupun resepi sama cuma yang ada kelainan letak nestum. Memang buat kek batik tak letak telur. Ada 2 versi yang buat, tak letak telur tapi dalam bahan kek batik ada nestum. Ada juga yang tak letak nestum. Kedua - duanya pun sedap.

Letak nestum ni pun rasa sedap juga. Terpulang untuk korang semua. Tapi resepi dah ada banyak dah dalam blog. Kek batik nampak mudah tapi ada juga yang ada masalah semasa nak potong tu, katanya kek batik macam lembik dan cair.

Baca sini : Resepi Kek Batik Mudah Dan Lembut Tanpa Telur



5 Tips Untuk Potongan Kek Batik Kemas Dan Cantik

5 Tips Untuk Potongan Kek Batik Kemas Dan Cantik

5 Tips Untuk Potongan Kek Batik Kemas Dan Cantik

Jom nak kongsikan macam mana tips nak bagi potongan kek batik kemas dan cantik, sudah tentu tak nak comot juga kan. Ikut cara sis ya, sebab ada yang letak baking paper buat alas.

Ada juga yang guna kertas timah. Sis guna cling wrap sebab senang nak tekan dengan sudip kat permukaan atas.

Ikut 5 Tips Ini Untuk Potongan Kek Batik Kemas Dan Cantik 

1. Pastikan alas dengan cling wrap di dalam bekas  Pastikan juga  lebihkan cling wrap bahagian luar bekas
2. Kemudian letak adunan kek batik ke dalam bekas, ratakan sekejap dalam bekas
3. Yang ini lah peranan penting, letak cling wrap lagi sekali atas permukaan kek batik, pastikan ke semua ruang ditutupi dengan cling wrap
4. Kemudian, ambil lah sudip bersih yang lain atau apa - apa alat yang boleh dibuat untuk tekan, tekan permukaan atas tersebut semampat mungkin. Faham ke tak bahasa ni hii.. Sebab permukaan atas dah ditutup dengan cling wrap, jadi sudip tu tak kotor.
5. Simpan dalam peti semalaman, esok ambil keluarkan dari peti, buang cling wrap permukaan atas, kemudian guna pisau yang tajam untuk potong. Pastikan lepas keluarkan dari peti, potong terus jangan tinggal lama sangat takut kek batik jadi lembut sikit, potongan tak kemas dan mungkin comot.

Ada juga yang tanya, kalau nak keluarkan terus dalam peti nak potong  kek batik terus, kek keras macam batu, kalau guna pisau yang tajam rasa tak ada masalah. Kalau ikut cara sis, kalau memang dah keluarkan dari peti terus potong, tak nak tunggu lama.

Itu sahaja lah 5 tips macam mana untuk dapatkan potongan kek batik cantik dan kemas macam gambar. Disebabkan buat kek batik tak ada telur, kadang- kadang dalam 2 hari juga simpan dalam peti.

Kemudian baru nak potong. Tapi makin lama dalam peti, bila potong, lapisan kek batik makin cantik, sebab biskut makin kembang. Nanti, korang cuba ya.

Boleh baca  Resepi Kek Batik Nestum Mudah untuk langkah bergambar.

Jemput tonton video di bawah,  cara sis nak mampatkan kek batik biar kemas dan tak comot. Kek batik ni lembut, sis suka. Simpan lama dalam peti pun tak apa.


Cara Buat Kek Batik Mudah Tanpa Telur 

Bahan - Bahan 

400 gm biskut marie patahkan 2
1/2 cawan gula pasir
1 cawan serbuk koko
3/4 cawan susu pekat
1 sudu teh nescafe
2 1/2 sudu besar mentega
1 tin susu cair
1 cawan + 2 sudu besar nestum

Cara - cara 

1. Satukan kesemua bahan di dalam kuali non stick atau periuk  kecuali biskut marie dan mentega.
2. Kacau dengan api perlahan sehingga ke semua bahan sebati.
3. Nampak bahan dah bercampuur ke semua, masukkan mentega dan kacau sehingga cair.
4. Kacau sekali sekala sampai sos coklat nampak pekat dan likat.
5. Baru boleh masukkan kepingan biskut marie dan gaul sebati.
6. Kemudian, masukkan nestum dan kacau rata hingga sebati.


This post have 4 komentar

avatar
HeNRieTTa JoSe delete 6 August 2018 at 10:01

dh lama xmerasa kek batik....

Reply
avatar
Cik Matahariku delete 28 March 2019 at 22:27

saya baru sahaja buat kek batik ni,nak share dlm blog pun takde semangat sebab potongan yang comot, but happynya bila jumpa tips yg sis kongsi ni, lain kali saya nak cuba buat dengan tips ni..thanks sis:)

Reply
avatar
Hayati Suki delete 14 November 2019 at 16:10

kek yang sedap dan mudah disediakan :-)

Reply
avatar
Siti Nurhayati Dollah delete 15 November 2019 at 14:52

Terbaik tip ni. Selalu stress bila potong kek nak bagi cantik. Alamak, teringin kek batik pulak rasa

Reply


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post

Nuffnang